Diamond Night September 2016

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Our second Diamond Night for this year. Untuk pertama kalinya, syarikat Sahajidah Hai-O Marketing Sdn. Bhd. telah mengadakan Diamond Night untuk kali kedua for this year. Kebiasaannya, award yang sangat berprestij ini hanya diadakan setahun sekali sahaja.

diamond-night-september-2016-11 diamond-night-september-2016-10Seperti biasa, kita mulakan dengan outfit of the night yang Mama pakai for that award night. Mama pakai jubah biru from Calaqisya, and shawl yang sangat lebar dan panjang, warna yang sama. Mama make up sendiri sahaja, and I really my make up that night. Haha, boleh tak Mama puji diri sendiri? 🙂

Event Diamond Night ini diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada 17hb September 2016 (sabtu). Lokasi memang cantik sangat untuk ber photoshoot bagai. Terima kasih kepada our official photographer that night, Encik Kamal Iskandar. Memang superb hasil kerja.

diamond-night-september-2016-8Awal-awal Mama sampai di lokasi, Mama terserempak dengan sahabat seperjuangan Mama dalam business ini. CDM Nur Fadzliah. Cantik sangat jubah dan niqab yang beliau gayakan pada malam itu. Mama selalu usik CDM Nur, “Ko senyum macam mana pun, macamlah nampak dalam gambar,” Tapi, Mama tahu, dalam gambar ini memang beliau sedang tersenyum habis nampak gigi. Haha!

diamond-night-september-2016-9Diamond Sales Manager yang sedang bersinar. Alhamdulillah, sempat Mama bergambar dengan rakan kongsi yang kami raikan pada malam tersebut. #PBAngels Diamond Sales Manager Fateha Fatin. Nanti, Mama akan ceritakan tentang Fatin dengan lebih lanjut dalam penulisan Mama di dalam entry ini. You all kena baca sampai habis tau, kalau you all hendak tahu perjalanan business Fatin ini. Mana tahu, Insya Allah, boleh menjadi sumber inspirasi buat semua kan?

diamond-night-september-2016-19Yang tinggi di sebelah Mama ini, sudahpun bergelar Diamond Sales Manager. Baru sahaja lagi. Ketika ini, belum lagi capai pangkat Diamond Sales Manager. Datang bersama rakan kongsi untuk ambil aura katanya. Memang terus lepas itu naik pangkat ha. Pangkat Diamond Sales Manager ini memang income besar. At least dalam RM5,000 hingga RM7,000 macam itu. Padahal, kerja pun hanyalah 2-4 jam sahaja sehari. Siapalah yang tidak mahu kan?

diamond-night-september-2016-12Ini adalah leader di dalam team #PBAngels yang based in Sungai Petani, bakal Diamond Sales Manager Kak Mawar. Bayangkan ya, ketika ini, team beliau sudah pun mencecah melebihi 50 orang ahli berdaftar. Subhanallah, hebat sungguh team #PBAngelsUtara berniaga. Sebulan, setiap agent memang cecah sales RM1,000~RM2,000. Dahsyat kan mereka berniaga? Padahal, mereka ini semua memang yang agak berumur and lebih tua daripada Mama. Mama panggil team ahkak-ahkak ha!

diamond-night-september-2016-14Macam adik-beradik kan kami berdua? Go, go #PBAngelsUtara!

diamond-night-september-2016-20Antara moments yang kami semua nantikan, iaitu penyampaian award Diamond Sales Manager. Tahniah Diamond Sales Manager Fateha Fatin! You’ve deserved it sayang! Huish, memang macam angel habis berjalan dengan penuh anggun bergaya atas stage tersebut. Bangga mak sekejap!

diamond-night-september-2016-21Diamond Sales Manager Fatin ini asalnya bermula dengan register ahli RM50 sahaja. And beliau bukan based in Kuala Lumpur pun. beliau bekerja dan menetap di Johor. Jauh dengan mentor beliau iaitu CDM Ismalina. Tetapi, itu tidak menghalang beliau untuk terus ber business and terus mengorak langkah bersama-sama dengan #PBAngels yang lain.

Cantiknya sangat Fatin pada malam tersebut. Tak berkelip tengok Fatin malam tersebut.

diamond-night-september-2016-13Walaupun bermula dengan hanya register ahli RM50, beliau memang sentiasa belajar dengan mentor beliau, CDM Ismalina, and daripada dengan berniaga Sabun Marine Essence, beliau convert diri beliau untuk menjadi antara top agent for Premium Beautiful di Johor. Setiap bulan, pasti ada customer Premium Beautiful yang mencari beliau.

Alhamdulillah.

And Diamond Sales Manager Fatin ini memang jenis tidak banyak cakap. Seorang yang agak pemalu. Alhamdulillah, bersama-sama dengan #PBAngels, beliau banyak sangat belajar untuk ubah diri beliau. Dari yang biasa-biasa, berubah untuk menjadi yang luar biasa.

Diamond Sales Manager ini bermaksud, jumlah jualan telah pun mencecah sebanyak RM180,000! Banyak kan? Bukan calang-calang usahawan yang bergelar Diamond Sales Manager ini.

diamond-night-september-2016-17 diamond-night-september-2016-16Yang bestnya Diamond Night ini adalah makan malamnya. Allah, sedap sangat foods yang disediakan oleh Sahajidah Hai-o Marketing. Terbaik sungguhlah. Kenyang yang amat. Alhamdulillah, kesemua rakan-rakan kongsi Mama yang hadir pada malam itu memang enjoy dengan foods yang disediakan. Kenyang gila bak hang!

diamond-night-september-2016-18Kami special sikit, sebab kami bergelar Crown Diamond Managers. Meja pun hampir dengan stage. Memang terbaiklah service Sahajidah Hai-O Marketing. Of course lah kan, Mama akan duduk sebelah mentor kesayangan Mama, Crown Diamond Manager Kak Salha Zain.

diamond-night-september-2016-15Tengah-tengah hendak bergambar di red carpet, tiba-tiba kami ternampak our mentor jutawan, Crown Diamond Manager Hajjah Siti Rohana. Cepat-cepat kami grab beliau untuk bergambar bersama-sama. Crown Diamond Manager Hajjah Siti Rohana ini digelar ‘harimau’ dalam Sahajidah Hai-O Marketing, and merupakan salah seorang VVIP pada malam itu. Beliau sudahpun berkecimpung dalam business ini lebih 10 tahun, and income beliau pernah cecah RM1.5 juta sebulan!!! Memang ngeri kan dengar? Allahu, tetapi beliau sangat-sangat humble. Memang seorang ikon jutawan yang Mama sangat-sangat admire.

Sudah habis makan malam, apa lagi, we all keluar dewan untuk bergambar ramai-ramai. So, enjoy the rest of our pictures.

diamond-night-september-2016-7Allahu, bangga sangat tengok perubahan hidup yang dialami oleh Diamond Sales Manager Fatin. Dari seorang yang pemalu, yang tiada background berniaga, now sudah pun bergelar Diamond Sales Manager. Lagi 2 steps sahaja untuk bergelar Crown Diamond Manager. Go all the way Fatin. Mama akan sentiasa doakan kejayaan rakan-rakan kongsi Mama. You can do this, Fatin.

diamond-night-september-2016-6Our newest addition of Diamond Sales Manager. Seorang yang sangat kuat semangat, yang sangat-sangat berfikiran positif, Diamond Sales Manager Olin Safura. Go, go Olin! Olin tengah cabar diri untuk capai jumlah jualan RM720,000 dalam masa 4 bulan. Doakan beliau ya!

diamond-night-september-2016-5With my new RM2 juta leader, Crown Diamond Manager Ismalina. Alhamdulillah. Insya Allah, Mama akan bercerita lebih panjang tentang Crown Diamond Manager Ismalina untuk entry yang akan datang. Sebak tengok gambar ini. Sebab sebak tengok perjalanan business beliau yang penuh dengan ranjau berduri (cewah!) untuk sampai ke tahap beliau sekarang ini.

diamond-night-september-2016-3Insya Allah, next Diamond Sales Manager. Doakan Kak Mawar ya, you all semua. Sayang ketat-ketat!

diamond-night-september-2016-4Bersama dengan bakal Senior Sales Manager Siti Raudah. Mama suka sangat tengok semangat Raudah. Tidak pernah give up. Susah macam mana pun, tetap teruskan perjuangan. Mama doakan kejayaan Raudah. You all pun sama-sama doakan kejayaan beliau ya.

diamond-night-september-2016-1 diamond-night-september-2016-2Bersama dengan rakan kongsi Diamond Sales Manager Olin Safura. Alhamdulillah, dalam business ini, hanya perlu copy and paste sahaja. Insya Allah, siapa yang pandai meniru, pasti boleh berjaya dengan izin Allah.

diamond-night-september-2016-23Of course, tidak lengkaplah kalau tidak bergambar bersama-sama dengan mentor kesayangan Mama, Crown Diamond Manager Kak Salha Zain. Siapalah Mama, kalau tidak kerana mentor yang berdiri di sebelah Mama ini. Beliaulah yang sabar mencanai Mama, sabar mendidik Mama, sabar membimbing Mama, sabar dengan kerenah Mama. Subhanallah, memang payah untuk berjumpa dengan mentor sehebat beliau. Kami #PBAngels akan sentiasa doakan kesejahteraan Crown Diamond Manager Kak Salha Zain sekeluarga, dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah selalu.

diamond-night-september-2016-22Insya Allah, lebih banyak kejayaan, lebih banyak kenangan manis yang kami ingin cipta bersama. Kalau ada di antara you all yang ingin memulakan perniagaan bersama-sama dengan kami, sangat-sangat kami alu-alukan. Dengan modal serendah RM50 sahaja, you all semua sebenarnya mampu mencipta kejayaan yang you all impikan.

Jangan segan-segan untuk contact Mama at: 019-4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com. Insya Allah, jom kita sama-sama mencorak impian kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *