Bagaimana Untuk Istiqomah?

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

I believe that I have not written an entry about this topic, yet? But, there are people out there, came to me, asked me, “Bagaimana Izyan sentiasa istiqomah?” “Bagaimana Izyan boleh kuatkan diri untuk sentiasa buat?”

So, today, I’ve decided to write an entry about ‘ISTIQOMAH’. Personally, I think, I am not the right person for people to come and ask my advice. Because, I am not ‘Ustazah’, and my knowledge masih lagi sedikit. Kalau dibandingkan dengan orang lain, yang sangat tinggi ilmu agamanya. Mama sendiri pun masih belajar, masih banyak kelemahan diri untuk diperbaiki dan sentiasa lemah melawan nafsu.

Cuma, untuk entry ini, Mama kongsikan serba sedikit, apa yang Mama amalkan untuk sentiasa istiqomah.

Pertama sekali, konsep istiqomah ini, adalah buat secara berterusan. So, dalam entry ini, tidak semestinya Mama akan sentuh bab agama sahaja. Tetapi, boleh juga kalau hendak apply benda yang sama untuk dalam apa-apa bidang.

Contoh, istiqomah dalam berniaga. Istiqomah dalam belajar. Istiqomah dalam bekerja.

Sebab bagi Mama, memulakan sesuatu adalah perkara yang mudah. Memulakan kerja baru, kita akan jadi excited. Memulakan perniagaan baru, kita jadi semangat. Memulakan pengajian di universiti baru, kita jadi happy.

Tetapi, tidak semua boleh buat secara berterusan. Ramai yang sentiasa terkandas di tengah jalan. Buat half-way, lepas itu tidak semangat.

Sebab itu, tidak ramai yang berjaya. Sebab itu, tidak ramai yang boleh naik pangkat tinggi. Walau bagaimana pun, ini juga berkait rapat dengan rezeki yang Allah bagi pada kita.

So, apa langkah-langkah utama untuk sentiasa istiqomah?

1. ILMU

Yes, ilmu. Hendak memulakan sesuatu, wajib kena cari ilmu. Apatah lagi kalau hendak buat secara berterusan, ilmu kena ada. Kalau tiada ilmu, kena pergi cari ilmu tersebut. Jangan tunggu ilmu datang pada kita. Kita kena pergi menuntut ilmu.

Kenapa ilmu sangat penting?

Sebab bila kita ada ilmu yang berterusan, kita akan makin faham kenapa kita perlu istiqomah. Kenapa kita perlu berubah.

Ramai yang tidak boleh hendak istiqomah sebab tiada ilmu. Ataupun, kekurangan ilmu. Bila tiada ilmu, dia sendiri pun sebenarnya, kurang faham kenapa hendak kena buat secara berterusan.

Sevagai contoh, mungkin dia sudah berubah. Dia mula pakai tudung dan tutup aurat sempurna. Tetapi, kalau dia sendiri tidak faham, tidak belajar, kenapa kena pelihara aurat, makin lama, dia pun akan lemah dalam melawan nafsu. Makin lama, dia akan buka tudung. Mula buka aurat. Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mudah kalah dengan nafsu kita.

Ustaz selalu pesan, lawan kepada nafsu, adalah akal kita. Apabila kita berfikir menggunakan akal, kita pasti boleh sentiasa istiqomah. Tetapi, kalau kita berfikir menggunakan nafsu, memang sebenanrnya, kita akan sentiasa kalah dan mudah terpengaruh dengan sekeliling kita.

Akal yang membezakan kita. Bagaimana untuk berfikir menggunakan akal? Wajib kena ada ilmu. Paling penting, ilmu agama. Sebab, kalau menggunakan akal semata-mata, memang terbatas. Melalui pengajian ilmu agama, kita akan meluaskan lagi akal fikiran kita.

Jadi, apa-apa sekalipun, pergilah menuntut ilmu. Kalau rasa payah hendak berubah, pergi cari ilmu. Fahamilah agama kita. Belajar untuk kenal Allah.

Jangan asyik tengok YouTube semata-mata. Pergi cari Ustaz / Ustazah untuk kita hendak belajar ilmu daripadanya. Pergi hadiri mana-mana majlis ilmu agama. Yang pergi mencari itu, pasti Allah akan bagi Rahmat-Nya.

Sama juga kalau kita ingin istiqomah dalam berniaga. Wajib kena ada ilmu berniaga. Bila kita ada ilmu berniaga, kita akan makin pandai. Ditambah dengan bertindak, akan jadi satu ilmu baru, iaitu, ilmu pengalaman. Sebab itu, orang yang sentiasa buat dengan ilmu, memang perniagaannya makin maju.

Dan, jangan sesekali berhenti mencari ilmu. Sudah ada ilmu, wajib kena upgrade ilmu kita. Ilmu Allah ini sangat luas.

2. BERADA DALAM KUMPULAN YANG SENTIASA ISTIQOMAH

Bila mana kita sudah berubah, dan hendak istiqomah, memang sangat perlu untuk sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang sudah pun berjaya. Dalam berubah untuk agama, dekatkanlah diri dengan Ustaz / Ustazah. Dekatkan diri dengan alim ulama’.

Dalam kita berniaga, dekatkan diri dengan orang yang sentiasa berfikiran positif. Dekatkan diri dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaannya. Tetapi, kena hati-hati juga ya. Sebab dalam dunia perniagaan sekarang ini, banyak juga yang sudah bercanggah dengan ajaran agama Islam. Selagi mana orang tersebut tidak bercanggah dengan agama Islam, dipersilakan untuk mendekati beliau.

Sebab apa kena ada dalam kumpulan yang sentiasa istiqomah? Sebab serba sedikit, kita boleh belajar daripada mereka. Bagaimana mereka sentiasa istiqomah. Apa yang mereka buat setiap hari? Apa yang mereka berkata setiap hari? Apa tindakan mereka?

Dan sebenarnya, melalui mendekatkan diri dengan orang sebegini, sedikit sebanyak, kita akan sentiasa upgrade ilmu kita. Kita akan mula sentiasa muhasabah diri kita. Kita akan sentiasa check diri kita. Mana lagi yang kita perlu perbaiki. Mana lagi yang kita boleh improve.

Masa Mama awal-awal berubah dahulu, Mama duduk dalam majlis ilmu. Mama serap seberapa banyak ilmu yang boleh. Awal-awal memang kekok. Malu. Lagi-lagi, jemaahnya ramai orang tua. Senior citizens. Makin lama, bila makin ada dalam majlis ilmu tersebut, orang sudah mengenali kita. Mula bertegur sapa. Makin enjoy duduk dalam majlis ilmu. Makin menunggu-nunggu bila ada lagi majlis ilmu.

Sama juga waktu awal-awal Mama berniaga. Mama pergi kelas berniaga. Duduk bersama-sama dengan yang betul-betul serius untuk berniaga. Mama tengok cara mereka buat. Mama belajar sedikit demi sedikit.

So, kunci di sini, masuk dalam circle yang tepat. Baru kita akan jadi semangat untuk buat secara berterusan.

Pernah dengar kan, pepatah yang mengatakan, kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, sedikit sebanyak, bau wangi tersebut akan terpalit pada kita.

Berkawan dengan orang malas, jadi malas lah kita.

Berkawan dengan orang yang suka bergossip, kerja bergossip lah kita.

Jadi, kalau hendak istiqomah, berkawan lah dengan orang yang istiqomah.

3. BUAT SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ini paling Mama suka tekankan. Start small. Buat sedikit demi sedikit.

Zaman sekarang ini, kalau boleh, kita hendak berjaya cepat. Kita hendak capai kesan cepat. Jadi, kita buat semua sekaligus. Tetapi, bila kita malas, kita stop sepenuhnya.

So, macam Mama selalu buat. Start small. Yang mana termampu dahulu. Dan cuba istiqomah dalam usaha yang kecil itu. Contoh, waktu Mama awal-awal berubah dahulu, Mama pergi kelas tafsir Al-Qur’an setiap hari Khamis. Mama attend yang itu dahulu. Kelas-kelas lain, Mama tidak pergi. Sebab takut tidak terkejar.

Bila sudah rasa selesa, rasa boleh slot in lagi, Mama hadir majlis ilmu agama yang lain pula.

Sama juga dengan solat-solat Sunat. Buat mana yang termampu, walaupun sedikit.

Solat sunat Tahajjud 2 rakaat setiap hari, lebih baik daripada solat sunat Tahajjud 8 rakaat, tetapi sekali sahaja dibuat seumur hidup.

Sedikit yang berterusan, lebih disukai oleh Allah S.W.T.

“Rasulullah S.A.W. bersabda: Amalan yang paling disukai Allah, adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Sama juga dalam berniaga. Waktu itu, Mama hanya focus pada satu benda sahaja. Walaupun ada banyak teknik berniaga di luar sana, tetapi, Mama hanya focus pada satu teknik, dan Mama buat, buat, buat sampai Mama dapat. Sebab, kalau hendak follow semua teknik, memang tidak terkejar oleh Mama.

4. DOA

Dalam kita hendak istiqomah, jangan lupa sentiasa lah berdoa. Berdoa untuk minta kekuatan dari Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Berdoa, biar Allah bagi kita kesabaran yang tinggi dalam menempuhi apa jua cabaran.

Sebab bila kita mula hendak istiqomah, pasti akan ada ujian, halangan, cabaran, rintangan yang boleh melemahkan semangat kita. Waktu ini (dan waktu-waktu lain juga), memang kena banyak berdoa.

Lagi besar kejayaan yang kita hendak capai, lagi besar pengorbanan kita. Lagi besar ujiannya. Jadi, teruskan berdoa, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

5. JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH

Ini paling penting. Selalu pegang konsep, kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita. Allah akan jaga kehidupan kita.

Kenapa orang yang sentiasa istiqomah nampak tenang? Nampak tidak penat? Nampak sentiasa bersemangat untuk teruskan?

Sebab, dia sentiasa berusaha untuk menjaga hubungannya dengan Maha Pencipta. Dia sentiasa jaga jambatan yang menghubungkan dengan Allah.

Dia pelihara solat. Dia pelihara batas-batas agama Islam.

Sebab itu, kalau hendak istiqomah dalam apa jua sekalipun, jangan lupa jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan mudahkan urusan kita. Allah akan bagi kekuatan pada kita. Allah akan lorong kan kita pada jalan yang betul. Allah akan sentiasa limpahkan Rahmat-Nya pada kita.

Kita pula, makin seronok hendak buat. Makin enjoy dalam perjalanan kita. Makin seronok untuk buat secara berterusan. Hati, makin lama, makin tenang.

Alhamdulillah, serba sedikit perkongsian dari Mama. Dalam bagaimana untuk hendak sentiasa istiqomah. Semoga, ilmu yang tidak seberapa ini, dapat membantu dan memberi manfaat kepada yang membaca entry ini.

Insya Allah, Mama sentiasa mendoakan, semoga kita semua sentiasa dipelihara dan dirahmati Allah selalu.

Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *