Ceradan Skin Barrier Repair Cream Review

Hari ini Mama ingin menulis satu product review. As you guys may know, Mama seorang yang memang mengalami masalah kulit sensitif (a.k.a. mild eczema) dan kulit Mama sering flare up especially during third and fourth week of my period cycle. Mama pernah bercerita tentang keadaan kulit Mama dalam entry ini. So, boleh click pada link tersebut, in case kalau you all ingin baca tentang keadaan kulit Mama.

Anyway, since Mama always struggle dengan keadaan kulit Mama, Mama always suka buat research sendiri, tengok video melalui YouTube on how to repair my sensitive skin. And until one day, Mama terlihat satu video from this one YouTuber, mengenai bagaimana untuk repair skin barrier.

In this video, this person mentioned three main ingredients that you have to look for repairing your skin barrier, which are:

  • Ceramide
  • Cholesterol
  • Fatty Acid

Video ini memang sangat berinformasi untuk sesiapa yang ada masalah kulit sensitif, kulit yang selalu flare up, and bagaimana untuk hendak baiki semula skin barrier yang sudah rosak. Antara sebab utama kulit selalu flare up dan sangat kering, adalah sebab skin barrier yang sudah rosak dan tidak kuat untuk menghalang bendasing luar masuk ke kulit dan menyebabkan kulit flare up. (Maaf kalau ayat Mama agak tidak betul, tetapi, lebih kurang macam itulah…^^;;).

So, Mama pun cuba mencari product yang ada ketiga-tiga ingredients tersebut, and Mama terjumpa this product.

Guess what? This cream memang mempunyai ketiga-tiga ingredients yang Mama cari…:)

By the time Mama menulis tentang review product ini, Mama sudah pun menggunakan tube ketiga for this products. So, Mama rasa, sudah sampai masa untuk Mama review product ini.

Bagi Mama, product ini memang tersangat sesuai untuk yang ada masalah kulit sensitif, atau masalah kulit alergi. Cuma, tahap alergi nya, bagi Mama, mungkin yang mild, this product boleh bantu. Untuk yang tahap extreme, mungkin memang kena dapatkan bantuan doktor pakar kulit.

Ever since Mama guna product ini, Mama memang noticed yang kulit Mama kurang sensitive. Normally, kulit Mama akan flare up sedikit bermula week 2 of my cycle period, then flare up agak teruk ketika week 3 and week 4. Then, kulit Mama akan slow down baik, apabila Mama mula my period.

So, apabila Mama guna product ini, Mama noticed, my skin getting better, kurang flare up except for week 3 and week 4. But, apabila flare up pun, kulit tidak teruk macam dulu. Mama masih boleh bertahan dengan keadaan kulit flare up kalau dibandingkan ketika sebelum guna product ini. Kulit pun kurang merah apabila flare up, except a few red spots di bahagian pipi Mama. Kalau tidak, mahu hampir satu wajah Mama merah apabila kulit flare up.

Satu lagi, Mama selalu mengalami masalah jerawat timbul di bahagian bawah dagu dan sekitar mulut, especially during my week 3 and week 4. Jerawat yang kita panggil hormonal acne. And ever since Mama guna product ini, jerawat macam malu-malu untuk naik. Yang ini, memang Mama noticed sangat-sangat…:)

So, bagi Mama, in case you all ada masalah kulit sensitif yang mungkin tidak berapa extreme dan masalah kulit kering, yes, you may use this product.

Alhamdulillah, Mama memang suka Ceradan ini sebab ia memang selamat untuk kulit, bahkan untuk kulit wajah. And paling Mama suka, sebab ia ada squalene, which is good untuk repair skin.

If I am not mistaken, Ceradan ini dihasilkan oleh dermatologist from Singapore. So, lagi lah Mama suka. Sebab memang dermatologist sendiri yang hasilkan product ini…:)

Ini adalah ingredient yang ada pada kotak Ceradan.

Cara Mama guna product ini pada muka Mama, Mama akan apply cream ini selepas cuci muka. 2 kali sehari, pagi dan malam. Mama akan picit sedikit sahaja and apply kan pada bahagian kulit Mama yang memang sering flare up. Selepas apply cream ini, baru Mama apply my facial moisturizer. Since cream ini memang cepat meresap ke dalam kulit, normally, Mama tidak tunggu lama untuk apply my facial moisturizer.

Satu tube ini boleh bertahan dalam sebulan untuk Mama. Normally during my flare up, Mama akan apply dalam 3-4 kali sehari. On normal days, 2 kali sehari pun sudah mencukupi.

Mama beli cream ini di farmasi area rumah Mama. You all boleh try mana-mana farmasi untuk hendak beli product ini ya.

So, itu sahaja product review daripada Mama untuk hari ini. Semoga product review ini bermanfaat untuk yang mengalami masalah kulit macam Mama. Up until now, Mama still meneruskan my skin journey, jadi, from time to time, Mama akan cuba new products and buat review.

Semoga bermanfaat…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

64 thoughts on “Ceradan Skin Barrier Repair Cream Review

    • Waalaikummussalam. Maaf kalau saya lambat reply.
      Buat masa sekarang nie, saya guna pencuci muka Hydrating Face Wash from Hada Labo. Sebelum nie, saya pernah guna pencuci muka Facial Wash for Sensitive and Mild skin from Hada Labo juga. Both of these facial wash so far memang sesuai untuk kulit muka saya.

      • Untuk sensitive skin sesuai. Sebab cream nie akan bantu bina skin barrier, supaya kulit jadi kurang sensitif. Tapi, ada review yang mengatakan, this cream is a bit heavy untuk oily skin. My advice, boleh cuba apply in the skin dalam kuantiti yang sedikit dulu.

        Sorry, tiada recommendation untuk better product.

    • Saya beli di farmasi. Tapi, tak semua farmasi yang jual brand Ceradan nie. Ada yang kata Caring Farmasi ada jual. Cuba cari di farmasi yang besar2. Insya Allah ada.

    • Waalaikummussalam Adinah.

      Maaf kalau saya lambat reply. Masa saya kena skin allergic dulu, normally, selepas sapu Ceradan Skin Barrier Cream nie, saya akan biarkan 5-10 minit macam tue. And saya akan sapu Sukin Sensitive Facial Moisturiser. Siang and malam pun guna moisturiser yang sama.

      Nowadays, kulit saya dah okey. Jadi, selepas sapu Ceradan Skin Barrier Cream nie (saya masih guna cream nie walaupun kulit dah okey), untuk siang, saya akan sapu facial moisturiser from Neutrogena yang ada SPF15. Untuk malam, selepas cream Ceradan, saya akan sapu Olay Regenerist Night Cream. So far, kulit muka okey.

    • Hi Izleen,

      Maaf kalau saya lambat reply. Masa saya kena skin allergic dulu, normally, selepas sapu Ceradan Skin Barrier Cream nie, saya akan biarkan 5-10 minit macam tue. And saya akan sapu Sukin Sensitive Facial Moisturiser. Siang and malam pun guna moisturiser yang sama.

      Nowadays, kulit saya dah okey. Jadi, selepas sapu Ceradan Skin Barrier Cream nie (saya masih guna cream nie walaupun kulit dah okey), untuk siang, saya akan sapu facial moisturiser from Neutrogena yang ada SPF15. Untuk malam, selepas cream Ceradan, saya akan sapu Olay Regenerist Night Cream. So far, kulit muka okey.

    • Selalunya kulit yang allergic nie jenis yang kering. Kadang2 for no reason, kulit jadi extra kering, naik gatal2, ruam, merah. And normally, memang akan rasa pedih. So, yang tue selalunya jenis kulit yang allergic.

  1. Saya mau tanya, muka saya oily tapi saya kena alergi entah karena makanan atau krim, terus muka jadi kering gatal dan merah apa sembuh pakai Ceradan ini?

    • Maaf kalau saya lambat reply.
      Krim Ceradan nie lebih kepada membina skin barrier. Bukan untuk menyembuhkan alergi kulit. Cuma lebih kepada protection, supaya kulit tak mudah nak kena alergi.
      Boleh pakai krim ini untuk bina semula kulit supaya kulit lebih cepat sembuh. Tapi dalam masa yang sama, hydration sangat penting. Jadi, memang kena pakai cream yang khas untuk hydration + moisturizing supaya kulit jadi lembab. Antara brand yang famous untuk skin allergy ini brand dari Pyshiogel. Boleh try Google.
      Semoga dapat membantu.

    • Maaf kalau saya lewat reply komen di sini.
      Tak dinasihatkan kalau setakat pakai Ceradan nie sahaja. Kalau boleh selepas pakai Ceradan, pakai krim pelembap yer, supaya kulit tidak terlalu kering.

  2. hai, saya ada masalah kulit kering yg teruk sampai boleh jadi luka. and hari demi hari naik biji biji kecil yg kasar pada bahagian muka yg lain. dan saya tgh pakai pencuci muka cetaphil sekarang. adakah sebabtu muka saya jadi kering? sebab bahan dalam cetaphil ada sls& paraben. sls yg boleh buat muka jadi kering. boleh ke kalau saya try guna cream ceradan ni?

    • Saya tak pasti sebab apa kulit cik jadi macam tue sebab saya bukan pakar kulit. Boleh try cream Ceradan nie, cuma cream Ceradan nie bina skin barrier sahaja. Yang penting, lepas guna apa2 cream, kena pakai moisturizer untuk bagi kulit lembap semula. Pilih moisturizer sesuai dengan jenis kulit. Yang nie kena buat research sendiri.
      Semoga bermanfaat.

