Diamond Night April 2016

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Another backdated entry. But here goes anyway.

Diamond Night April 2016 - 16Tahun ini, Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. first time mengenakan tema untuk majlis Diamond Night. Ala-ala James Bond gitew.

Diamond Night April 2016 - 11This year, memang Mama berazam untuk go for less. Maybe sebab Mama masih dalam proses penghijrahan. No more / less beadings and lace on baju / dress Mama, sebab Mama hendak make sure untuk sentiasa dapat pakai banyak kali baju / dress Mama. So, untuk Diamond Night kali ini, Mama desided untuk mengenakan a simple jubah.

Diamond Night April 2016 - 1#PBAngels bersama dengan founder Top Leaders Circle, Crown Diamond Manager (CDM) Kak Salha Zain. Thank you sangat kepada semua rakan-rakan kongsi Mama yang sempat menghadirkan diri on that night. Ada yang datang dari Kedah, ada yang datang dari Melaka. Allahu, semoga Allah mempermudahkan perjalanan business you all. Amin.

Diamond Night April 2016 - 3 Diamond Night April 2016 - 4#PBAngels bergambar bersama-sama dengan semua Top Leaders Circle Master Trainers. Insya Allah, walaupun kita semua bermula dari bawah, masih belum capai levels / pangkat yang lebih tinggi, ambil dahulu aura-aura orang yang sudah terbukti berjaya, Insya Allah, pasti akan terpalit sedikit kejayaan untuk kita semua.

Mama masih lagi ingat zaman waktu Mama awal-awal bermula dalam business ini. Mama sentiasa hadirkan diri Mama ke setiap majlis anugerah syarikat, walaupun ketika itu Mama tidak capai any levels / pangkat pun. Alhamdulillah, memang benar kata-kata mentor Mama. Kalau kita hadir majlis anugerah syarikat, semangat kita dalam business akan jadi lain. Aura pun jadi lain.

Pernah dengar kan pepatah mengatakan, “Kalau kita berdiri atau bergaul dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak, bau wangi tersebut akan tercalit kepada kita.” Same thing here. Hendak berjaya, kenalah rajin-rajinkan bergaul dengan orang-orang yang sudah terbukti berjaya.

Diamond Night April 2016 - 5 Diamond Night April 2016 - 6Kami sayang mentor-mentor kami semua. Doakan kejayaan kami, supaya kami semua dapat berjaya seperti mentor-mentor kami semua. Seronok sangat bila buat business secara berjemaah / team work. Segala kegembiraan, kesedihan, jatuh bangun dalam business ini dapat dikongsi bersama. Paling best, apabila mentor-mentor dalam business ini tidak pernah kedekut untuk berkongsi pengalaman mereka yang sudah berbelas tahun buat business ini.

Diamond Night April 2016 - 7 Diamond Night April 2016 - 8Kadang-kadang, kita sangat takut untuk bermula, kerana kita selalu fikirkan macam-macam perkara.

“Aku tidak pandai menjual,”

“Nanti apa orang lain kata kalau aku mula berniaga? Nampak sangat terdesak hendak duit,”

Alhamdulillah, dahulu pun my rakan kongsi ini pun pernah terfikir perkara-perkara di atas. And Alhamdulillah, finally, my rakan kongsi yang bernama Raudah ini terus mulakan langkah dalam business ini. Dalam masa tidak sampai 3 bulan, beliau sudah pun mecapai pangkat pertama dalam business ini iaitu Sales Manager dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak RM20,000. And tidak sampai 5 bulan, beliau sudah pun mempunyai network beliau sendiri.

Alhamdulillah. Apa yang penting, kita mulakan langkah pertama kita, and percaya dengan mentor kita. Mentor kita memang niatnya hendak bantu kita sahaja. Jangan lepaskan tangan mentor kita.

Diamond Night April 2016 - 9Allahu, you all yang sedang baca entry ini, Mama minta tolong doakan kejayaan my rakan kongsi ini. Hanya sedikit sahaja lagi my rakan kongsi ini akan capai the highest level in this business. Go, go bakal CROWN DIAMOND MANAGER ISMALINA! You can do it, dear. Thank you sebab percaya kepada Mama untuk terus bimbing Isma dan kumpulan Isma. Insya Allah, Mama percaya sangat Isma boleh bimbing satu kumpulan yang sangat besar pada masa akan datang.

Through thick and thin. We grow, and we improve together in this business.

Diamond Night April 2016 - 10Dengan bakal Diamond Sales Manager Olin Safura. Allahu, Mama sendiri terbakar dengan semangat dan kejayaan Olin dalam business ini. Go, go Olin! Follow mentor 500%!

Diamond Night April 2016 - 2Thank you so much Kak Mawar, yang sanggup datang dari Kedah. Kalau untuk area Kedah atau sebelah utara, you all boleh contact Kak Mawar untuk sebarang pertanyaan mengenai business atau product Sahajidah Hai-O Marketing. You All boleh lawati blog Kak Mawar: http://mawardusqie.blogspot.my/

Diamond Night April 2016 - 12#PBAngels

#PBAngelsUtara

#PBAngelsSelatan

It’s only started with a dream. Dahulu Mama berangan sahaja hendak ada rankaian seluruh Malaysia. Allahu, Allah makbulkan impian Mama dalam business ini, satu persatu. Mama percaya, kita semua boleh. Kita boleh capai impian kita, kalau kita berani ambil langkah pertama kita.

Diamond Night April 2016 - 14Impian, hanya akan tinggal impian tanpa sebarang tindakan. Impian, hanya akan jadi kenyataan, melalui tindakan dan usaha tanpa henti. Apa yang Mama belajar selama hampir 6 tahun dalam business ini, adalah usaha. Kalau kita pandai sekalipun, tapi kita tidak ada usaha, memang kita takkan ke mana pun. But, kalau orang tidak pandai sekalipun, tetapi disebabkan dia rajin berusaha, Insya Allah, akan sampai dia ke puncak kejayaan. Cuma, kalau pandai and rajin berusaha, Insya Allah, perjalanan akan lebih cepat ke arah kejayaan. Kepandaian adalah anugerah yang Allah anugerahkan kepada kita. Gunakan sebaik-baiknya.

Diamond Night April 2016 - 13Penjenamaan baru untuk Mineral Coffee, iaitu Min Kaffe ketika Diamond Night April 2016 baru-baru ini. Untuk sebarang info tentang Min Kaffe, boleh click di sini: http://izyanliyana.com/min-kaffe/

Diamond Night April 2016 - 15Last but not least, masa depan memang kita tidak tahu, sebab itu semua adalah rahsia Allah. Tapi, sebagai manusia, kita jangan berhenti berusaha untuk cuba mencorakkan masa depan yang kita impikan. Mama doakan kejayaan semua pembaca blog Mama.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai business bersama dengan Top Leaders Circle, you all boleh contact Mama at: 019-4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *