Night Time Skincare Routine

Alhamdulillah, syukur…:)

Sudah lama sebenarnya Mama berniat untuk menulis satu entry mengenai rutin skincare pada waktu malam. Mama pernah menulis tentang mosturisers yang Mama pakai pada siang hari sebelum ini. You all boleh baca entry tersebut di sini.

So, untuk entry ini, Mama ingin bercerita serba sedikit tentang apa rutin skincare Mama pada waktu malam. Buat masa sekarang ini, Mama ada 3 skincare items yang Mama pakai pada waktu malam. Tapi, untuk entry ini, Mama akan ceritakan 2 skincare items dahulu. Sebab, the other one, masih dalam tempoh percubaan.

These 2 skincare items adalah staple untuk my night time. Mama sudah menggunakan these 2 skincare items for a quite sometimes. So, let’s get into them, shall we?

If you’ve read my ‘Day Time Moisturisers’ entry, you’ve already knew that Cosmoderm Vitamin E Cream is my staple for day time moisturiser. The moisturiser is amazing for my sensitive skin.

Cosmoderm Minyak Vitamin E has became my staple for more than a year already. Kalau you check website Cosmoderm, there are 2 versions of Vitamin E oil. 15,000 I.U. and 30,000 I.U. According to the website, 15,000 I.U. is light and suitable for normal to combination skin.

Untuk 30,000 I.U., the consistency is thick. Masa pertama kali Mama guna Vitamin E oil ini, Mama memang menghadapi masalah untuk hendak apply pada muka Mama. And I was thinking of switching to 15,000 I.U. version. But, according to the website, the 30,000 I.U. version is suitable for my skin, why is dry and sensitive.

After several uses of this Vitamin E oil, Mama finally able to apply this properly on my skin. Vitamin E oil ini diisi dalam botol yang clear, so, you all boleh nampak berapa lagi baki oil ini yang you all boleh guna. And ada pump untuk memudahkan you all pump atas tangan you all. Mudah untuk control berapa banyak hendak guna.

Selalunya, Mama menggunakan 2 pump untuk seluruh muka Mama. Mama akan pump atas tapak tangan Mama. And Mama akan dot kan ke sebelah pipi Mama, and selepas itu, akan urut bahagian pipi tersebut. Since it’s thick in consistency, akan ambil masa sedikit untuk the oil warm up. Lama-lama, akan mudah untuk diurut. And selepas sebelah pipi, Mama akan ulang benda yang sama untuk bahagian muka yang lain. Mama akan buat bahagian demi bahagian pada muka Mama. bukan terus sekaligus pada seluruh muka Mama.

Lastly, Mama akan ambil baki Vitamin E oil yang ada pada tangan Mama, makan akan urutkan seluruh muka Mama, and buat sedikit urutan. Untuk memastikan yang Vitamin E oil memang betul-betul spread pada seluruh muka Mama, and untuk melancarkan perjalanan muka Mama. Memang satu terapi untuk Mama bila dapat urut muka Mama dengan this Vitamin E oil.

Of course, selepas Mama apply this Vitamin E oil, muka Mama memang shiny habis. Selalunya, Mama biarkan at least 30 minit pada muka Mama. Selepas itu baru Mama akan apply the moisturiser pada muka Mama. Since it’s thick in consistency, Mama hanya guna this Vitamin E oil ini pada sebelah malam sahaja.

Untuk ingredients list, you all boleh tengok pada gambar kedua. Ada ingredients list pada kotak tersebut.

Alhamdulillah, selepas banyak bulan juga lah, Mama ada nampak perubahan pada kulit muka Mama. Mama ada banyak acne scars pada muka mama. So, bila Mama consistent guna Vitamin E oil pada sebelah malam, Alhamdulillah, acne scars Mama beransur pudar. Walaupun tidak pudar sepenuhnya, tetapi my skin looks better.

Kalau kulit Mama sedang mengalami masalah kulit kering and merah, memang Mama akan apply this Vitamin E oil ini siang dan malam. Somehow, Mama boleh rasa yang this Vitamin E oil akan calm my skin. Kulit kurang rasa gatal and kurang rasa kering. So, this Vitamin E oil memang penyelamat untuk Mama ketika kulit Mama sedang mengalami reaction.

Paling Mama suka about brand Cosmoderm ini, ia adalah local brand dan Halal untuk digunakan.

Harga untuk Cosmoderm Vitamin E Oil ini adalah dalam RM51.90 macam tue. Boleh dapatkan di Watsons atau Guardian yang terdekat dengan you all. Chances are, you all boleh dapatkan this Vitamin E oil less than RM50.00 apabila tengah sale. So, masa tengah sale, boleh stock up lebih sikit…:)

Untuk second skincare item Mama, Mama selalu apply this night cream after at least 30 minutes selepas Mama apply Cosmoderm Vitamin E Oil.

If you ask me berapa lama Mama sudah menggunakan Olay Regenerist Revitalising Night Cream ini, I couldn’t really remember how long. Sebab Mama sudah sangat lama menggunakan Night Cream ini. I think, more than 5 years? Sometimes, along those 5 years, Mama akan tukar-tukar dengan moisturisers yang lain, tapi, in the end, Mama akan berpatah balik kepada night cream ini.

Mama masih ingat, masa awal-awal penggunaan night cream ini, memang akan ada rasa a bit sting on the face. Tapi, lama-kelamaan, rasa sting itu hilang. And Mama memang suka sangat feeling lepas habis apply night cream ini. Rasa muka well-moisturised. Boleh gitu? ^^;;

Satu lagi, apa yang Mama suka tentang night cream ini, it’s suitable for my sensitive skin. Kalau kulit Mama tengah mengalami reaction, Mama still boleh apply night cream ini pada kulit muka Mama.

And bila bangun tidur, memang boleh rasa, kulit Mama rasa sangat lembut. And ever since Mama pakai Cosmoderm Vitamin E Oil and selepas itu, this night cream, memang boleh nampak parut pada muka Mama makin berkurangan. Pernah satu malam, Mama apply these 2 skincare items, and the next day Mama bangun, parut jerawat yang pada mulanya sangat merah, memang jadi kurang merah. And I was like, @_@

Since night cream ini didatangkan dalam bekas, so, memang kena scoop cream ini dengan spatula kalau you all takut bakteria masuk dalam cream tersebut. Normally, Mama akan basuh tangan Mama dahulu, and just dot kan jari Mama dalam bekas night cream itu. So akan ada a dot of night cream pada jari Mama and Mama dot kan pada muka Mama. Mama akan ulang dot-dot ini pada seluruh muka Mama dan pada leher Mama. Leher jangan lupa ya. Nanti muka comel-comel, leher pula tak comel…T___T

Selepas dot-dot pada muka Mama, Mama akan menggunakan 2 tapak tangan untuk mengurut night cream pada seluruh muka Mama. Oh, it feels so amazing bila dapat buat urutan pada muka Mama. Mama akan sambung urut pada leher Mama juga.

So, selalunya, muka Mama yang nampak shiny selepas apply Cosmoderm Vitamin E Oil, akan kembali normal selepas apply night cream. And the combination of these 2 skincare items, works amazing on my skin.

You all boleh baca ingredients list pada gambar di atas ya.

Harga untuk satu bekas night cream ini dalam RM54.90 macam tue. Boleh dapatkan di Watsons atau Guardian yang terdekat dengan you all. Chances are, you all boleh dapatkan this night cream less than RM50.00 (or even RM40.00 @_@) apabila tengah sale. So, masa tengah sale, boleh stock up lebih sikit…:)

So, that’s all for my night time skincare routine. Mama akan berkongsi from time-to-time, produk apa lagi yang Mama guna, akan datang ya. Apa yang Mama hendak cakapkan di sini, skincare adalah personal. Sometimes, apa yang Mama guna, mungkin tidak sesuai untuk orang lain. Yang penting, you all kena tahu apa masalah skin you all, skin type, and banyakkan membaca sebelum you all decide untuk dapatkan satu-satu product tersebut.

Terima kasih kerana membaca entry ini. Semoga kita berjumpa lagi…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...