Berniaga Menggunakan Facebook – 3 Jenis Posting

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Mama langsung tidak terfikir untuk berkongsi, bagaimana untuk berniaga menggunakan platform social media, walaupun Mama sendiri memang berniaga secara online. Insya Allah, dari masa ke semasa, Mama akan kongsikan beberapa tips dan ilmu yang Mama pelajari, dan mungkin masih relevan untuk usahawan-usahawan yang ingin memulakan perniagaan secara online.

Ilmu Mama ini tidak seberapa. Apa yang Mama kongsikan ini, berdasarkan pengalaman Mama. Boleh ambil yang mana elok dan sesuai.

Untuk hari ini, Mama ingin kongsikan, bagaimana kita hendak berniaga dengan menggunakan akaun Facebook personal. Banyak sangat ilmu berniaga di Facebook di luar sana. Boleh ambil, baca, and cuba apply. Sambil-sambil itu, boleh terus belajar lagi, sebab Facebook ini sentiasa bertukar-tukar wajahnya. Jadinya, akan sentiasa ada ilmu baru.

Mama ingin kongsikan 3 jenis posting asas yang perlu kita buat setiap hari, jika kita ingin menjadikan akaun Facebook personal sebagai platform untuk kita berniaga.

Ada 3 jenis posting asas yang perlu kita buat setiap hari. Iaitu:

  • Lifestyle
  • Product
  • Business

Lifestyle

Selalunya, bila kita mula berniaga di akaun Facebook personal, friend list kita kebanyakannya terdiri daripada kawan-kawan office kita, kawan-kawan sekolah kita, jiran-jiran, adik-beradik, saudara-mara kita kan? Jadi, untuk mengelakkan kita ini terus dicop sebagai yang suka mengiklankan product / hard-selling, posting berkaitan lifestyle sangatlah penting.

Apa posting berkaitan dengan lifestyle? Selalunya, Mama akan cakap pada rakan-rakan kongsi Mama, any posting selain daripada business atau product, yang sesuai untuk you all update, yang you all selesa untuk update.

Contoh:

  • Tempat makan yang best.
  • Tempat jalan-jalan / melancong yang best.
  • Family-related, seperti wedding, majlis sambutan hari-jadi.

Basically, posting berkaitan lifestyle ini, memang paling ramai orang akan suka. Sebab orang suka posting yang santai, yang happy, yang colourful. Asalkan you all selesa untuk update, rasa sesuai untuk update, boleh update sekerap yang mungkin.

Selalunya, posting berkaitan lifestyle ini adalah untuk membina followers you all di Facebook.

Product

Obviously, apabila kita mula berniaga, mestilah kita kena pasarkan product yang kita jual kan? Mestilah kena selalu bercerita tentang product kita.

Sekali lagi diingatkan, elakkan menggunakan ayat-ayat hard selling, seperti, ‘Jom Beli’, ‘PM Laju-Laju’, sebab ayat-ayat hard selling ini memang nampak sangat kita menjual. Memang kalau selalu sangat buat ayat-ayat macam ini, memang orang akan jadi menyampah, and sampai satu masa boleh ‘unfriend’ kita di Facebook. Sayanglah kan?

Sebab itu, kena juga rajin study bagaimana orang lain berniaga. Bagaimana orang lain bercerita tentang product dia, tanpa orang lain menyampah? Teknik ini dipanggil sebagai soft selling. Maksudnya, menjual, tapi tidak nampak seperti menjual. Macam mana?

Selalunya, untuk posting berkaitan product, Mama akan ajar rakan-rakan kongsi Mama untuk bercerita tentang pengalaman mereka menggunakan product yang mereka hendak jual. Apa perasaan mereka? Apa yang mereka hendak kongsikan?

Dari situ, kita akan bina ayat berdasarkan pengalaman kita. Apa yang kita suka sangat tentang product kita? Apa info-info tambahan tentang product kita? Sebab itu, ilmu product tersangatlah penting jika you all benar-benar ingin berniaga. Ambil tahu tentang product you all.

Contoh posting berkaitan product:

  • Info product
  • Gambar product
  • Testimonial product
  • Pengalaman menggunakan product

Selalunya posting berkaitan product adalah bertujuan untuk menjual product. Untuk pasarkan product.

Business

Posting berkaitan dengan business, adalah di mana kita menceritakan aktiviti business yang sedang kita jalankan. Selalunya, posting berkaitan business, adalah bertujuan untuk meluaskan empayar business. Untuk rekrut lebih ramai agent di bawah kumpulan kita.

Contoh posting berkaitan business:

  • Aktiviti pos product
  • Aktiviti restock product
  • Aktiviti kelas mengajar agen
  • Pengalaman sejak berniaga
  • Pengalaman jatuh bangun

Ini sebagai contoh. Ada banyak lagi contoh-contoh aktiviti business yang you all boleh letak sebagai posting.

Apa-apa pun posting yang you all hendak buat, pastikan jujur dan jangan menipu. Sebab kita kan hendak berniaga lama. Penting sangat keberkatan rezeki. Supaya rezeki kita bertahan lama.

You all sebenarnya, boleh gabung mana-mana jenis posting di atas, untuk menjadi satu posting. Contohnya, you all gabung business dan product dalam 1 posting.

Pastikan gambar-gambar yang you all guna hendaklah jelas. Supaya sedap mata memandang. And jaga aurat customers kita jika hendak letak testimonial product sebagai posting.

So, itu sahaja daripada Mama. Insya Allah, di lain masa, Mama akan kongsikan lebih banyak tips business / tips berniaga. Insya Allah. Mama doakan semoga you all sentiasa dirahmati Allah selalu, dan dimurahkan rezeki.

Aaamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *