Book Review: Lelaki Exit 217 – Lynn Dayana

“Hei. Nanti orang ingat akulah punca kau menangis. Padahal kau sakit sebab lelaki lain.” ~ Syafiq.

Alhamdulillah, syukur…❤️ Kita bertemu kembali dengan satu lagi book review. Untuk entry ini, Mama hendak menulis review tentang novel yang bertajuk, ‘Lelaki Exit 217’ yang dikarang oleh Lynn Dayana. Jumlah muka surat adalah sebanyak 329. Tak tebal mana pun novel nie. Just nice.

Personal rating: 4.5 / 5 ⭐️

This is actually my second book from this author. And semestinya, karya beliau memang tidak mengecewakan. Mama pernah baca satu buku from this author, and genre buku tersebut adalah romantic comedy. And seriously, that book has became one of my comfort books. Jenaka dalam buku tersebut masih relevan dan terbaik, walaupun buku tersebut adalah buku lama. Setiap kali baca, mesti akan gelak terguling-guling.

Untuk buku ini, author cuba membawa cerita bertemakan genre paranormal-mystery-romance. First time baca blurb, memang Mama terus tertarik. And baca review pun, ramai bagi rating yang agak tinggi. Cuma, Mama rasa, buku nie tak se’famous’ seperti buku-buku lain. And Mama rasa agak kesal, kerana masih ramai lagi yang tidak jumpa and baca buku ini. Please you guys, try to buy this book and read it. It’s good.

And, just look at the cover of this book. Gorgeous…😍

Sedikit sinopsis buku ini. Disebabkan satu insiden, seorang wanita yang bernama Riya, jatuh koma selama 6 bulan. Setelah terjaga dari koma, kehidupannya berubah serta merta. Riya kehilangan tempat tinggal and ibunya meninggal dunia ketika dia sedang koma. In rebuilding her life back as an author, Riya bertemu dengan seorang jejaka yang tampan bernama Ferhad. Ferhad nie, selalu muncul ketika Riya memerlukan pertolongan. Yang peliknya tentang Ferhad nie, hanya Riya sahaja yang boleh nampak dan bercakap dengannya. So, Riya menjadikan satu misi untuk membongkar misteri Ferhad. So, dalam membongkar misteri tersebut, Riya menerima pertolongan daripada seorang jejaka yang bernama Syafiq. Syafiq merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Apa yang Mama suka:

  • The main characters. Riya, Syafiq and Ferhad. Even though ada 2 male leads yang seolah-olah cuba ambil attention Riya, tapi, jalan cerita dia bukan cinta 3 segi pun. Ketiga-tiga characters nie, langsung tak annoying. Syafiq merupakan seorang yang berterus-terang dan agak protective. Kalau Riya call jam 3 pagi, jam 3 pagi lah dia akan terpacak depan pintu rumah Riya. Seorang anggota PDRM yang sedang bercuti disebabkan satu insiden. Dalam bercuti tue, dia memulakan business ayam dan itik. Ferhad pula, digambarkan seorang yang handsome, dan seorang yang lemah lembut. Apabila dia berbicara, Riya seperti dibuai-buai. Jadi, characters both of the male leads nie, memang berbeza. Ayat Syafiq selalunya straight to the point and he’s brutally honest, manakala, Ferhad, bahasa dia berbunga-bunga. Apabila Ferhad muncul, Riya seolah-olah akan hilang dari dunia nyata. Truthfully, if Mama jadi Riya pun, Mama pun akan jatuh cinta dengan Ferhad.
  • The mystery. Mama suka betul misteri macam nie. The mystery is simple sebenarnya, tetapi, tetap membuatkan Mama tertanya-tanya, siapa Ferhad nie sebenarnya…🤔 And apabila dapat tahu siapa Ferhad, apa yang terjadi pada Ferhad, hati Mama rasa macam dicucuk-cucuk. No, Ferhad, no…😭
  • The writing. Mama memang suka penulisan Lynn Dayana. Ayat yang digunakan bukanlah bombastic sangat pun, tapi memang sedap dibaca. And setiap ayat disusun dengan baik. Lancar sangat pembacaan Mama. And paling Mama suka, tiada kesalahan ejaan. So, that’s a win from me.
  • Nama-nama yang digunakan pun, nama-nama Melayu dan bukanlah nama mat salleh. No offense to authors yang suka menggunakan nama mat salleh, tapi, nama-nama Melayu pun sebenarnya sedap. Lebih mudah untuk disebut. Kadang-kadang, authors suka sangat letak nama mat salleh yang pelik-pelik, sampai nak sebut pun payah…🥲

Apa yang Mama tidak suka:

  • Ada 2 benda yang author tidak explain properly dalam buku nie. Siapa lelaki yang selalu follow Syafiq? Dan, apakah insiden yang menyebabkan Syafiq mengambil cuti daripada bertugas sebagai anggota PDRM? If I’m not mistaken, that incident berkait rapat dengan wanita yang bernama Sakura, wanita yang Syafiq pernah cintai? I think. Mama rasa, author macam terlepas pandang pada 2 bahagian nie. Sebab tergantung macam tue jer. Tak diceritakan / dihuraikan dengan lebih lanjut.
  • Scene manis antara Syafiq dan Riya terlampau pendek. I mean, kalau dipanjangkan lagi, mesti lagi best. Sedar-sedar, dah nak kahwin dah 2 orang nie…😂 I mean, author, setelah apa yang mereka lalui bersama, tak boleh ker panjangkan sedikit scene manis mereka, sebagai hadiah untuk kami yang baca novel nie? 🥰

What lessons can I learn through this novel?

  • Bila jatuh terduduk, jangan cepat putus asa. Bangun balik. Bina balik apa yang boleh dibina.
  • Hargai kawan-kawan yang baik dengan kita, dan ahli keluarga kita, selagi mereka masih ada. Bukan senang untuk nak dapat kawan-kawan yang baik dan selalu teman kita.
  • Tak semestinya orang yang kita sayang, akan sayang kita semula. Berbaliklah pada Allah S.W.T. supaya hati kita tidak mudah kecewa.

Apa-apa pun, good job author sebab cuba menulis satu cerita yang bertemakan genre misteri dan paranormal. Semoga author terus berkarya dengan lebih baik pada masa akan datang…👍🏻 And Mama harap sangat, lebih ramai pembaca yang baca novel ini.

So, itu sahaja review novel ‘Lelaki exit 217’ dari Mama. Semoga you all enjoy baca penulisan Mama nie. Kita bertemu lagi untuk entry yang akan datang yer…😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...