It Has Been A While

“Every once in a while, a girl has to indulge herself.” ~ Sarah Jessica Parker

Rasa macam sudah lama tidak menulis di dalam blog Mama ini. Bukan apa, Mama kekeringan idea untuk menulis. There are things to write, but the words don’t come out. Macam ada masalah mental block. So, Mama decided untuk berhenti menulis buat sementara waktu.

Now, Mama sudah ada keinginan untuk menulis kembali. Nothing much, cuma update apa yang berlaku di dalam kehidupan Mama.

Bulan lepas (November 2021), Mama sibukkan diri Mama dengan menjahit langsir. Kali ini, Mama sahut cabaran untuk jahit langsir yang lebih besar dan lebih panjang dari langsir yang Mama pernah jahit sebelum ini. Seperti biasa, kain Mama cari di Kamdar AEON Shah Alam. Seriously, Mama memang suka pergi Kamdar di AEON Shah Alam. Sebab tidak ramai orang. And I can just wander off in that shop for hours. Tapi, disebabkan sekarang ini tengah CoVid lagi, so, tak lah boleh sangat wander off lama-lama dalam kedai.

Kain yang Mama beli warnanya muted green. Macam really pale green. Tapi, dalam gambar memang tidak nampak sangat. Nampak macam warna kelabu macam tue. At first, Mama plan hendak cari yang jenis ada corak bunga-bunga kecil. But, since langsir ini akan terletak di ruang tamu, and obviously, ruang tamu Mama memang jenis ada macam-macam warna and corak, so Mama decided untuk ambil yang jenis plain. Eventually, Mama akan cuba incorporated untuk semua masuk dalam warna hijau. So, there will be muted green, bright green and macam-macam jenis warna hijau lagi.

Nasib baik ada Syahir yang rajin tolong Mama pasangkan langsir. Syahir tolong tanggalkan langsir lama, cabut semua hook, and tolong pasang semula hook pada langsir baru. Lagipun, dia lagi tinggi dari Mama. So, tangan dia memang sampai untuk pasangkan langsir ini. Senang kerja Mama. Alhamdulillah…:)

Seriously, jahit langsir besar-besar macam ini, memang agak mencabar. Mencabar bukan dari segi teknik jahitan (sebab jahit langsir nie mostly jahit straight sahaja, so bukanlah mencabar dari segi teknik), tetapi, dari segi hendak handle kain yang besar dan agak berat. Area yang Mama menjahit ini bukannya besar, jadi memang challenging. Adalah bahagian yang jahitannya agak senget benget. Tetapi, since Mama jahit sendiri, Mama pejam mata sahaja. Lagipun, Mama bukannya tukang jahit professional kan?

Mama ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan langsir ini. And bila gantung di tingkap, Ya Allah, nampak cantik sangat. My friends kata, nampak professional. Tapi, kalau tengok dekat-dekat, boleh tahu yang jahitnya, tukang jahit amatur sahaja…^^;;

Mama ada beli tali pengikat langsir ini dari Shopee sahaja. Untuk kelainan. And bila Mama ikatkan pada langsir, Ayah kata macam tali kapal. Tali kapal dia panggil…^^;;

Apa-apa pun, Mama puas hati sebab dapat jahit sendiri. Mama akan jahit lagi langsir selepas ini. Don’t worry, ada beberapa lagi tingkap yang Mama boleh jahit langsir sendiri…:) Bagi Mama, tak pandai takper. Asalkan ada kemahuan untuk mencuba. Asalkan kita mahu mencuba, dari tak pandai, Insya Allah, lama-lama pandai lah kan?

Anyway, bulan December 2021 ini, genaplah 13 tahun ulangtahun perkahwinan Mama dan Ayah. Sekejap sahaja kan, masa berlalu. Syahir pun sudah berusia 12 tahun. Tahun depan, masuk tingkatan 1 dah…:) Bila fikir balik, boleh mengalir air mata Mama dibuatnya. Sebab fikir, anak-anak sudah makin membesar. Sayu sahaja hati Mama.

Anyway, Mama akan cuba menaip lebih banyak lagi entry di dalam blog ini. Kena rajinkan diri juga. Apa-apa pun, setakat ini dahulu dari Mama. Mama doakan semoga pembaca yang rajin membaca blog Mama ini sentiasa dirahmati Allah selalu.

Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...