Cara Pelangsingan Badan Dengan Premium Beautiful

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Seperti yang you all pun tahu, fungsi utama pemakaian Premium Beautiful adalah untuk membantu you all langsing.

So, sebelum Mama bercerita bagaimana Premium Beautiful boleh membantu you all untuk jadi langsing, Mama ingin berkongsi beberapa fakta, tentang kegemukan / obesiti. Apa faktor-faktor yang boleh mengundang kepada obesiti?

Genetik

Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita selalu bertemu dengan ibu bapa yang gemuk yang memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini,sudah jelas lagi bersuluh mengatakan faktor genetik merupakan faktor utama kegemukan.

Faktor ini berlaku mungkin disebabkan ketika seorang ibu yang obesiti sedang hamil, unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

Pola Makan Berlebihan

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk hobinya suka makan dan cenderung terhadap makanan, apabila mereka rasa ingin makan,mereka akan makan walaupun sebenarnya perut tidak berasa lapar.

Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada kepompong kegemukan jika seseorang itu tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

Kurang Bersukan

Kita seharusnya tidak boleh malas bersukan kerana aktiviti fizikal akan membantu mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Semasa bersukan, kalori akan terbakar. Jika makin banyak kita bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Apabila kalori kita terbakar, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi sistem metabolisme kita.

Kebiasaannya, orang yang duduk bekerja di pejabat akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Ini adalah kerana mereka kurang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kekurangan aktiviti gerak ini akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, penyakit obesiti ini membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung.

Pengaruh Emosional

Ada satu pandangan popular yang mengatakan bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Contohnya, orang gemuk yang dahagakan kasih kasih sayang, seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidak terlalu terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Walaupun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, tetapi sebenarnya batin mereka yang sedih ini yang sebenarnya yang mengundang kepada masalah kegemukan.

Hal ini berlaku masyarakat sering berfikiran bahawa tubuh yang langsing dan kurus merupakan suatu kecantikan bagi mereka sehingga menyebabkan orang gemuk cenderung berasa malu dengan penampilannya dan sukar mengurus diri mereka terutama dalam hal yang berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk selalu mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan tegang atau cemas, dan kebenarannya terbukti. Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan.

Bagi kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang berkurangan,apabila mereka disajikan dengan coklat dan makanan ringan yang lain, didapati bahawa orang gemuk lebih banyak menghabiskan makanan ringan setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan, selera makan makanan ringan tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

Oleh itu, emosi haruslah dikawal agar berat badan tidak semakin meningkat dan seterusnya menjejaskan kesihatan diri kita.

Persekitaran

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam satu komuniti yang menganggap bahawa gemuk adalah simbol kemakmuran, kebahagiaan dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.

Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan dan  mereka tidak akan kisah jika diri mereka gemuk.

Kegemukan juga boleh menyebabkan banyak kesan tidak baik pada kesihatan dan badan kita. Pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik. Lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan. Oleh itu, kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

  • Diabetes
  • Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu gemuk sangat rendah.
  • Strok.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kanser. Orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan) dan payudara.
  • Berdengkur kuat apabila tidur, mudah rasa penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu.
  • Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi, ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.
  • Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya.
  • Hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas.
  • Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan masalah kehamilan. Wanita gemuk berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat. Gemuk juga menyebabkan hormon tidak stabil.

Tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

Selain daripada itu, kegemukan juga menyebabkan selulit terjadi.

Faktor terjadinya selulit:

  • Etnik
  • Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak
  • Hormon
  • Baka

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.

Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air. Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.

Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Dua sebab selulit terjadi pada wanita:

  • Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung
  • Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid retention)

Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. ia penanda bermulanya ‘lingkaran sebab akibat’ (vicious cycle).

Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat ‘on-again’ dan ‘off-again’ sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.

Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.

Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit mula mengganggu penampilan diri.

Lapisan lemak

Ada dua lapisan lemak berbeza iaitu lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan manakala lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.

Justeru, selulit adalah gangguan tisu lemak yang berada di bawah kulit di bahagian bawah tubuh. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindung dari tumbukan dan pelanggaran (bumps), memberi rasa selesa dan memberi kita ‘kelembutan’ yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.

Tetapi, terlebih makan makanan berkalori adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam.

Walaupun sudah menjalani pembedahan kontur tubuh, selulit boleh muncul lagi jika tiada senaman.

Lemak, walaupun merupakan penyebab perut buncit jika memiliki kadar yang berlebihan, namun tanpa lemak, sangat susah untuk manusia dapat bertahan dalam kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa fungsi lemak yang bermanfaat untuk tubuh manusia.

