Projek Menjahit – Jubah Seluar

“You can’t buy happiness, but you can buy fabric, and that is pretty close.”

Untuk entry pertama bagi tahun 2021, Mama memilih untuk berkongsi tentang projek menjahit Mama pada akhir tahun lepas. This is rare, sebabnya, Mama banyak menjahit baju / seluar anak-anak Mama, or baju orang lain. Baju untuk diri Mama sendiri memang agak jarang. Ketika Mama menulis entry ini, agaknya Mama baru menjahit dalam 2-3 baju (rasanya…^^;;) untuk diri Mama. Termasuk jubah seluar yang bakal Mama kongsikan ini.

Anyway, ini bukan tutorial menjahit yer…^^;;

Untuk jubah seluar ini, Mama actually transform dua pakaian. Satu, jubah panjang yang Mama dapat dari my mother. Jubah ini kainnya cotton. Dari segi bahu, memang muat untuk Mama. Cuma, labuh jubah ini dan labuh lengan memang singkat untuk Mama.

Mama tak jumpa gambar lain yang Mama pakai jubah ini. Tapi, labuh jubah ini hanya pada buku lali Mama sahaja. And you all boleh tengok pada gambar, yang lengannya memang pendek untuk Mama. Mama selalunya kena pakai inner, atau hand sock.

Untuk seluar, Mama transform dari kain pelikat kepunyaan my father.

Mama buat sendiri pattern seluar ini berdasarkan video tutorial dari YouTube. Memang ngam-ngam sahaja kain pelikat tersebut untuk buat seluar.

Disebabkan Mama memang hendak pakai seluar ini ketika keluar dari rumah, jadi, Mama memang hendak letak lining pada seluar. Supaya tidak jarang.

And pockets! Sebenarnya, Mama tengah decide, hendak letak poket di jubah, ataupun seluar. Ataupun kedua2? Finally, Mama decided letak poket di seluar sahaja. Sebab lebih selamat rasanya. Kan? Hahaha…^^;;

I think, Mama ambil masa dalam seminggu lebih untuk siapkan seluar Mama ini. Mama memang agak slow dalam menjahit. Sebab Mama menjahit sebelah petang sahaja. Apabila selesai semua kerja-kerja rumah…:)

And now jubah. Seperti yang Mama katakan, jubah ini memang original singkat untuk Mama. Hingga paras buku lali sahaja. Jadi, untuk hendak jadikan jubah seluar, Mama pendekkan sehingga ke bahagian lutut Mama. Tapi, masih banyak yang Mama perlu repair jubah ini.

Jubah ini memang ada sulaman. Tapi, bahagian dalam jubah ini, area sulaman memang sudah berbulu. Jadi, untuk selamatkan sulaman ini, Mama decided untuk letak lining. Kain lining yang sama dengan seluar.

Nampak tak betapa berbulunya sulaman ini? Mama terpaksa tetas jubah ini. Jadi, Mama asingkan lengan, bahagian depan dan bahagian belakang jubah ini. Sebab senang untuk Mama hendak tambah lining. Dan repair mana-mana jahitan yang sudah tertetas.

Untuk tetas dan asingkan bahagian-bahagian jubah ini pun, memang ambil masa hampir 2 hari untuk Mama.

Mula menjahit.

Tadi, Mama ada cakap yang Mama akan potong bahagian bawah jubah, supaya jubah sehingga ke paras lutut Mama, kan? Jadi, bahagian lebihan kain yang di potong, Mama sambung ke bahagian tepi jubah, supaya jubah jadi agak flare. Sebab jubah ini potongannya memang straight ke bawah.

Sudah nampak kemas, setelah dibaiki jahitan dan ditelakkan lining pada baju. Tinggal lengan sahaja belum sambung.

Untuk lengan, Mama guna lebihan kain pelikat yang dibuat sebagai seluar, untuk sambung ke bahagian lengan supaya jadi labuh. And untuk menjadikan jubah seluar ini satu suit.

Setelah lengan disambung pada baju. So, you all boleh nampak kan, Mama sambung lebihan kain pelikat pada bahagian bawah lengan. Now, lengan sudah labuh untuk Mama. Yay!

Mama mengambil masa lebih 2 minggu rasanya, untuk siapkan jubah ini. Hahah!! padahal just cantik balik sahaja. Tapi, overall, Mama memang sangat puas hati dengan jubah seluar ini. I really took my time untuk menjahit jubah seluar ini. Mama pastikan setiap jahitan Mama kemas dan cantik. Aduhaii! Puji diri sendiri la plak…^^;;

And this is me, wearing the complete transformation of this jubah seluar. Alhamdulillah, memang Mama suka sangat jubah ini. Dengan ada lining, Mama tidak perlua pakai inner di bahagian dalam. Kain pun lembut sahaja. Sesuai lah dengan cuaca di Malaysia ini,. Sekejap panas, sekejap hujan.

Mama memang suka refashion baju-baju lama, untuk jadi baju-baju baru. Mama pernah refashion top baju Melayu, jadi baju tidur. Kadang-kadang, kain masih elok lagi kan? Jadi, refashion lah jadi baju yang kita sendiri memang akan pakai.

Sama juga dengan jubah seluar ini. Jubah tersebut memang ada sulaman yang cantik, cuma kalau hendak pakai on its own, memang tak lah sangat. Sebab pendek. Lengan pendek. jadi, bila sudah refashion, memang rasa hendak pakai selalu…:)

So, setakat ini sahaja entry untuk kali ini. Insya Allah, Mama akan sentiasa kongsikan projek-projek menjahit Mama di masa akan datang.

Apa-apa pun, Mama harap, kepada yang membaca entry Mama hari ini, semoga dapat sendikit sebanyak manfaat daripada perkongsian Mama hari ini. Semoga kita berjumpa lagi…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...