Bebas Masa Dan Bebas Kewangan

Setiap hari kita bangun pagi, adakah kita ingat untuk ucapkan rasa Syukur, untuk ucapkan ‘Alhamdulillah’? Itulah salah satu pesanan Ustaz yang saya masih ingat. Buka mata kita, duduk sebentar, dan cuba ingat kembali, apa nikmat-nikmat yang Allah telah berikan pada kita.

Nikmat untuk hidup. Bila kita hidup, kita terus dapat buat amal kebajikan. Untuk top up pahala kita.

Nikmat kesihatan.

Nikmat untuk bergerak.

Nikmat dapat makan dan minum dengan senang. Nikmat makanan yang mengenyangkan.

Nikmat untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal.

Tetapi, dalam entry ini, Mama hendak bercerita, atau lebih tepat, berceloteh tentang nikmat yang Mama sudah rasakan sejak buat business Premium Beautiful ini.

Salah satu nikmat yang Allah beri pada kita, dan juga pada Mama, adalah nikmat kebebasan masa.

Kalau yang pernah baca entry-entry lama dalam blog Mama, mesti you all tahu, yang Mama juga pernah bekerja suatu masa dahulu. Mama pernah juga merempuh traffic jam. Keluar rumah seawal jam 6.30 pagi. Hantar Syahir pergi nursery. Balik rumah, Maghrib baru Mama sampai.

Mama tinggal berjauhan dengan Ayah ketika itu. Badan rasa penat. Bila sampai rumah, hendak solat pun rasa letih. Allahu. Apatah lagi hendak baca Al-Quran? Solat-solat sunat, boleh dikira dengan jari, berapa kali sangat buat. Sebab badan penat. Minda penat. Dalam fikiran, Mama cuma rasa penat. Ketika itu, Mama memang jahil tentang nikmat Allah beri pada kita.

“Habis tue, bila buat business, tak rasa penat lagi ker?”

Siapa cakap tak penat?

Bila Mama mula buat business secara part-time, badan lagi extra penat. Sampai satu masa, pernah waktu on the way balik dari jumpa customer Premium Beautiful, jam masa itu sudah hampir 11.00 malam, Mama menangis dalam kereta. Balik rumah, baru teringat, Mama belum solat Isyak. Badan masih penat. Tapi, tetap mendirikan solat Isyak. Ketika itu, Mama merayu pada Allah, berdoa pada Allah, Mama rasa penat sangat-sangat.

Selepas berdoa, Allah bagi rezeki kah? Tak. Selepas berdoa, bukannya duit datang bergolek-golek depan mata kita. Ustaz pesan, dunia ini hanya sementara. Di dunia, kita akan sentiasa diuji. Sebab kita kan hamba Allah. Bila title hamba, maksudnya akan sentiasa diberi ujian. Sentiasa redha apa yang Allah beri pada kita.

Tetapi, Mama tahu, Allah makbulkan doa Mama. Allah bagi kekuatan pada Mama. Penat macam mana pun, tetap tidak stop buat business. Tetap teruskan. Sampai satu masa, capai jumlah sales RM 2 juta, dengan income cecah RM20,000.’

Banyak kah income RM20,000? Tidak banyak mana pun, sebab ada usahawan yang capai income RM40,000, RM50,000. Malah, RM100,000 pun ada.

Tetapi, banyak pada Mama. Bila capai tahap tersebut, Mama rasa, berbaloi penat selama ini. Tetapi, paling yang buat Mama rasa bersyukur, kerana Allah bagi kekuatan kepada Mama untuk teruskan business.

Ramai rakan seperjuangan dalam business Premium Beautiful, tersungkur di tengah jalan. Macam-macam sebab. Ada yang rasa, this business is not for them. Sebab tidak dapat hasil seperti yang mereka hendak. Mama pun, sebenarnya, hampir tersungkur. Malah pernah jatuh tersungkur teruk pun ada. Ibaratnya, muka jatuh tersembam di atas tanah.

Rezeki Allah, nikmat Allah, bukan datang selalu. Memang kena ada usaha sebelum itu. Usaha untuk mencari keredhaan Allah, dan usaha untuk mendapatkan rezeki tersebut.

Apabila kita jatuh, jawapan dia, senang sangat. Bangun sahaja. And teruskan. Yang penting, sama-sama kita selalu doakan, untuk Allah bagi kita kekuatan. Tidak perlu pun kekuatan fizikal. Cukup hati kita kuat.

Rezeki ini rahsia Allah. Kita bukannya tahu bila kita akan dapat. Buat hari ini, bukannya dapat hari ini. Sebab itu berniaga ini sunnah Nabi. Sebab, apabila kita berniaga, kita didik hati kita untuk terus yakin, yang sebenarnya rezeki adalah dari Allah. Yang Allah adalah pemegang, penentu rezeki untuk kita. Kita bukan sesiapa, kita takkan kuat, tanpa Allah.

Apabila kita berniaga, kebergantungan Allah itu lebih hebat.

Alhamdulillah, syukur.

Hari ini, Mama bukanlah kaya sepenuhnya. Material pun tidak banyak. Ada satu handbag Louis Vuitton (beli ketika trip percuma di Amsterdam, Holland dahulu), ada satu handbag Kate Spade hadiah pemberian mentor Mama. Cukuplah. Sebab Mama bukannya dilahirkan, dan dididik untuk suka kumpul material. Material banyak, kalau tidak pakai, pun rugi.

Yang penting, hutang-hutang yang selama ini kita kumpul, kita dapat selesaikan secepat mungkin, melalui income business.

Melalui business Premium Beautiful ini, Mama dapat rasa satu lagi nikmat Allah bagi, iaitu nikmat kebebasan masa.

Bangun pagi, boleh mandikan anak-anak Mama. Boleh sediakan breakfast tanpa kelam kabut. Boleh masak untuk anak-anak dan suami. Boleh uruskan business ikut masa sendiri. Boleh baca Al-Quran (walaupun masih dalam proses belajar lagi). Boleh pergi kelas agama pada waktu siang. Solat tidak lagi terkejar-kejar. Tidak terikat dengan mana-mana kerja. Dapat urus family dengan hati yang tenang. Yang penting, income setiap bulan tetap ada.

Bagi Mama, itulah kemewahan hidup. Mewahnya hidup kita, apabila kita bebas menentukan masa kita sendiri, dan kita mula merasakan bebas kewangan, tanpa bebanan hutang.

Alhamdulillah.

Sampai satu masa, anak-anak kita akan membesar. Ibu bapa kita akan meninggalkan kita. Ataupun, kita yang akan pergi dulu meninggalkan dunia yang sementara ini. Tanya dada kita, persediaan kita cukup kah? Saving anak-anak kita, cukupkah? Pahala kita, cukupkah? Jasa ibu bapa kita, sudah mula kita bayar kah? Tanya diri kita sendiri. Mama pun sentiasa bertanya kepada diri Mama sendiri. Bukan untuk menghakimi sesiapa, tetapi untuk sentiasa mengingati diri sendiri.

Hidup kita adalah satu pilihan. Kita sebenarnya, ada banyak pilihan, Cuma, kadang-kadang, kita tutup mata dengan pilihan-pilihan tersebut. Terpulang.

Kalau ada di antara pembaca entry ini, ingin mengubah hidup, ke arah yang lebih baik, ingin bebas masa dan bebas kewangan, melalui business Premium Beautiful yang Mama buat, boleh contact Mama. Sudah sampai masa untuk kita take charge dalam kehidupan kita. Sudah sampai masa untuk kita ubah. Jangan tunggu keadaan berubah, kita ubah dulu.

Susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Korban masa 2-3 tahun dalam business Premium Beautiful, untuk kesenangan 20-30 tahun yang akan datang. Insya Allah.

019-4419180 (Izyan) / lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *