Book Review: Tuan JPJ Babak Terakhir – Pena Kayu

“Awak takkan jatuh, Syu. Saya ada dengan awak. I won’t let you fall. Trust me.” ~ Hasbul ‘Ariff.

Alhamdulillah, syukur…❤️ Berpeluang juga untuk Mama hendak menulis another book review. Buku yang Mama akan review ini, adalah buku pertama yang Mama baca dari author ini. And seriously, Mama suka sangat penulisan author ini.

Untuk entry ini, Mama hendak menulis review tentang novel yang bertajuk, ‘Tuan JPJ Babak Terakhir’ yang dikarang oleh Pena Kayu. Jumlah muka surat adalah sebanyak 405.

Personal rating: 4⭐️ / 5

Masa Mama awal-awal beli buku ini, Mama tidak tahu hendak expect apa dari buku ini. Ramai yang sudah pernah baca versi ebook buku ini. Tapi, dalam versi ebook, chapters tidak banyak. Ada sikit sahaja. Ala-ala macam teaser. And ramai orang suka dengan versi ebook tersebut. So, based on that ebook reviews, Mama decided untuk beli buku ini. Buku ini mengandungi lebih banyak bab, dan ceritanya dihabiskan / dilengkapkan.

Sedikit sinopsis buku ini. Satu hari, Syuhada sedang practise memandu di kawasan taman perumahan keluarganya. Kerana dia bakal menduduki ujian JPJ. Tapi, Syuhada ingin mencabar dirinya. Dia memandu keluar dari kawasan taman perumahan tersebut dan drive masuk ke jalan besar. Malang tidak berbau, kereta yang dipandunya telah berjaya mencium bontot kereta seorang lelaki. Lebih malang, lelaki tersebut merupakan seorang pegawai JPJ…🤣

Syuhada terlepas daripada sebarang hukuman, setelah kakaknya datang berbincang dengan pegawai JPJ tersebut. Pegawai JPJ tersebut, namanya Hasbul ‘Ariff dan dia merupakan rakan sekolah kakaknya.

Hendak dijadikan cerita, waktu ujian JPJ, Syuhada bertemu lagi dengan Hasbul ‘Ariff. Dan Hasbul ‘Ariff merupakan pegawai yang akan menilai kemampuan memandu Syuhada ketika ujian JPJ tersebut. Aduh~~😂

Tapi, jangan risau. Dalam diam-diam, Hasbul ‘Ariff datang masuk meminang Syuhada. Terkejut beruk Syuhada dibuatnya. Syuhada terima pinangan keluarga Hasbul ‘Ariff dan akhirnya mereka bertunang.

Lagi 4 hari majlis perkahwinan mereka, Hasbul ‘Ariff datang berjumpa dengan Syuhada, untuk batalkan majlis perkahwinan mereka. Tak jadi kahwin dengan Syuhada. Alasan? Sebab Hasbul ‘Ariff ada perempuan lain yang bernama Fazura. Fuhh~~ Panas jer telinga Syuhada dengar Hasbul ‘Ariff ada wanita simpanan selama ini…😡

Jadi, apa yang Syuhada buat? Dia tekad untuk teruskan perkahwinan, dan impiannya untuk hendak kucar-kacirkan kehidupan Hasbul ‘Ariff dan Fazura. Menjadi seorang wanita yang berdendam.

Apa yang Mama suka:

  • Semua characters dalam buku ini. Dari yang baik, sehingga yang jahat. Semua pun ada motif masing-masing. Ada sebab kenapa Hasbul ‘Ariff membatalkan perkahwinannya dengan Syuhada. Ada sebab kenapa Syuhada menjadi wanita yang berdendam. Ada sebab kenapa Fazura beriya-iya untuk merampas Hasbul ‘Ariff dari Syuhada.
  • Nama-nama characters dalam buku ini. Semuanya nama Melayu. Mama suka…😍
  • The angst and the tension. Dalam buku ini, dari awal sehingga habis tamat, memang Syuhada dan Hasbul ‘Ariff asyik bertekak. Tidak pernah berdamai. Mama suka the way mereka bertekak. Seolah-olah mereka sedang flirt with each other, tapi dalam versi bertekak. You can feel the tension. Hasbul ‘Ariff bukan tidak sayangkan Syuhada, tapi apa yang dia buat, adalah untuk melindungi Syuhada daripada bahaya.
  • Ada misteri pembunuhan dalam buku ini. Disebabkan misteri pembunuhan ini, Hasbul ‘Ariff terus membatalkan perkahwinannya dengan Syuhada, sebab dia hendak menyiasat dan mencari siapa pembunuh dalam misteri pembunuhan ini.
  • Penulisan author ini memang berjaya Mama terus membaca buku ini dari mula sampai habis. Bayangkan, Mama bukannya gemar dan suka dengan plot yang ada orang ketiga. Tapi, disebabkan penulisan dan olahan ayat dari author ini, Mama terus jadi macam hendak merempit baca buku sampai habis. And not only that, Mama sampai addicted hendak baca penulisan author dalam buku-bukunya yang lain.

Apa yang Mama tidak suka:

  • Plot yang membabitkan orang ketiga. I hate this kind of plot. Tetapi, disebabkan penulisan author ini, ia berjaya menenggelamkan point yang Mama tidak suka ini.

What lessons can I learn through this novel?

  • Berterus-terang lah dengan pasangan kita. Bayangkan, kita sudah pun menjadi pasangan suami isteri, bersama dengan pasangan kita, tapi, kita masih lagi banyak berahsia. Itulah yang terjadi dalam novel ini. Kononnya Hasbul ‘Ariff ingin melindungi Syuhada. Dia tidak berterus-terang dengan Syuhada. Dia banyak sangat simpan rahsia dari Syuhada. End up, Syuhada sentiasa dalam bahaya. Sentiasa mencurigai setiap perbuatan dan tindakan Hasbul ‘Ariff. Sepatutnya, apabila sudah berkahwin, no more secrets between the couple.
  • Menjadi seorang yang berdendam itu sangatlah tidak baik. Berdosa. Bukan sahaja boleh memakan diri sendiri, malah boleh merosakkan mental kita sebenarnya. Hidup pun tidak tenang. Memaafkan itu lebih baik…☺️

Apa-apa pun, Mama sangat-sangat berpuas hati dengan buku ini. Author ini pun sudah menjadi salah seorang authir favourite Mama. Insya Allah, Mama hendak terus mengumpul (kalau boleh dan mampu, kesemualah) karya-karya author ini. Semoga you all terhibur membaca review Mama yang ini. Mana lah tahu, lepas baca review Mama yang ini, you all terus berminat untuk dapatkan buku ini…😍

Semoga kita akan berjumpa di entry yang akan datang ya. Selamat membaca semua…😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...