Fahami Badan Anda

Mama ingin menulis tentang topik ini, kerana dari semasa ke semasa, Mama sentiasa menerima soalan tentang produk yang Mama jual. Tapi, not exactly tentang product itu sendiri, more like kepada keadaan tubuh badan tuan badan itu sendiri.

Contoh soalan, ” Adakah simptom yang saya alami ini sebab hormon yang tidak stabil?” “Adakah apa yang saya alami ini berkait rapat dengan sekian, sekian?” ” Adakah ini tanda-tanda saya ada kanser payudara?” @_@

Kadang-kadang, pening kepala Mama hendak menjawabnya, sebab Mama bukan seorang doktor pun. Mama hanyalah agent kepada produk yang Mama jual. Mungkin, secara general, Mama boleh jawab beberapa soalan yang lazim. Tetapi, kalau soalan yang tersangat khusus, Mama memang tiada jawapannya.

Nasihat Mama, you all sendiri kena ambil kisah apa yang berlaku pada badan you all sendiri. Jika you all ada mengalami simptom-simptom yang mungkin tidak normal, nasihat Mama, sila lah pergi berjumpa dengan doktor. Sebab hanya doktor sahaja yang boleh diagnose badan you all. Dan beritahu apa yang tidak kena dengan badan you all.

You all boleh Google, boleh tanya orang lain. Tapi, in the end, hanya doktor sahaja yang lebih arif tentang kesihatan badan you all.

Lebih kerap kita mengambil kisah tentang tubuh badan kita, Insya Allah, kesihatan tubuh badan kita akan lebih berpanjangan. Mama memang lihat sendiri, ada pesakit yang memang kurang mengambil kisah tentang tubuh badan sendiri. Kurang minum air kosong, takut hendak ambil ubat bila sakit, dan selalu biarkan sakit berpanjangan. Alasan, badan boleh baik dengan sendiri.

Ya, badan memang boleh baik dengan sendiri, kalau umur kita masih di awal 20-an. Tetapi, once kita reach 30 and above, memang kita kena ambil perhatian lebih dengan tubuh badan kita. Kalau kita kerap sangat pening kepala, it’s time to go and see doctors supaya doktor boleh beritahu apa sakit kita. Kalau period kita tidak teratur, jumpa doktor. Bukan jumpa mak bidan ya. Sebab mak bidan tidak oleh scan and tengok dalam rahim kita.

Ingat, bila sakit, dan bila kita kurang pasti kenapa badan kita kerap sakit, jumpa doktor. Bukan setakat Google. Mama memang encourage sangat you all, ambil perhatian dengan tubuh badan you all.

Sebab, bila kita tahu apa masalah dengan badan kita, lebih senang untuk kita hendak rawat badan kita. Apa yang kita perlu makan, apa yang perlu kita pantang dan apa jenis ubatan yang kita perlu ambil. Sekurang-kurangnya, kita tidak ambil sembarangan, kan?

So, what happened to the person yang takut sangat ambil ubat yang Mama cerita di atas? End up, rupa-rupanya dia ada high blood pressure. And that high blood pressure telah menyebabkan dia sakit buah pinggang kronik. Allahu~~

Ini apa yang Mama lihat sendiri.

Jadi, jangan sambil lewa sangat dengan keadaan tubuh badan kita. Bila sakit, jumpa doktor. Jangan dibiarkan badan kita sakit lama-lama.

Dan setiap tahun, atau setiap 6 bulan sekali, buatlah medical check up. Sekurang-kurangnya you all tahu apa yang berlaku dalam tubuh you all.

Alhamdulillah, syukur…:) Mama pun buat juga medical check up untuk diri sendiri. Untuk hendak tahu apa yang tidak kena dengan dalaman badan Mama. Lebih baik tahu dari awal, daripada sudah terlambat, kan? Banyak yang Mama belajar tentang kesihatan dalaman Mama, melalui medical check up.

Jadi, you all pun, pastikan buat juga ya. Kalau hendak lebih khusus untuk breast cancer atau cervical cancer, you all boleh jumpa doktor untuk khidmat nasihat. Yang penting, ambil tahu kesihatan badan you all. Jangan simply assume and Google sahaja.

Sihat tidak bermakna dalaman kita sihat. Mungkin dalaman kita mula sakit. Apabila kita sakit, mungkin dalaman kita telahpun dalam tahap kronik. Jadi, jangan sambil lewa sangat dengan keadaan tubuh badan kita.

Jadi, kalau you all ada masalah dengan tubuh badan you all, janganlah contact Mama. Mama bukan doktor pun. Jangan Google semata-mata. Pergi jumpa doktor.

Okay, you all? Mama doakan semoga kesihatan kita sentiasa baik dan berpanjangan.

Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *