Ilmu

I am thinking, that to write this entry in a form of status in my Facebook and Instagram account. But then, I am thinking again, that this post would be long. So, why not, just write here in my blog, in a form of an entry.

Some of you may know, that I am currently attending satu majlis ilmu agama pada setiap hari Jumaat. It’s not really that much for some people, but for me, it’s always a step ahead in becoming a better Muslimah. You see, apabila kita mula belajar semula tentang agama kita, sebenarnya, lagi banyak yang masih kita tidak tahu. At this time of writing this entry, I am learning about ‘Sifat 20 Allah’. So many things to learn, yet I feel, the time is not enough.

When it comes about learning, the core is always the knowledge. Ilmu. Dalam apa jua bidang dan cabang kehidupan kita, ilmu tersangatlah penting.

Sebab, dengan ilmu, kita dapat berfikir. Yang mana satu baik, yang mana satu tidak baik.

Sebab, dengan ilmu, dapat mengelakkan kita daripada menjadi orang jahil.

Apabila kita hendak menjadi seorang guru, kita akan belajar ilmu berkaitan dengan bidang pendidikan dan bidang untuk mengajar.

Apabila kita hendak berniaga, kita akan belajar ilmu perniagaan.

Apabila kita hendak menjadi seorang Muslim / Muslimah yang lebih baik, kita belajar ilmu agama.

Cuma, what I see, nowadays, ramai yang berilmu, tetapi ramai juga yang kurang ilmu. Terutamanya, public figures. For me, it’s dangerous to be a public figure, apabila kita sangat kurang berilmu. Lebih-lebih lagi ilmu agama.

Sayang, apabila kita mempunyai segala kekayaan di dunia, kita kurang ilmu agama dalam hati kita.

Sayang, apabila kita mempunyai masa yang banyak, kita tidak pergi menuntut ilmu agama.

Sayang, apabila kita dipuja manusia, likes di Instagram dan Facebook banyak, tetapi, ilmu agama di dada sangatlah kurang.

Sayang, apabila kita berpakaian cantik di mata manusia, kita tidak berpakaian cantik untuk Allah, kerana kita jahil ilmu agama.

Sayang, apabila kita tidak tahu membezakan yang mana haram, dan yang mana halal untuk kita. Hanya kerana, kita tidak pergi menuntut ilmu agama kita.

Sayang, apabila kita terlalu mengejar segala kemewahan di dunia, kesenangan dan keseronokan di dunia yang hanya sementara ini, tanpa mempersiapkan diri kita dengan ilmu agama.

Ilmu tersangatlah penting. Lebih-lebih lagi ilmu agama kita.

Ilmu bidang pendidikan akan menjadikan kita seorang guru yang berwibawa.

Ilmu bidang perniagaan akan menjadikan kita seorang usahawan yang berjaya.

Tetapi, ilmu agama yang kita selalu dalami dari semasa ke semasa, dengan mengamalkan segala ilmu yang kita belajar, akan membawa kita ke syurga.

Bagi saya, alangkah baiknya, kalau kita menjadi seorang public figure, yang mempunyai ilmu agama. Yang faham kenapa seorang wanita kena memelihara dan menjaga auratnya. Yang faham yang mana boleh dia buat, yang mana dia tak boleh buat sebagai seorang Muslim. Alangkah bagusnya. Kerana seorang public figure ini, mampu memberi contoh yang baik untuk golongan muda pada zaman sekarang ini.

Sebab kebanyakan daripada kita, mudahnya terikut dengan fashion public figures (sebagai contoh), yang belum tentu mengikut syariat agama. Asalkan cantik. Asalkan ramai orang suka. Asalkan ramai orang buat. Allahu..T___T Belum termasuk lagi dengan kelakuan, perangai yang mungkin kurang sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.

Apabila kita belajar tentang agama kita, kita akan faham, kenapa ada yang Allah larang dan kenapa ada yang Allah suruh. Yang mana haram dan yang mana halal. Yang mana kita boleh buat, dan yang mana kita tidak boleh buat.

As someone once said, “Yang haram tetap haram. Bukan bermakna kalau ramai yang buat, kita boleh buat. Haram tetap haram. Bagaimana kita argue tentang perkara haram, kita tetap akan kalah. Sebab haram is haram.”

Kalau merasakan diri ini kurang ilmu agama, pergilah cari Ustaz / Ustazah untuk menuntut semula ilmu agama. Jangan rasa diri ini sudah terlewat. There will be always time for us, selagi kita hidup. Cuma, jangan selalu tangguh. Takut, masa sudah terlewat.

As for me, Mama masih lagi kekurangan ilmu agama. Masih banyak sangat benda untuk Mama belajar. Mama harap, Allah sentiasa bimbing Mama dan lindung Mama. Kuatkan hati Mama untuk terus belajar ilmu agama ini.

Don’t worry, selagi hati kita masih ada keinginan untuk belajar ilmu agama, bermakna hati kita belum gelap. Masih ada harapan untuk kita. Masih ada harapan untuk melangkah ke syurga. Cuma kena ingat, hendak masuk syurga, ilmu agama mestilah kena ada dalam diri kita. Untuk menjadi asas kepada pegangan kita. Supaya kita tidak mudah terpesong. Supaya kita tidak mudah terikut-ikut dengan mana-mana public figures yang tersangatlah jahil ilmu agama.

Allahu, semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. Aaamiin.

Mama harap, penulisan Mama ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Insya Allah.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...