The Ordinary Mandelic Acid Review

“Skin care is like dieting. You have to invest time and effort. There is no instant miracle cure.” ~ Karen Grant.

Mama sudah lama ingin menulis review tentang The Ordinary Mandelic Acid ini. Pertama sekali, mesti you all akan tertanya-tanya, apakah Mandelic Acid ini? Terutamanya untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia skincare, mesti you all tidak berapa familiar dengan Mandelic Acid ini, kan?

Percaya lah, Mama pun baru sahaja mula berjinak-jinak dengan proper skincare sejak akhir tahun lepas. Haha!!

Kalau you all pernah baca satu entry Mama berkenaan dengan penjagaan kulit sensitif, you all mesti tahu yang Mama, sampai sekarang ini masih mengalami masalah kulit sensitif. Cuma, sekarang ini, kulit Mama dalam keadaan baik. Sebelum ini, Mama agak takut untuk mencuba sebarang skincare products yang mengandungi active ingredients, sebab takut kulit Mama akan react secara teruk.

Tetapi, disebabkan kulit Mama dalam berkeadaan baik buat masa sekarang ini, and Mama tidak mengalami sebarang masalah kulit sensitif sejak lebih dari setahun yang lalu, Mama ingin mencuba beberapa jenis active ingredients untuk merawat keadaan kulit Mama. Seperti kulit berkedut (@_@), big pores, hyperpigmentation dan parut jerawat.

So, untuk review ini, Mama ingin bercerita tentang Mandelic Acid. Sebelum Mama bercerita lebih lanjut, Mama akan terangkan serba sedikit tentang Alpha-Hydroxy Acid (AHA).

What is AHA? AHA are a group of plant and animal-derived acids used in a variety of skincare products. These include daily anti-aging products, such as serums, toners, and creams, as well as occasional concentrated treatments via chemical peels.

AHAs are primarily used to exfoliate. (AHA ini selalunya dikenali sebagai chemical exfoliator). They can also help:

  • promote collagen and blood flow
  • correct discoloration from scars and age spots
  • improve appearance of surface lines and wrinkles
  • prevent acne breakouts
  • brighten your complexion
  • increase product absorption

Source from: Healthline: AHA

Kalau you all hendak baca lebih lanjut tentang AHA, boleh click link di atas. Basically, apa yang Mama faham tentang AHA, adalah AHA ini salah satu jenis chemical exfoliator. Jangan terkejut dengan nama chemical exfoliator. Walaupun namanya chemical exfoliator, tetapi sebenarnya AHA ini sangat gentle untuk kulit. Even kulit jenis sensitif pun boleh guna. Tetapi, kena tengok pada jenis AHA (sebab AHA ada banyak jenis), dan percentage yang digunakan.

So, apa kaitan AHA dengan Mandelic Acid? Mandelic Acid ini tergolong dalam AHA.

Mandelic Acid is derived from bitter almonds. It’s an AHA that’s been mostly studied for use with acne. Due to its larger molecular structure, Mandelic Acid doesn’t penetrate the skin as deeply as glycolic acid, so it’s gentler on the skin.

  • Gentle on the skin (Sesuai untuk kulit sensitif)
  • Accelerates cell turnover
  • Promotes collagen production

Source from: Healthline: Mandelic Acid

Mandelic Acid ini boleh digunakan untuk merawat masalah kulit seperti kulit yang berjerawat, kulit yang bertekstur kasar, hyperpigmentation dan kedutan kulit.

So, untuk entry ini, Mama ingin menulis review tentang The Ordinary Mandelic Acid.

Mama mula menggunakan The Ordinary Mandelic Acid ini bermula bulan Disember 2019 sehinggalah pada bulan March 2020. Yes, satu botol ini bertahan untuk Mama dalam 3 bulan macam tue.

