Alhamdulillah, syukur…:)
Mama hendak update our trip to Gold Coast, Australia, untuk hari keempat Mama berada di sana. So, here goes…:)
Good morning from Gold Coast, Australia…:)
Wajib bergambar untuk outfit of the day. Untuk hari keempat kami berada di sana, theme colour for that day adalah warna merah.
Untuk hari keempat, aktiviti kami adalah untuk enjoy di Movie World. Kami sampai pada awal pagi, sebab kami akan menikmati breakfast di Movie World. Can you imagine, pihak Movie world sediakan breakfast khas dan ada tetamu undangan untuk we all semua ketika breakfast. So special. Kalau pergi sendiri, belum tentu akan dapat layanan special seperti ini.
Jantung Mama macam hendak terkeluar the moment masuk Movie World ini. masa ini belum ada orang lagi, sebab hanya kumpulan kami sahaja yang baru sampai.
Top Leaders Circle in Movie World, Gold Coast, Australia!
Entering Movie World. Memang masa ini macam lalu red carpet macam di Hollywood gitew…:)
Breakfast, special disediakan untuk we all semua di Movie World. Siapa sangka, kan? Having such a nice breakfast, sambil dikelilingi dengan cartoon characters yang keluar menyambut we all semua.
So they said, the woman who played the Wonder Woman itu seiras dengan muka Mama. So, you guys be the judge and cuba you all judge sendiri. Personally, I think she’s a beautiful woman…:)
After breakfast, we all masuk ke Roxy untuk menonton wayang 3D. seriously, memang best sangat, sebab dengan ada dengan special effect kerusi bergerak, air mencurah-curah dan pelbagai lagi. Memang menjerit jugalah we all ketika itu.
Selepas menonton wayang 3D di Roxy, we all tunggu turn untuk masuk melihat Stunt Show. This Stunt Show sepatutnya belum dibuka kepada orang ramai, kerana mereka masih dalam sessi latihan untuk version kedua. So, we all dapat privilage untuk menjadi one of the earliest penonton yang dapat melihat version kedua Stunt Show ini. Wohoo!!
So, sementara itu, Mama enjoy dengan scenery dan gelagat orang ramai di dalam Movie World ini.
Enjoying another show by all the famous cartoon characters.
Getting ready untuk menonton Stunt Show. Berdebar sebab sudah dapat mendengar deruman motor dan kereta.
My husband memang enjoy sangat dengan Stunt Show ini. For me…T____T Sebab terlampua bising and memang membuatkan hati Mama berdebar sebab tengok all the scary stunts yang mereka pull off.
Selepas menonton Stunt Show, we all makan tengahari di Movie World. Another delicious foods to be enjoyed. And then, after that, we have free time untuk enjoy segala rides di dalam Movie World.
With Kak Lynn Shukor, another Top Leaders Circle sister yang Mama sangat kagumi semangatnya…:)
Bergambar sahaja ya. Memang Mama kurang berani untuk naik rides di dalam Movie World. Dengar jeritan pun Mama sudah hendak tercabut jantung.
Mama berani naik satu sahaja rides di dalam Movie World ini, iaitu Bat Wing. Masya Allah, memang Mama dapat rasakan jantung Mama terkeluar terus ketika itu. Perasaan sama macam naik Solero Shot di Genting Highlands, tetapi berkali-kali ganda lagi laju daripada Solero Shot. Jantung macam tertinggal di bawah ketika Mama berada di atas. Mata langsung tidak dapat dibuka.
Selepas sahaja we all turun daripada Bat Wing ride, my husband yang teman Mama naik sekali, terus cakap, “Okeylah, Abang jaga handbag Yana. Yana naiklah yang lain-lain,” Hahaha…:)
Sambil itu, we all masuk ke dalam setiap kedai cenderahati di dalam Movie World. Sempatlah grab a few things untuk dijadikan kenangan.
Trip to Gold Coast, Australia ini pun ibarat satu trip percuma untuk honeymoon kami berdua.
Last show of the day, before we took off untuk another activity, we all menonton parade show. Ketika parade show ini, all the cartoon characters akan keluar beramai-ramai. Such a nice show sebagai penutup.
After keluar dari Movie World, we all betolak ke destinasi seterusnya, iaitu Paradise jet Boating, untuk merasai pengalaman naik Jet Boat. Wah!
Memang banyak sangat jet boat dan kapal layar di sini. Konon-konon, berangan, apabila sudah kaya nanti, ingin memiliki salah satu kapal layar, dan belayar bersama my husband nanti…:)
Oh my, naik jet boat ini memang merupakan salah satu pengalaman yang Mama tidak dapat lupakan. Laju, bergelora dan macam-macam lagi. Menjerit bagai hendak gila. Rasa seperti macam naik roller coaster, tapi kali ini atas air sahaja. Memang basah lenjun. Such a really unforgettable experience for all of us…:)
After naik jet boat di Paradise Jet Boating, we all balik ke hotel, bersiap untuk dinner di salah sebuah restoran Indian yang menyediakan makanan halal untuk we all semua. And after that, Mama and my husband, balik ke hotel, untuk tidur. Sebab terlampau penat dengan menjerit bagai pada siang hari.
Good night from Gold Coast, Australia. Bersambung pula pada entry seterusnya.
