Raya Aidilfitri 2020

“Sometimes, situation may be uncomfortable but must endure.” – Lailah Gifty Akita

Tidak pernah kita terfikir kan? Sambutan Raya Aidilfitri untuk tahun 2020 ini ternyata berbeza, dan tidak seperti biasa. Disebabkan wabak CoVid-19, kita tidak lagi berupaya untuk menyambut Raya Aidilfitri seperti sebelum ini. Tidak dapat merentas negeri untuk pulang ke kampung. Tidak dapat bersama dengan keluarga yang kita cintai. Tidak dapat bersalaman. Apatah lagi aktiviti kunjung mengunjung.

Bila kita fikir semula, apa yang kita ada sebelum ini, apa yang kita nikmati sebelum ini, mungkin kita hanya ambil mudah sahaja. Allahu~~~

Apa-apa pun, wabak CoVid-19 ini adalah ujian untuk kita semua. Ujian yang mengingatkan kita, yang kita ini adalah sekadar hamba Allah S.W.T, yang mengajar kita untuk terus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.

Ketika Mama menulis entry ini, Syawal sudah pun memasuki hari yang ketujuh. So, bagaimana dengan sambutan Raya Aidilfitri you all?

Mama tidak berpeluang untuk pulang ke kampung untuk tahun ini. Sebab Mama tidak dapat merentas negeri. Jadi, kami hanya beraya di rumah sahaja. Kami sempat mengunjung 2 buah rumah saudara mara sebelah Ayah (my husband), jadi, sambutan tahun ini tidaklah teruk sangat. Terubat juga rindu untuk bersama dengan my parents. Insya Allah, tahun hadapan, apabila wabak ini berakhir (ataupun sudah terkawal), Mama hendak sangat beraya dengan my parents. Semoga Allah mengizinkan.

Tahun ini juga, banyak juga pertama kali buat Mama. Apa yang pertama kalinya Mama?

Tahun ini, Mama pertama kali menjahit baju Raya untuk ahli keluarga Mama. Mama jahit baju Raya Ayah, Mama, Syahir dan Inas. It took me 2 months untuk siapkan kesemua baju tersebut. Maklumlah, Mama bukan tukang jahit professional. Jadi, memang ambil masa…^^;;

Kurta buat Ayah dan jubah yang longgar buat Mama.

Kurta buat Syahir. Baju kurung peplum buat Inas.

Tahun ini, Inas minta baju pengantin sebagai baju Raya Inas. Kemain kan, anak dara Mama seorang ini? Minta baju pengantin haa! Pening kepala Mama hendak cari lace. Apa-apa pun, Inas suka sangat dengan baju kurung peplum yang Mama jahitkan untuk Inas.

Tahun ini juga, merupakan pertama kali Mama masak rendang daging. Haha!!

Sepanjang Mama hidup ini, inilah kali pertama Mama masak rendang daging. Sebelum ini, sama ada my mother-in-law yang masak, atau my mother beli di kedai. Memang tidak pernah masak sendiri. Sebab Mama memang tidak pandai bab-bab masakan tradisional.

Tetapi, disebabkan tahun ini memang kami akan beraya sendiri di rumah, jadi Ayah (my husband) memang teringin untuk makan rendang daging ketika Raya nanti. Siap Ayah hendak upah ibu saudaranya untuk masakkan rendang. So, Mama pun cuba belajar untuk masak rendang daging. Siap Mama call both of my mother and my mother-in-law untuk minta resepi.

And hasilnya, Alhamdulillah, memang sedap. Ayah memang puji rendang daging Mama sedap. Syahir dan Inas bertambah-tambah makan ketupat bersama dengan rendang daging Mama.

Memang mencabar juga masak sesuatu yang kita tidak pernah masak, ketika di bulan Ramadhan. Memang agak-agak sahaja. Apabila berbuka puasa, baru dapat rasa, okay atau tidak. Haha!!

Memang masak rendang ini merupakan pengalaman baru buat Mama…:)

Tahun ini juga merupakan pertama kali Ayah jadi Imam untuk solat sunat Raya Aidilfitri. Ayah siap baca khutbah lagi…:) Apa-apa pun, memang rindu sangat untuk jejakkan kaki ke masjid. Allahu~~

So, you all ada belajar sesuatu yang baru kah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) / wabak CoVid-19 ini?

Mama pun sudah lama tidak bergambar. Memang terperuk dalam rumah sepanjang PKP ini. Ini pertama kali yang Mama betul-betul bersiap dan bergambar. So, excuse myself sebab gambar Mama agak awkward…^^;;

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Mama sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. sentiasa merahmati kita semua. Dan semoga wabak CoVid-19 ini cepat-cepat berakhir, supaya kita boleh kembali kepada kehidupan kita sebelum ini.

Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...