Resepi Ayam Goreng Rangup

“You don’t know what the pattern of flour and chicken is going to be, but you know you’re going to get some good fried chicken.” ~ Ben Affleck

Alhamdulillah, syukur…:) Hari ini, Mama ingin berkongsi resepi ayam goreng rangup, versi yang Mama selalu buat untuk ahli keluarga Mama. Memang banyak sangat resepi ayam goreng rangup kalau you all Google. And you all boleh cuba resepi-resepi tersebut. Mama pun bermula dengan mencuba beberapa resepi tersebut. And Mama cuba modify, ikut cita rasa anak-anak Mama. So, untuk entry blog hari ini, Mama ingin berkongsi resepi versi Mama pula ya.

Bahan perap:

  1. Ayam – Selalunya Mama buat dalam 6-8 ketul bahagian ayam. Ikut you all hendak guna bahagian ayam yang mana.
  2. Bawang putih – 2-3 ulas yang telah dicincang halus. Tapi, selalunya, Mama tumbuk bagi jadi halus jer. Lebih senang…:)
  3. Serbuk kari – 1/2 sudu
  4. Garam – 1/2 camca
  5. Soda bikarbonat – 1/2 camca
  6. Lada putih – 1/2 camca
  7. Lada hitam – 1/2 camca
  8. Jus limau nipis – Mama selalunya guna sebiji limau nipis. Kalau you all ada cuka, boleh ganti dengan cuka. Mama selalunya guna limau nipis, sebab itu jer yang Mama ada…:) Jus limau nipis / cuka digunakan untuk menjadikan ayam lebih juicy…:)

You all gaul semua bahan perap biar sebati dengan ketulan-ketulan ayam you all. Simpan dalam peti ais at least dalam 30 jam. Tapi, selalunya, Mama perap dalam 3-4 jam dalam peti ais. Pastikan you all keluarkan ayam tersebut dari peti ais at least sejam sebelum hendak menggoreng.

Ayam yang sudah diperap. Sebelum hendak gaulkan ayam yang sudah diperap dengan teoung (bahan gaul ayam), jangan lupa pecahkan sebiji telur ke dalam ayam yang diperap ini ya. Supaya nanti bila gaul dengan tepung, senang hendak melekat…:)

Bahan gaul ayam:

  1. Tepung gandum – 1 sudu
  2. Tepung jagung – 1 sudu
  3. Serbuk roti – 1 sudu (selalu Mama lebihkan bahagian nie…^^;;)
  4. Garam – sebagai perasa. Selalunya dalam 1/2 camca pun sudah mencukupi.
  5. Lada putih – 1/2 camca
  6. Soda bikarbonat – 1/2 camca

Bahan gaul ayam.

Langkah-langkah untuk menggoreng ayam:

  1. Campurkan semua bahagian gaul ayam dalam satu mangkuk. Gaulkan bagi sebati.
  2. Pecahkan sebiji telur ke dalam bekas ayam yang diperap. Gaulkan ayam-ayam tersebut supaya semua disaluti dengan telur.
  3. Panaskan kuali untuk menggoreng. Masukkan minyak sehingga you all agak-agak, ayam boleh separuh tenggelam apabila menggoreng nanti. Kalau boleh, guna kuali yang jenis deep frying. Bukan kuali leper pula yer…^^;;
  4. Pastikan minyak betul-betul panas.
  5. Ambil seketul ayam dari bekas yang you all perap. Gaulkan ke dalam mangkuk bahan gaul, gaul bagi ketulan ayam tersebut disaluti dengan bahan gaul tersebut.
  6. Terus masukkan ketulan ayam tersebut ke dalam kuali tersebut. Selepas minyak panas, boleh guna api kecil / sederhana, supaya ayam masak sekata (dalam dan luar).
  7. Ulang langkah 5 dan langkah 6. Pastikan jangan goreng banyak sekaligus. Kalau periuk you all kecil, mungkin goreng 2 ketul terlebih dahulu. Sebab, kalau you all penuhkan kuali you all ketika menggoreng, suhu minyak akan turun, dan ayam tidak akan jadi rangup. Ayam akan jadi soggy dan lembik. So, jangan penuhkan kuali you all ketika menggoreng.
  8. Sentiasa balik-balikkan ayam ketika menggoreng, especially kalau kita goreng guna minyak separuh tenggelam. Supaya ayam masak sekata.
  9. Apabila sudah masak, kulit luar ayam pun dah bertukar menjadi coklat keperang-perangan, boleh angkat dan letak atas cooling rack terlebih dahulu. Ataupun, boleh letak atas kitchen towel, supaya kitchen towel boleh resap minyak yang berlebihan. Bahagian ini penting, sebab untuk pastikan ayam tetap rangup walaupun selepas diangkat dari kuali. Kena keringkan minyak yang berlebihan.
  10. Siap…:)

Haa, sudah siap, apa lagi? Silalah menjamu selera. Insya Allah, sedap. Ayam rangup di luar, tetapi, isi lembut dan juicy di dalam. Resepi ini, memang menjadi menu wajib setiap minggu. Mesti kena ada satu hari Mama kena buat resepi ini untuk anak-anak Mama.

Antara tips untuk you all kalau hendak ayam extra rangup. Selepas langkah 5, you all boleh gaulkan ayam tersebut dalam telur yang telah dikacau dan kemudiannya, digaulkan kembali dalam bahan gaul ayam. Maksudnya, dua kali you all celup dalam tepung. Baru goreng. memang ayam akan jadi extra crispy. Tapi, Mama selalu buat sekali sahaja sebab malas…^^;;

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...