Trip To Muzium Padi

“Nature does not hurry, yet everything is accomplished.” ~ Lao Tzu

Alhamdulillah, syukur…❤️ Berpeluang juga untuk Mama menulis entry di dalam blog Mama. Kebelakangan ini, kehidupan Mama agak lah busy. Sibuk menjahit, sibuk membaca, sibuk jaga family, sibuk jaga diri sendiri, eh…😆

Hari ini, Mama hendak bercerita tentang trip Mama sekeluarga ke Muzium Padi. Sejak Mama berpeluang visit Islamic Arts Museum pada tahun lepas, Mama macam ketagih untuk hendak visit more museums. So, pada pengakhiran bulan Disember 2022, Ayah decided untuk bawa kami sekeluarga pergi visit museum yang paking dekat dengan kami. Dalam negeri Kedah sahaja. Muzium Padi.

Just look at the sky, Subhanallah…🥰

Muzium Padi ialah sebuah muzium yang terletak di Gunung Keriang, daerah Alor Setar, Kedah. Seriously you all, sepanjang perjalanan Mama ke muzium ini, Mama terpesona dengan pemandangan sekitar muzium ini. Berlatarbelakangkan pemandangan gunung, memang cantik sangat. Rasa tenang. Rasa aman.

Di dalam Muzium Padi ini, ada menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di negeri Kedah. So, you all boleh lihat segala jenis peralatan yang digunakan dalam penanaman dan penuaian padi. Banyak juga peralatan yang first time Mama lihat. Maklumlah, budak bandar…😅

Muzium ini terbahagi kepada 3 tingkat. Tingkat pertama dan tingkat kedua adalah ruang pameran. Selain you all boleh lihat pelbagai jenis pameran peralatan, ada juga pameran lukisan pada dinding. Memang cantik-cantik lukisan ini. And tingkat paling atas adalah paling special bagi Mama. Tingkat atas menempatkan lakaran / lukisan dinding yang menggambarkan pemandangan Gunung Keriang. Setiap sudut you all boleh nampak lukisan tersebut. Seolah-olah macam berada di kawasan kampung. Ada satu bahagian, lukisan sedang berlangsung majlis kenduri. Satu bahagian, lukisan ada penduduk kampung sedang menuai padi. Satu bahagian, lukisan ada kawasan yang sedang hujan. Cantik sangat lukisan / lakaran di tingkat paling atas.

Di tingkat atas ini juga, you all boleh duduk sambil melihat lukisan ini. Memandangkan lukisan ini di setiap sudut, you all tak perlu pusing ke sana ke sini pun. Boleh duduk, dan tempat duduk you all itu akan berputar secara perlahan-lahan. So, you all boleh duduk sambil berehat. And boleh lihat segenap lukisan tersebut.

Harga tiket masuk ke muzium ini tidak mahal. RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak / pelajar sekolah.

Kemain Inas…😆 Tapi kan, selepas tengok gambar ini, Mama teringin hendak menjahit satu helai baju kurung Kedah, dipadankan dengan kain batik.

So, kalau you all berkesempatan, visit this museum. Insya Allah, you all akan belajar banyak juga ilmu tentang penuaian padi sambil menikmati lukisan-lukisan yang sangat berseni. Lagipun, pemandangan sekitar muzium ini pun memang sangat cantik. Rasa rugi kalau tidak ke muzium ini…😍

Insya Allah, selepas ini, kami sekeluarga ada plan untuk pergi other museums pula. Until then, semoga kita semua berjumpa lagi di entry yang akan datang, ya. Jaga kesihatan semua, untuk pembaca yang sudi membaca blog Mama…🥰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...