Ingredients:

Propanediol, Aqua (Water), Mandelic Acid, Glycerin, Dimethyl Isosorbide, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Tasmannia Lanceolata Fruit/Leaf Extract, Pentylene Glycol, Polysorbate 20, Sodium Hydroxide, Ethylhexylglycerin, 1,2-Hexanediol, Caprylyl Glycol.

Truthfully cakap, the first time Mama apply The Ordinary Mandelic Acid ini, kulit Mama memang jadi lebih licin. Seriously. And bila Mama apply the next skincare products, memang product application jadi smooth. Boleh rasa bumps kecil yang ada pada kulit Mama macam hilang terus. Seriously. The best part, kulit Mama langsung tidak react badly. Tidak rasa panas, pedih atau menggelupas. Alhamdulillah. Part tue yang paling Mama takut apabila mula menggunakan skincare product yang baru.

The longer Mama guna product ini, memang Mama notice, kulit Mama memang jadi lebih licin. Dari segi tekstur kulit, memang boleh nampak ada perubahan sedikit. Pores masih sama keadaannya, cuma bila Mama pegang kulit Mama, Mama boleh rasa ia lebih licin.

Dari segi parut jerawat, ia agak mengambil masa untuk hendak pudar sepenuhnya. Kalau you all hanya bergantung pada produk ini semata-mata and tidak menggunakan any brightening products (seperti Vitamin C), memang agak lama parut jerawat you all hendak hilang.

Dari segi jerawat, untuk kulit Mama, tidak berapa membantu sangat. Mama masih lagi mengalami masalah hormonal acne setiap bulan, especially apabila hendak dekat period. So, that one, mungkin kena settle dengan cara lain…^^;;

Botol ini didatangkan dengan dropper. Jadi, Mama menggunakan 6 drops untuk keseluruhan muka Mama. 2 drops untuk kedua-dua belah pipi Mama, 2 drops untuk bahagian dagu + bahagian bawah muka, dan 2 drops untuk bahagian dahi + hidung + bahagian atas muka Mama.

Mama apply The Ordinary Mandelic Acid ini directly selepas cuci muka Mama. Ketika Mama menggunakan product ini, Mama tidak menggunakan sebarang toner atau essence. Kalau kulit you all jenis extra kering atau sensitif, boleh apply toner / essence, then baru apply The Ordinary Mandelic Acid ini. And selepas itu, boleh lah apply any britghtening serum and face cream / moisturiser yang you all guna.

Mama guna The Ordinary Mandelic Acid hanya pada waktu malam sahaja. And kalau you all mula menggunakan any type of AHAs, siang hari WAJIB pakai sunscreen ya. JANGAN SESEKALI SKIP SUNSCREEN.

Product ini you all boleh beli di Shopee. Memang banyak seller yang jual The Ordinary Mandelic Acid di Shopee.

Overall, Mama suka dengan The Ordinary Mandelic Acid ini. Cuma, Mama tidak repurchase, sebab buat masa sekarang ini, Mama sudah mula menggunakan retinol, and other type of AHA. And Mama juga menggunakan BHA.

So, kalau you all ada masalah kulit sensitif, boleh cuba The Ordinary Mandelic Acid ini. Then, lama-lama, boleh berubah ke jenis AHA yang lain pula.

Apa-apa pun, kena banyak membaca, jangan malas untuk sentiasa cari info, dan sebelum you all mulakan any active ingredients, pastikan BASIC SKINCARE you all kena kukuh dulu ya. Mulakan active ingredients apabila basic skincare you all sudah kukuh.

Even Mama sendiri pun pastikan basic skincare Mama kukuh and sesuai dengan kulit Mama selama setahun lebih. And selama setahun lebih itu, Mama akan pastikan kulit Mama tidak react badly, tidak tumbuh jerawat merepek (except for hormonal acnes T___T), tidak ada rasa pedih, merah, panas atau rasa ketat. And tidak ada masalah kulit menggelupas. And selepas setahun lebih, baru Mama berani untuk mulakan dengan active ingredients.

Semoga review ini dapat membantu you all…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...