  • Fungsi Lemak Sebagai Sumber Tenaga. Lemak memiliki fungsi utama untuk memberi sumber tenaga bagi tubuh. Dengan menyediakan sumber tenaga, lemak dapat membantu mengurangkan fungsi protein agar protein dapat berfungsi untuk fungsi-fungsi lain seperti memperbaiki sistem tubuh yang lain.
  • Lemak Berfungsi Untuk Pembentukan Sel. Lemak juga membantu dalam membentuk struktur sel dan sistem lain seperti membran sel dalam tubuh manusia.
  • Lemak Membantu Melawaskan Pembuangan Air Besar. Lemak dalam saluran pembuangan dapat berfungsi untuk melawaskan pembuangan air besar, manakala lemak yang berada di dalam usus akan memudahkan dan melancarkan proses pembuangan air besar.
  • Mengatur Suhu Tubuh Badan. Lemak berperanan dalam mengatur suhu tubuh badan agar sentiasa hangat. Hampir setengah dari lemak yang berada di bawah kulit berfungsi untuk menjaga tubuh badan agar tetap hangat, walaupun ketika berada di dalam cuaca sejuk.
  • Menjaga Organ Tubuh Badan. Lemak juga berfungsi untuk menjaga keadaan organ dalam dalam tubuh badan. Lemak terdapat dalam 45% sekitar organ tubuh untuk melindungi organ tersebut.

Walaupun sebenarnya, agak banyak juga fungsi lemak dalam tubuh badan, tetapi, apa yang berlaku, kebanyakan manusia suka makan berlebihan sehingga menyebabkan pembentukan lemak berlebihan dalam badan kita.

Apa yang Mama belajar, lemak ini boleh digambarkan seperti belon. Setiap kali kita makan secara berlebihan, keadaan lemak akan membesar dan, pada masa yang sama, lemak ini suka bergerak di sekitar badan, menyebabkan keadaan badan kita bersepah-sepah.

Ada banyak options untuk you all hendak kurangkan masalah kegemukan, masalah lemak badan berlebihan, masalah lemak badan bersepah-sepah atau masalah selulit sekalipun.

Cuma di sini, Mama ingin terangkan bagaimana Pemium Beautiful, salah satu alternatif untuk menjadikan you all langsing dengan cara yang selamat. Ada 2 cara pelansingan dengan Premium Beautiful.

Cara Pertama:

Premium BeautifulUntuk pertama kali memakai Premium Beautiful, you all akan disarankan untuk pakai Premium Beautiful Classic, kerana fungsi Premium Beautiful Classic ini adalah untuk mengalih lemak ke tempat yang betul.

  1. Lemak peha akan dialih ke bahagian punggung. Punggung yang melebar ke tepi akan dibentuk kembali dengan pemakaian Long Girdle.
  2. Untuk lemak bahagian belakang badan, dan di bawah lengan dan ketiak, akan diurut dan akan dialih ke bahagian depan Long Bra dan diurut masuk ke dalam cup bra. Bahagian belakang akan menjadi smooth dan tidak berbonjol-bonjol.
  3. After pengagihan lemak telah dilakukan, Waist Nipper akan membantu untuk kunci segala lemak yang telah dialih, supaya tidak bergerak ke sana ke sini. Waist Nipper Premium Beautiful juga akan membentuk kembali pinggang.
  4. Far Infrared-Rays (F.I.R.) akan membantu membakar lemak berlebihan secara perlahan-lahan.
  5. Fabrik Premium Beautiful Classic akan membantu untuk membuatkan badan lebih kemas dan grip.
  6. Untuk proses ini, you all perlu pakai Premium Beautiful Classic selama 3-6 bulan, setiap hari, minimum 8 jam sehari untuk penetapan lemak yang lebih berkesan.

Cara Kedua:

Premium Beautiful Training - 7After 6 bulan pertama, jika memakai Premium Beautiful Classic secara consistent Insya Allah, bentuk badan you all akan mula terbentuk dan lemak sudah mula diagihkan ke tempat yang betul. Pada ketika ini, you all hanya perlu maintain shape badan yang sudah terbentuk dengan Premium Beautiful Elegance.

Fungsi Premium Beautiful Elegance adalah kepada untuk mengekalkan kontur badan yang sudah terbentuk dengan lebih selesa dan lebih fleksibel. Material Premium Beautiful lebih sejuk dan lebih selesa.

Insya Allah, kalau you all rajin pakai Premium Beautiful untuk jangka masa yang lama (setahun dan ke atas), badan you all akan lebih langsing. Lemak badan tidak akan lagi bersepah, perut tidak akan buncit, perut tidak akan cepat lapar dan selulit pun akan berkurangan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Premium Beautiful, you all boleh contact Mama at: +60 19 – 4419 180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com. Jangan segan-segan ya, kalau hendak cantik dan sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *