Berniaga Kerana Allah

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

I think, I’ve written a similar entry like this, before. But today, I really want to address this topic. Hopefully, you all dapat baca sehingga habis.

Nowadays, Mama tengok, ramai yang mula ambil peluang untuk berniaga. Alhamdulillah. Berniaga kan sunnah Rasulullah S.A.W.? Dan dikatakan, 9/10 punca rezeki, datangnya dari perniagaan. Jadi, Mama seronok, apabila orang yang beragama Islam, mula mengambil peluang untuk berniaga. Untuk sama-sama mantapkan ekonomi keluarga masing-masing.

Tapi, sayangnya, bila kita berniaga, kita tidak letak Allah dalam hati kita.

Mama cerita dari pengalaman Mama sendiri.

Waktu Mama awal-awal berniaga, Mama memang jahil dalam berniaga. Apabila berniaga product kecantikan, seperti Premium Beautiful, Mama tidak menjaga aurat yang dituntut oleh agama Islam. Mama berhijab, tetapi tidak menjaga batas-batas agama. Testimonials yang Mama letak dalam blog Mama pun ada yang tidak sesuai, dan tidak memelihara aurat customers Mama. Waktu itu, Mama fikir, asalkan dapat jual Premium Beautiful, sudahlah.

Yes, memang Mama berjaya jual banyak set Premium Beautiful ketika itu. Memang seronok sangat. And selepas itu, Mama mula dapat rakan kongsi, and mula travel around the world melalui business Premium Beautiful.

Allah, enjoy sangat. Tidak dinafikan, memang seronok sangat. Mama memang menggila sangat untuk berniaga Premium Beautiful. Menggila untuk travel lagi. Menggila untuk buat duit banyak-banyak. Sampai Mama terlupa apa tujuan Mama berniaga.

Tapi, seperti yang Mama kata. Sayang sangat bila kita berniaga, kita tidak letak Allah dalam hati kita. Bila kita berniaga, kita tidak menjaga batas-batas agama kita.

Duit cepat sangat habis. Tidak kekal. Even income cecah RM20,000, memang habis sekelip mata.

Hati memang tidak tenang.

And many more.

Sampai satu masa, Mama jadi susah sangat hendak dapatkan customer Premium Beautiful. Yang peliknya, my rakan-rakan kongsi, Allah, mudahnya mereka dapat customer Premium Beautiful. Mama check cara rakan-rakan kongsi update di wall Facebook mereka. Lebih kurang sama dengan Mama. Tapi, Mama memang payah hendak dapat customer Premium Beautiful.

Sales peribadi jatuh. Income pun pernah jatuh.

Banyak kali bina group, tapi, group selalu hilang. Mama sendiri tidak tahu, berapa kali Mama cakap pada diri Mama, yang Mama hendak give up. Tapi, Mama teruskan juga.

Until one day, one of my closest friend in this business, ajak Mama pergi kelas tafsir Al-Quran. I think, that was the beginning of my turning point. Mama mula belajar kenal agama, sedikit demi sedikit.

And apabila my late father-in-law meninggal dunia disebabkan accident, Mama decided untuk pindah ke Padang Serai. Build a new life here, together dengan family Mama. And I think, I couldn’t have been so much happier. Waktu ketika ini, my business still tengah tunggang terbalik. Macam tengah lost sekejap.

Selepas pindah, banyak rutin Mama bertukar. Jadual setiap hari bertukar. Waktu Mama di Shah Alam, hari-hari Mama menggila cari appointment business. Nowadays, Mama jarang sangat jumpa customers. Mama buat business, dari rumah. Mama banyak sangat habiskan masa Mama di rumah. I take care of my family. Mama masak, Mama jaga rumah. Kadang-kadang, Mama akan jumpa rakan-rakan kongsi Mama di sini. Most of the times, Mama akan communicate dengan rakan-rakan kongsi Mama melalui aplikasi Telegram / WhatsApp.

And rutin setiap hari Jumaat, Ayah akan bawa we all satu family melawat kubur my late father-in-law. And selepas itu, pergi menghadiri ke majlis ilmu agama.

Satu persatu Mama belajar semula tentang agama. Ada masa, Mama rasa macam kena tampar sahaja. Banyak sangat apa yang Mama buat dalam business, Allah tidak suka. Banyak sangat yang Mama kena belajar untuk ubah.

And finally, finally, finally, I know why my life was a mess before. Not just business, but my whole life. It’s because, I didn’t put Allah in my heart, entirely. Sekejap letak, sekejap lupa.

Bangun solat Tahajjud, tapi untuk business.

Baca Al-Quran, tapi tidak cuba faham tafsirnya. Baca pun kelam kabut. Asalkan baca. Tidak betul-betul memahami apa yang Allah cuba sampaikan pada kita.

Dirikan solat Dhuha. Tetapi, tidak betul-betul faham kenapa buat Solat Dhuha. Entirely because of business, semata-mata.

Allah, jahilnya Mama.

One time, I did cry in the majlis ilmu agama. I just sat in the class, and cried.

And many times, I’ve cried and cried, over and over again. Sometimes, waktu tengah drive. Sometimes waktu selepas habis solat. Sometimes waktu selepas habis baca Al-Quran. Sometimes, when I am alone after sending Inas to her pre-school.

I’ve cried, because I know, Mama sangat jahil.

Someone pernah post di Facebook, that we should berniaga kerana Allah. Bukan kerana family, bukan kerana ibubapa kita, bukan kerana anak-anak kita. At that time, I was questioning, kalau berniaga bukan kerana family, then what? Kita selalu ditekankan dengan BIG WHY kita apa? Bukankah anak-anak? Bukankah ibu bapa kita?

And now, I finally can understand. Berniagalah kerana Allah.

Kerana, apabila kita berniaga kerana Allah, kita akan mula jaga agama kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan jaga agama kita? Bila kita mati esok, berniaga tidak dapat bantu kita. Tetapi, agama kita, Insya Allah dapat bantu kita.

Kerana, apabila kita berniaga kerana Allah, kita akan mula belajar tentang agama kita. Kita akan mula mencintai agama kita. Kita akan mula mencari redha Allah. Kita akan mula mencari kasih sayang Allah.

Kalau kita berniaga bukan kerana Allah, percayalah, kita akan berniaga ikut nafsu. Buat apa saja, langgar batas agama kita, halal haram tidak diambil peduli, asalkan kita berjaya. Allah tetap bagi, tetapi, sayang, setakat dapat di dunia sahaja. Bekalan akhirat langsung kita tidak dapat.

Sayang kan?

Hati-hatilah dalam berniaga. Memang income banyak boleh dapat melalui berniaga. Tetapi, jagalah agama kita. Biarlah rezeki yang kita dapat ini berkat. Berpanjangan. Dan Allah redha dengan apa yang kita dapat.

Hati-hatilah apabila kita letak testimonial customers kita. Janganlah sesekali letak yang tidak memelihara aurat. Aurat customers kita kena jaga. Aurat kita, apatah lagi, kan?

Hati-hatilah dalam berkata-kata. Jangan sampai membuka aib orang lain, jangan terlalu meninggi diri. Jangan telampau seronok menghukum yang miskin itu Allah tidak sayang, yang kaya itu adalah kasih sayang Allah. Belum tentu hasil jualan kita dapat ini, adalah dari keredhaan Allah.

Ustaz pernah berkata, dalam syurga, ramainya orang miskin. Bukan tiada orang kaya, tetapi tidak ramai. Menjadi kaya itu sangat perlu, selagi boleh. Tetapi, jaga batas agama kita.

Dan kita sebagai seorang wanita, banyak hendak perlu dipelihara. Wanita paling senang masuk syurga, tetapi, wanita juga paling ramai yang menjadi penghuni neraka…:(

And nowadays, mungkin you all tertanya, business Mama sudah okay, kah?

Cukuplah Allah tahu. Cukuplah hanya Allah yang tahu. Apa yang Mama boleh kongsikan, hati Mama cukup tenang. Walaupun setiap bulan, Mama masih buat sales, tapi, Alhamdulillah, malam-malam dapat tidur dengan tenang.

Mama takkan berhenti berniaga. Sebab, Mama tahu, banyak Allah tegur Mama melalui berniaga Premium Beautiful ini. Bukan business ini yang salah, yang jahilnya adalah Mama.

Mama berkongsi, bukan sebab Mama jenis baik. Jauh sekali. Tapi, Mama tahu, betapa tunggang terbaliknya hidup kita, kalau kita tidak letak Allah dalam hati kita. Jadi, tidak kisah, kita berniaga, kita bekerja, kita belajar, kita letak Allah dalam hati kita. Allah akan bimbing kita ke jalan-Nya, Insya Allah.

Ustaz kata, Allah ciptakan neraka untuk dipenuhi dengan jin dan manusia. Dan Allah pilih, siapa yang Dia akan berikan Hidayah-Nya. Hina kan, kita ini sebagai hamba Allah? Itupun kita masih sombong dengan Allah.

Allahu.

Sama-sama kita berubah, ke arah jalan yang diredhai Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *