Bersambung untuk Day 2 in Gold Coast, Australia.
Alhamdulillah, syukur. From my last entry, Mama ada beritahu yang we all naik flight Singapore Airlines from Changi Airport, Singapore to Brisbane Airport, Australia. The journey took 8 hours. Waktu Australia awal 2 jam kalau dibandingkan dengan waktu Malaysia. Means kalau di Australia adalah pukul 6 pagi, di Malaysia baru jam 4 pagi.
Everytime kalau fly, Mama paling suka ambil seats sebelah tingkap. Masa inilah dpat tengok awan putih and rasa dekat dengan awan-awan tersebut. Sangat indah ciptaan Allah S.W.T.
Alhamdulillah, syukur…:) Sudah selamat sampai di Brisbane Airport, Australia.
After arriving at Brisbane Airport, our first destination is Paradise Country Farm.
Top Leaders Circle at Paradise Country Farm, Gold Coast, Australia.
Lunch di Paradise Country Farm. Mama ambil fish and chips, and Ayah ambil steak. Seriously, daging dia sangat sedap. Tebal and lembut.
With our top mentor, multi-millionaire, CDM Abang Lan.
Ketika gambar ini diambil, kepala kuda ini menghala ke arah Mama. Takut Mama dibuatnya.
With hot Mama, Salleha Roslan. Memang Mama kagum sangat dengan semangat Salleha Roslan. Another CDM in the making. Insya Allah, Salleha Roslan adalah bakal CDM tahun 2014.
CDM fresh from the oven. CDM Nur Fadzliah.
Koala bear ini memang kerja dia tidur sahaja. If I’m not mistaken, koala bear ini hanya bangun 2 jam sahaja sehari? Ya kah? Tetapi, yang menariknya, position tidur koala bear ada pelbagai gaya. Asalkan dapat tidur. Ada yang tidur terkangkang, kaki merengkot dan pelbagai gaya lagi.
Oh my, kali pertama dapat tengok kangaroo dari jarak dekat. Kangaroo di sini sudah sama macam koala bear sahaja. Asyik terbaring, dan tersangatlah rileks. Mama memang tidak berani hendak bergambar dekat dengan kangaroo, takut kena tendang.
Bukan senang untuk bergambar dengan koala bear ini. And seriously, kuku koala bear ini sangatlah tajam.
Ketika berada di Paradise Country Farm, apa yang Mama notice, farm ini adalah sangat-sangat bersih and seriously, tiada bau binatang langsung. Udara memang tersangatlah nyaman. Rasa macam tidak mahu balik. Memang jadi tenang, and rileks sangat apabila berada di Paradise Country Farm.
Our next destination is our hotel. Oh, part ini paling excited. Sebab apa yang Mama tahu, hotel yang we all bakal stay ini sangat berdekatan dengan pantai Surfers Paradise.
Oh my, the room was so spacious. Seriously sangat-sangat luas and besar. Boleh sembahyang berjemaah lagi dalam bilik ini. And we all dapat 2 katil besar. Oh my~~~
And the toilet, siap ada see through window okey. Teringat ketika our first free trip ke Hong Kong dulu.
And can you imagine, bangun pagi, buka tingkap and tengok view pantai macam itu? Fuh~~~
Malam itu we all makan malam di salah sebuah restoran halal di Gold Coast, Australia. Seriously, makanan dia sangat sedap. Teringat-ingat lagi hidangan di restoran tersebut. And after that, we all ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sekitar our hotel. Ambil angin malam sambil menyusuri pantai Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.
So they said this is the best ice cream ever. Ice cream paling sedap. So, ambil peluang untuk rasa ice cream ini. Nyum, nyum~
Alhamdulillah, syukur. That’s all untuk hari kedua Mama di Gold Coast, Australia. Insya Allah, entry untuk hari ketiga akan Mama cuba siapkan secepat mungkin. Stay tuned!
