Trip To Tanjung Bungah

“Short honeymoons are better than no honeymoons, but long honeymoons are best of all.” ~ John Davey.

Alhamdulillah, syukur…😁 Kita bertemu lagi di dalam blog Mama nie. Kali ini, Mama ingin bercerita tentang a short tip ke Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada bulan akhir bulan September 2022 lepas. Tapi, sebenarnya, bukanlah trip apa sangat pun. More like a short vacation sahaja. Mama banyak stay dalam hotel sahaja…🤣

Sepatutnya lah kan, this is a family trip. A short vacation. Tapi, disebabkan Syahir tinggal di asrama, and pada last minute, Inas pula kena pergi camping untuk aktiviti Persatuan Pengakap di sekolahnya, so, end up, hanya Mama dan Ayah sahaja yang pergi untuk short vacation ini. Ala-ala honeymoon lah plak…😂 Dah tua-tua pun nak honeymoon lagi…🤣

Actually, short vacation ini merupakan ‘Family Day’ anjuran tempat Ayah bekerja. Memang agak lama juga tiada family day, disebabkan PKP and CoVid. So, untuk tahun ini, family day yang diadakan ini agak meriah juga lah.

Kami menginap di Rainbow Paradise Beach Resort yang terletak di Tajung Bungah, Pulau Pinang. Hotel ini betul-betul bersebelahan dengan Hotel Flamingo.

Macam Mama cerita kat atas tadi, sepatutnya Inas ikut kami sekali untuk family day ini. Jadi, pihak penganjur siap sediakan bilik yang agak besar untuk kami sekeluarga. Dah bila Inas tak dapat nak pergi, end up, hanya Ayah dan Mama sahaja yang conquer bilik sebesar-besar alam ini…😂 Tapi you all, bilik selesa sangat. View pun cantik sangat. View pantai lagi.

View dari balkoni bilik kami. Fuhh, memang best lah kalau hari-hari dapat menghadap view macam ini…😍

Bilik kami ini siap ada ruang makan. So, petang tue, Ayah order makanan melalui aplikasi Foodpanda, sebab makan malam memang agak lambat. Lepas Isyak. Jadi, Ayah tolong order makanan untuk alas perut dulu. Hotel nie memang dekat dengan mall. Jadi fast-food restaurants memang bersepah. Tinggal order sahaja. And memang selesa nak makan dalam bilik, sebab ada ruang makan dan sinki.

Untuk sebelah petang nie aktiviti adalah bebas. Jadi, yang mana bawa anak-anak, memang terjun pool lah. Memang penuh manusia kat pool. Pantai pun dekat jer dengan hotel.

Disebabkan pool terlampau ramai manusia, Ayah dan Mama decided untuk berjalan-jalan di tepi pantai. Romantik kan? 🤣 Tapi, pantai yang dekat dengan hotel kami, tak sesuai mandi. Sebab dalam. Kalau nak mandi pantai, boleh jalan ke arah Hotel Flamingo. Bahagian sana agak landai. Tapi, kalau setakat nak celup-celup kaki tue boleh jer…😁

Alhamdulillah, cuaca pun cantik jer. Rasanya dah lama sangat kami tak ambil gambar berdua. Kalau tak, mesti Inas nak menyelit kat tengah-tengah tue…😂

Apa yang Mama nampak, hotel ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Ada pools dan berdekatan dengan pantai. Cuma, kalau bahagian pantai, macam Mama cerita kat atas, kena jalan sikit ke bahagian Hotel Flamingo, untuk hendak mandi lah. Other than that, Mama sangat berpuas hati dengan hotel ini.

Pada sebelah malamnya, ada majlis makan malam dan cabutan bertuah. The foods were delicious. Sedap yang amat. Serius kenyang sangat.

Paling tak sangka, my husband menang hadiah cabutan bertuah. Dapat oven from Pensonic. Sebesar-besar alam haaa….😂 Alhamdulillah, syukur…😁

Bangun pagi keesokkannya, Mama ambil peluang untuk tengok pantai sepuas-puasnya. Bukan senang kan, nak dapat view macam nie…😍

Cantiknya cloud formation pagi-pagi. Kalau dah tengahari, dah tak nampak dah awan macam nie.

Sebelum pulang, kami berpeluang untuk breakfast di hotel tersebut. Menu yang Mama ambil adalah bihun goreng. Ada juga nasi lemak. Overall, food kat hotel ini sedap dan memuaskan. Mama berpuas hati sangat dengan food dan service hotel nie.

Seronok juga sekali-sekala dapat bercuti berdua. Tapi, tak boleh cuti berdua lama-lama. Mama cepat sangat rindu kat anak-anak Mama. Mesti nak cepat balik rumah. Nak tatap wajah anak-anak Mama.

So, setakat itu sahaja daripada Mama. Insya Allah, kita berjumpa di next entry ya…😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...