  3. Salam nk tnya…pelembap apa yang sesuai untuk kulit muka yg sensitif mcm saya ni. Skrg sy guna ceradan hydra..to lps pakai ceradan hydra sh x pakai pelembap..sbb x tahu pelembap apa nk pakai. Cuma bila hr kerja sy sapu toner kmudian ceradan hydra n sapu skin aqua spf..adakah itu sudah memadai?
    Kemudian krim apa utk hilangkan parut yg sesuai dgn kulit sensitif ni

    • Kalau kulit sensitive nie, kena tahu kulit sensitive dengan kandungan / bahan apa? Sebab any moisturiser pun okey sebenarnya, as long as moisturiser tue tidak mengandungi bahan / kandungan yang kulit kita sensitive.
      Cetaphil boleh.
      CeraVe boleh.
      Sebelum nie saya pakai Neutrogena. Sekarang nie saya pakai brand Cosmoderm. Vitamin E Cream.
      Hopefully membantu.

  4. Salam nak tanya, skin saya jenis oily n cream ni mama kata so heavy for oily skin kan. Tp klau saya nak try juga tp tak pakai moisturizer boleh ke? Sbb skin saya mmg oily.

    • Cream nie just untuk skin barrier. Bukan berfungsi untuk melembapkan kulit. Tapi, seperti biasa, boleh try and tengok macam mana. Nasihat saya, boleh guna cream ini untuk jaga skin barrier, and dalam masa yang sama guna light moisturizer untuk seal cream nie.

      • Saya mmg nak try sbb nak pulihkan skin barrier saya. Tp takut tak sesuai pula kalau jenis skin oily mcm saya. Sbb skrg saya hanya guna himalaya neem face wash n moisturizer dari brand simple. Nak tambah cream ceradan pula kalau sesuai.

        • Boleh cuba. Untuk saya, memang kulit saya jenis sensitif and cepat kering kalau skin barrier tak kukuh. Jadi, memang hari2 saya akan pakai Ceradan nie. Kalau rasa kulit jenis oily, mungkin boleh apply sikit dulu and tengok macam mana. Memang ada review yang mengatakan, Ceradan punya tekstur nie mungkin agak heavy untuk oily skin. Tapi, apa2 pun, boleh cuba…:)

  5. Salam, nak tanya ceradan ni mudah ditanggalkan ke, atau pun perlu menggunakan oil cleanser untuk tanggalkan

  6. Salam nak tnya.. Kalau kita da pakai ceradan ni boleb ke pakai skincare laen selepas tu? Skg bi sy pkai hadalabo premium lotion n moisturiser. Pastu lepas pakai ceradan ni kita boleh ke apply serum yg ad vit C..

    • Boleh. Takder masalah. Ceradan nie macam extra untuk nak kuatkan skin barrier. Skincare yang lain tak perlu skip pun…:)

  7. Salam sejahtera. Kalau lepas cuci muka semua tu, adakah perlu guna skin care mcm biasa atau terus pakai ceradan dan moisturizer sahaja? TQ

    • Macam saya, saya guna skincare macam biasa. Selepas cuci muka, saya akan pakai Ceradan, Vitamin C, moisturizer dan SPF. Saya hanya guna Ceradan untuk siang hari sahaja.

  8. Ceradan ni bukan moisturizer ke? Cerave tu moisturizer ke? Yang mana satu patut saya beli? Muka saya kering dan breakout. Kering dan ada jerawat. Moisturizer apa yang sesuai utk kulit kering? Yang paling Mama suggest. Terima kasih.

    • Saya tak pernah guna CeraVe. Ceradan nie cuma cream sahaja. Bukan jenis moisturizer. Jadi, lepas pakai Ceradan, memang kena pakai moisturiser. CerVe rasanya jenis moisturiser. Apa2 pun, boleh cuba kedua2 and tengok mana sesuai dengan muka.

  9. mama cuci muka tak pagi dengan cleanser? saya ada eczema memang selalu cuci sekali je malam tapi perasan baru baru ni bila pakai ceradan dia macam clog pores kalau tak cuci pagi tu huhu. time mama pakai ada rasa pores tu tersumbat tak (banyak whitehead)?

    • Saya memang cuci muka 2 kali setiap hari. Pagi dan malam. Sebelah malam saya buat double cleansing (oil cleanser + normal facial wash) sebab saya pakai sunscreen. Jadi, memang kena buat double cleansing.
      Kalau pakai any thick cream memang boleh buat pores tersumbat. Jadi, sebelah malam, boleh cuba buat double cleansing. Saya guna Biore Oil Cleansing (https://www.watsons.com.my/cleansing-oil-150ml/p/BP_26493) dan Cosmoderm Vitamin E Facial Cleanser. Alhamdulillah, so far, kulit muka memang kurang whitehead.
      Jangan lupa apply moisturiser juga yer selepas buat double cleansing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *