Wardah C-Defense With Vitamin C Serum Review

“The key to love yourself is loving Vitamin C!”

Phew…^^;; Lama juga sebenarnya Mama peram entry ini. Memang agak lama juga Mama berniat untuk kongsikan pengalaman Mama menggunakan produk dari Wardah ini.

Anyway, sebelum Mama teruskan menulis, ingin Mama tekankan di sini, Mama bukannya skincare expert. Bukan pakar kulit, bukan pakar skincare. Apa yang Mama kongsi di sini, sebab Mama guna. Kulit kita semua berbeza, and sebab itu pentingnya membaca apa-apa rujukan di internet sebelum you all decide untuk hendak beli. Dan, paling penting, kena lah cuba sendiri. Baru you all tahu sama ada sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit you all.

Jadi, Mama harap, jangan lah you all tanya Mama, sama ada produk ini sesuai atau tidak dengan kulit you all? Boleh pakai dengan produk yang ini tak? Boleh guna sekali dengan produk sekian sekian tak? In the end, boleh baca apa yang Mama tulis sebagai review, and you all decide sendiri ya. Mama pun sebenarnya tidak pandai hendak reply apa kalau you all tanya Mama ibarat Mama nie skincare expert…^^;;

So, faham dah kan? Let’s go to the review…:)

Pertama sekali, rasanya ramai yang tahu kebaikan Vitamin C kan? Kalau ikutkan, kebaikannya banyak sangat. Sama ada untuk kulit dan untuk kesihatan. Tapi, kalau untuk kulit, Vitamin C baik untuk:

  • Memberikan kesan pencerahan pada kulit.
  • Menjadikan tona kulit sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan pada kulit. Not exactly boleh hilang terus. Maksudnya, tak berapa nampak sangatlah. Kalau memang sudah tua, memang akan berkedut juga…^^;;
  • Melindungi kulit daripada kesan-kesan pencemaran alam sekitar, termasuklah radikal-radikal bebas.

So, you all sudah tahu kebaikan Vitamin C, jom kita kenal jenis-jenis Vitamin C. Vitamin C, if tak salah Mama, ada 2 jenis. Original form dan derivatives.

Original form – Ascorbic Acid, atau lebih dikenali sebagai L-ascorbic acid. Yang nie kiranya yang paling powerful, sebab original form kan. Cuma, selalunya, form nie sangat sensitive pada udara dan cahaya. So, memang cepat oxidize kalau terdedah pada udara dan cahaya. Bila sudah oxidize, memang tak boleh guna dah rasanya. Takut rosak kulit nanti. Selalunya, kalau guna original form nie, ia akan didatangkan dalam bentuk serum. Botol pun mesti jenis pump yang air-tight dan berwarna gelap. Baru L-ascorbic acid tak cepat oxidize.

Derivatives ada banyak jenis. Derivatives selalunya lebih stabil and tidak cepat oxidize. And selalunya, kalau yang ada masalah kulit sensitif, boleh cuba guna derivaties. Sebab selalunya kalau guna original form, kulit mungkin akan rasa pedih. Antara contoh derivatives yang ada research nya, adalah:

  • sodium ascorbyl phosphate
  • ascorbyl palmitate
  • ethyl ascorbic acid
  • tetrahexyldecyl ascorbate
  • magnesium ascorbyl phosphate
  • ascorbyl glucoside

So, kalau you all hendak mencari any Vitamin C product, you all boleh tengok pada kandungan, and you all boleh identify sama ada ia in a original form or derivatives.

Anyway, back to the review.

Mama sudah agak lama menggunakan Wardah C-Defense With Vitamin C Serum ini. Basically, ini adalah Vitamin C Serum. Tapi, ini bukan pure Vitamin C. Just a derivative. Mama memang sudah lama ingin mencari produk Vitamin C, and Mama happy sebab Wardah keluarkan satu produk Vitamin C serum, and senang untuk didapati.

In case kalau you all tidak tahu, Wardah adalah Muslim company dari Indonesia. So, double yeay! di situ.

Tekstur serum ini, agak pekat, macam liquid gel. Tiada warna, just transparent macam tue. Cara Mama gunakan serum ini, hanya pada sebelah malam sahaja. Selepas toner, Mama akan sapu serum ini. Serum ini menggunakan dropper, jadi, selalunya Mama guna dalam 3-4 drop untuk keseluruhan muka Mama. Then, baru Mama pakai night cream.

Kesan selepas penggunaan? Untuk kulit muka yang agak sensitif ini, serum ini tidak memberi kesan pedih atau gatal. After pakai, memang boleh rasa muka rasa lembut jer. Rasa macam lembap. Mama suka…:)

Apa yang Mama nampak, parut jerawat kalau masih baru, cepat sahaja pudar. Kalau parut jerawat yang sudah lama, memang ambil masa. Tapi, overall, muka Mama nampak lebih bright. Bukan lagi putih ya. Cuma tidak nampak kusam dan agak lebih cerah dari sebelum ini. So, Mama agak berpuas hati dengan serum ini.

Berdasarkan senarai kandungan di atas, Wardah C-Defense With Vitamin C Serum ini menggunakan Ethyl Ascorbic Acid. Cuma berapa percentage yang digunakan, Mama kurang pasti.

Ethyl Ascorbic Acid is an etherfied derivative of ascorbic acid, one of the most stable derivates of ascorbic acid known. It is also showing a very good stability in all kinds of cosmetic formulations. Ethyl Ascorbic Acid penetrates into skin where it is metabolized to ascorbic acid. Source taken from: https://www.kinetiktech.com/wp-content/uploads/TDS_Leaflet_7246_e.pdf

Harga Wardah C-Defense With Vitamin C Serum ini dalam RM29.90 macam tue. Agak murah dan berpatutan untuk budget Mama. Of course, kalau you all hendak Vitamin C yang lebih high potent, you all boleh invest untuk Vitamin C yang harganya agak mahal. This serum sesuai untuk yang baru hendak mula pakai Vitamin C. Bagi Mama, Wardah C-Defense With Vitamin C Serum betul-betul beginner friendly.

Satu botol kecil ini mengandungi 17ml. Kalau guna setiap malam, dalam 3 drop macam tue, tahan dalam sebulan lebih. So, okey lah kan?

You all boleh dapatkan serum ini di Watsons ataupun Guardian. Online store macam Shopee pun ada.

Anyway, setakat itu sahaja review dari Mama. Macam Mama tuliskan pada awal-awal entry Mama di atas tadi, apa-apa pun you all kena cuba sendiri baru you all tahu sama ada produk ini sesuai atau tidak. And, Mama bukannya skincare expert. Mama sekadar berkongsi apa yang berkesan untuk diri Mama.

Semoga bermanfaat untuk semua…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...