Diamond Night April 2017

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Put your heart, mind, and soul into even your smallest acts. This is the secret of success. ~ Swami Sivananda.

Alhamdulillah, syukur…:) Finally, Mama berpeluang untuk update satu lagi cerita kejayaan rakan-rakan kongsi Mama. Salah satu event tahunan syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM), iaitu Diamond Night, telah diadakan pada 22 April 2017, bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor.

Event Diamond Night ini diadakan untuk meraikan kejayaan usahawan yang telah berjaya melayakkan diri untuk pangkat Diamond Sales Manager (jumlah jualan terkumpul sebanyak RM180,000), Double Diamond Manager (jumlah jualan terkumpul RM720,000) dan Tabung Kereta.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, untuk event Diamond Night ini, 2 orang rakan kongsi Mama diraikan pada malam tersebut untuk pangkat Diamond Sales Manager dan Tabung Kereta.

My outfit for that event. My jubah is from Calaqisya. It’s an old design from them. I don’t think the jubah is available anymore. My long khimar is from Khaleel Jameela. It was my first time wearing this kind of khimar, and I love it.

Setiap kejayaan bermula dengan satu perjalanan. Setiap perjalanan, bermula dengan satu langkah. Setiap langkah, bermula dengan satu impian. Jadi, selalu Mama pesan pada rakan-rakan kongsi Mama, tidak kisah langkah kita kecil atau besar, yang penting, kita bermula, dan kita teruskan tindakan secara consistent. Insya Allah, kejayaan pasti akan menjadi milik kita.

Alhamdulillah, pada hari tersebut, Mama berpeluang untuk berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan kongsi #PBAngels daripada Johor, Kedah dan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor. Syukur sangat-sangat dapat berjumpa face-to-face dengan mereka.

Antara rakan kongsi #PBAngels yang sudah pun sama pangkat dengan Mama, iaitu Crown Diamond Manager (CDM) Ismalina Ishak. Tahniah CDM Ismalina, kerana merupakan salah seorang rakan kongsi Mama yang diraikan dalam event tersebut. Mama berkenan tengok jaket lace yang CDM Ismalina pakai. Cantik sangat…:)

Alhamdulillah, syukur…:) Sebelum ini, hanya seorang sahaja daripada rakan kongsi #PBAngels datang dari Kedah untuk event Diamond Night. Pada hari tersebut, Alhamdulillah, seramai 9 orang rakan kongsi #PBAngels dapat turun sama-sama dari Kedah, untuk meraikan kejayaan rakan-rakan kongsi #PBAngels yang akan naik pentas dalam event tersebut. Good job #PBAngelsUtara! You guys memang awesome. Insya Allah, selepas ini, kejayaan akan berjangkit pada diri you all pula.

Bersama dengan rakan kongsi #PBAngels, Senior Sales Manager Kak Maslita Othman. Kak Maslita ini memang antara rakan kongsi #PBAngels yang sangat kuat semangat. Walaupun sudah pun berumur mencecah 50-an, setiap bulan sales kumpulan beliau memang mantap. And Alhamdulillah, beliau sudah pun berjaya menggenggam income stabil 4-angka setiap bulan dalam business ini. Syukur, Alhamdulillah…:)

Antara seorang lagi rakan kongsi #PBAngels yang sangat kuat semangat and jenis sentiasa follow sahaja. Sales Manager Kak Norlela yang datang all the way from Sungai Petani, Kedah. Insya Allah, selepas ini, kita sama-sama raikan kejayaan Kak Norlela pula ya. Sama-sama kita doakan, ya. Aamiin.

Bersama dengan rakan kongsi #PBAngels yang datang dari Johor. Good job bakal Double Diamond Manager Fateha Fatin. Teruskan melakar kejayaan demi kejayaan.

Ketika ini, para Crown Diamond Managers diarak naik ke pentas untuk memulakan majlis. Mama happy sangat tengok senyuman CDM Ismalina. Sebab senyuman itu satu senyuman kepuasan. I’m a proud mommy in this business.

Tahniah to bakal Double Diamond Manager Olin Safura, kerana ketika ini beliau menerima anugerah ketiga in this Premium Beautiful business. Iaitu pangkat Diamond Sales Manager dengan jualan terkumpul sebanyak RM180,000. Walaupun sebenarnya beliau sudah pun buat sales terkumpul lebih RM200,000. Good job Olin!

Muka happy kerana menerima pin ketiga from SHOM. Good job Olin. Teruskan melahirkan lebih ramai rakan-rakan kongsi yang berjaya di bawah pimpinan Olin ya.

Antara anugerah yang paling susah untuk hendak melayakkan diri. Iaitu Anugerah Tabung Kereta. Selalunya, apabila seseorang usahawan yang telah melayakkan diri untuk menerima Anugerah Tabung Kereta, bermakna beliau sudah pun melayakkan diri bonus extra sebanyak 3% daripada SHOM, yang dinamakan sebagai Bonus Tabung Kereta. And selalunya, usahawan yang layak menerima Bonus Tabung Kereta, bonus overall beliau setiap bulan memang besar.

Tahniah CDM Ismalina, di atas pencapaian terbaru iaitu Anugerah Tabung Kereta. Memang rasa hendak menjerit jer kan, bila dapat pegang kunci besar atas pentas. Teringat feeling Mama ketika Mama sendiri terima Anugerah Tabung Kereta beberapa tahun yang dulu. Memang rasa hendak melompat pun ada. Sebab bukan senang untuk capai anugerah ini.

Insya Allah, Mama doakan semoga kejayaan rakan-rakan kongsi #PBAngels ini berjangkit kepada rakan-rakan kongsi #PBAngels yang lain. Aamiin. Mama tahu, masing-masing sudah ada potensi untuk berjaya. Pastikan tindakan kena seiring dengan kejayaan yang hendak kita capai.

Good job semua. You guys have made it this far. Teruskan melangkah. Teruskan melakar lebih banyak kisah kejayaan yang menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.

Antara kenangan yang akan sentiasa Mama kenang sampai bila-bila. Melihat kejayaan rakan-rakan kongsi yang tidak pernah putus asa, membuatkan Mama susah untuk rasa hendak give up in this business.

Insya Allah, kami akan teruskan lahir lebih ramai usahawan #PBAngels yang berjaya in this business. Doakan semoga kami terus istiqomah dan tidak mudah berputus asa.

Untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan bersama-sama dengan kami, yang ingin melakar kejayaan bersama-sama dengan team #PBAngels, you all boleh contact Mama at: 019-4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

Malam itu kami juga turut meraikan salah seorang Crown Diamond Manager in Top Leaders Circle yang berjaya keluarkan a brand new Mercedes-Benz A Class. Tahniah CDM Nurul Hidayah. Memang kacak bergaya sungguh kereta baru CDM Dayah. Anyway, can you spot me in the picture? Ahaks…:)

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Mama selalu tekankan, jika mahu berniaga, mesti kena ada proses pandaikan skill untuk menjual product. Tidak kisah secara offline atau pun online. And selepas tahu menjual, mesti kena tahu untuk kembangkan business. Alhamdulillah, banyak yang Mama belajar sepanjang 7 tahun Mama berniaga dalam business Premium Beautiful ini.

And Mama percaya, selagi kita tidak putus asa dengan rezeki Allah, Insya Allah, kita pasti akan sampai ke destinasi kejayaan kita. Doa berterusan, usaha yang consistent, dan jangan sesekali lupa untuk sentiasa bertawakkal kepada Allah. Insya Allah, kejayaan pasti akan menjadi milik kita…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *