Amazing October 2017

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Another month has passed. And can you believe it? It is the month of November 2017 already. Tinggal lagi less than 2 months before tahun 2017 berakhir. Cepat sangat masa berlalu.

As usual, setiap awal bulan, Mama akan recap semula aktiviti-aktiviti berniaga dalam team #PBAngels. Bulan lepas (Oktober2017), memang menunjukkan peningkatan dari bulan sebelumnya. Alhamdulillah.

Awal bulan October 2017, one of my leaders in #PBAngels, Diamond Sales Manager (DSM) Kak Mawar mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan kongsi beliau. Alhamdulillah, banyak juga ilmu yang DSM Kak Mawar sampaikan pada rakan-rakan kongsi beliau yang hadir on that day. Mama sentiasa doakan kejayaan rakan-rakan kongsi team #PBAngels.

Ada rakan kongsi Mama beritahu, beliau malu untuk update sales beliau, sebab sales beliau tidak tinggi kalau dibandingkan dengan sales rakan-rakan kongsi Mama yang lain. And Mama selalu berpesan, “Bukan banyak atau sedikit, tetapi consistent itu yang sentiasa menjadi ukuran.”

Dalam berniaga, usaha consistent sangatlah penting. Sales tinggi sama penting, cuma, bila usaha kita consistent, Insya Allah, akan melahirkan sales yang tinggi juga.

Antara rakan kongsi #PBAngels yang power dalam menjual Minyak Pelincir JTX. Insya Allah, penggunaan Minyak Pelincir JTX ini membantu untuk menjimatkan minyak kereta.

Lagi sales rakan kongsi #PBAngels. Min Kaffe memang antara hot selling product dalam team #PBAngels.

Ratu Herba Maharani dalam team #PBAngels.

Mama pernah bercerita, yang kebanyakan rakan kongsi #PBAngels berniaga secara part time. And ada orang tanya Mama, bagaimana untuk membahagikan masa untuk berkerja dan berniaga secara part-time? Masih ada masakah untuk diri sendiri?

Setiap hari kita hanya ada 24 jam. Dalam 24 jam itu lah, kita memegang peranan sebagai seorang:

  • Hamba Allah
  • Isteri
  • Ibu
  • Ada pekerjaan hakiki
  • Berniaga part time

So, bayangkan, berapa masa kita hendak allocate untuk setiap peranan yang kita mainkan?

Apa-apa pun, Ustaz selalu berpesan, dalam apa kita hendak buat, jangan berlebih. Bersederhana cukup. Dan sentiasalah letak Allah nombor satu. Letak Allah dalam hati kita.

Maksudnya, dalam kita mainkan setiap peranan kita, kita pun tetap kena menjadi hamba Allah yang soleh. Kita masih kena jaga solat, kena luangkan masa untuk buka Al-Quran, kena ada masa untuk beribadat pada Allah. Kena ada masa untuk semua itu.

Jadi, bagaimana hendak ada masa untuk semua peranan tersebut?

Bagi Mama, simple. Letak limit. Kalau kita sendiri tidak letak limit, memang akan ada peranan kita terpaksa berkorban waktu. Kita sendiri kena disiplin dengan setiap peranan dan allocation masa yang kita letakkan.

Contoh, kita sudah sedia maklum dan tahu pekerjaan hakiki kita berapa jam setiap hari. Allocate masa untuk berniaga dalam 4 jam sehari pun sebenarnya sudah memadai. Lebih daripada 4 jam, aktiviti berniaga sambung pada keesokan harinya. Kerja-kerja rumah pun macam sama. Kita letak limit.

Kalau kita hendak siapkan semua kerja, memang kita sendiri tidak mampu. Kita sendiri tidak sempat. Yang penting, walaupun masa kita allocate untuk sesuatu peranan mungkin tidak banyak mana, tetapi, apabila kita mainkan setiap peranan, sedikit demi sedikit, lama-lama akan siap juga kerja kita.

Yang penting, kita tahu limit setiap peranan kita.

Kan Mama sudah berkata? Memang Min Kaffe ini antara hot selling product di dalam team #PBAngels. Insya Allah, sesiapa yang ingin menjadi agent kepada Min Kaffe ini, jangan segan-segan untuk contact Mama ya.

Apabila kita sudah ada ilmu product, janganlah kita malas untuk sentiasa berkongsi kebaikan products yang kita jual. Insya Allah, teruskan usaha, consistent kan, buat setiap hari, pasti akan ada juga sales untuk kita.

Ada yang berkata, kalau hendak berniaga, muka kena cantik, mulut kena manis selalu. Salah sebenarnya konsep berniaga macam itu. Muka cantik itu bonus. Mulut manis pun bonus. Tetapi, adakah kita benar-benar yakin, yang rezeki itu daripada Allah? Kalau kita benar-benar yakin, berniagalah sungguh-sungguh. Pasti Allah akan hadirkan customers yang baik hati untuk kita.

Sales di hujung bulan untuk rakan kongsi #PBAngels. Alhamdulillah.

Mungkin Mama jarang bercerita aktiviti fitting Premium Beautiful di dalam blog Mama. Selalunya, kalau ada rakan kongsi yang pertama kali ingin berjumpa dengan bakal customer Premium Beautiful beliau, selalunya, memang mentor akan teman rakan kongsi tersebut untuk jumpa bakal customer tersebut. Mentor akan bantu dari segi penerangan, dan bagaimana untuk mengambil ukuran badan Premium Beautiful. After all, business ini kan business bermentor?

And finally, last but not least, Mama letak juga gambar Mama bersama sales yang Mama boleh pamerkan di sini. Selalunya, Mama banyak buat secara online. Maksudnya, Mama akan minta HQ / stokis poskan sebarang orders kepada customers Mama. So, fizikal memang selalu tidak nampak. Cuma, bulan lepas, Mama berpeluang ke stokis, untuk punch sales Premium Beautiful kepunyaan customer di Kuala Lumpur.

Untuk mana-mana customers Premium Beautiful yang jauh daripada Mama, no worries. Mama akan guide melalui phone call / Whatsapp messages. Mama akan tetap bagi service yang terbaik, tidak kira di mana you all berada.

Alhamdulillah. Semoga bulan November 2017 memberikan perkembangan yang lebih baik. Berita baik untuk semua rakan kongsi #PBAngels. Insya Allah. Doakan kami ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *