Free Trip To Holland And Belgium: 11 ~ 17 April 2012 (Fourth Day)

13 Flares Filament.io 13 Flares ×

Untuk hari keempat untuk trip ke Holland and Belgium, we all bertolak ke Zaanse Schans after breakfast. Di Zaanse Schans, we all melawat kilang keju and kilang terompah kayu yang sangat famous di Netherlands. Or dalam English, we call it clog.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 1

Baru hendak bertolak ke Zaanse Schans. Sejuk sangat!

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 2

Sudah sampai di Zaanse Schans. Bertambah sejuk!

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 3Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 5Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 4Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 6

The scenery, the building, Subhanallah, memang cantik sangat. Sejuk mata memandang.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 7

Kedai keju. Pelbagai jenis keju dijual di dalam kedai ini. Pilih sahaja yang mana anda suka.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 8Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 9

Kambing ini sangat peramah. Dengan semua orang pun dia sua mulut minta kiss.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 10

Sedang menunggu turn untuk tengok how clogs are traditionally and modernly made. Very interesting!

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 11Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 12

How clogs are made.

Subhanallah, Maha Suci Allah, memang cantik, memang indah sangat pemandangan di Zaanse Schans. Dengan udara yang nyaman dan sejuk, ditambah pula dengan pemandangan yang sangat colourful. First time, Mama dapat lihat kincir angin tradisional. Mama jadi jakun sekejap.

After Zaanse Schans, we all bertolak ke Volendam untuk makan tengahari and a bit of shopping, which is kampung nelayan yang terletak di Netherlands. One thing about negara Netherlands nie, ialah negara nie terletak di bawah paras laut. Pada awalnya, Mama macam blur a bit apabila our tourist guide mentioned about this. Yes people, I am not good in Geography. Bawah paras laut pun tak tahu apa benda.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 13

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Volendam.

Ketika melawat Volendam, memang kita boleh tengok yang kawasan kampung nelayan ditahan dengan tambak yang sangat tinggi, untuk tahan laut daripada memasuki kampung nelayan Volendam, seterusnya daripada membanjiri Volendam. Memang kita boleh tengok, paras laut tersebut lagi tinggi dari kampung nelayan Volendam nie. Baru Mama faham.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 14

Ketika ini, we all berhenti di pintu masuk ke kampung nelayan Volendam. Kampung nelayan Volendam ini kecil, so, jalan masuk and keluar one way. So, kena tunggu turn untuk masuk. Sementara itu, we all keluar and ambil gambar. Kalau you all perasan, di sebelah Mama ini macam ader small hill kan? Itulah tambak yang menahan laut daripada memasuki kampung nelayan Volendam. Mama tidak menaiki bukit ini, tapi my mother naik, and di atas hill tersebut, kita boleh tengok paras laut yang sangat tinggi daripada kampung nelayan Volendam.

Kampung nelayan Volendam tidak sama langsung macam kampung nelayan di Malaysia. Sangat bersih, sangat cantik, sangat indah, sangat unik, and so many more. Memang, kalau dapat tinggal di sini, boleh rasa hati sangat tenang. Sangat-sangat cantik. Memang tidak terucap dengan kata-kata.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 15Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 16Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 17Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 19Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 18Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 20

Cantik kan pemandangan di kampung nelayan Volendam? Sangat berbeza dengan kampung nelayan di Malaysia.

After Volendam, we all balik to our hotel, untuk bersiap for our Gala Dinner. Our Gala Dinner diadakan di Restoran Asian Plaza, and on the same night, Mama diraikan dengan others di mana birthday jatuh pada bulan April. Alhamdulillah, syukur. Mana tidak seronok, sambut birthday di Holland you all.

Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 21Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 22Trip To Belgium And Holland - Day 4 - 23

Esok, we all akan bertolak balik ke Malaysia. Overall, this trip was awesome. Tidak terucap dengan kata-kata. Memang impian Mama untuk travel ke Europe countries, tapi, apakan daya, Mama memang tidak mampu kalau hendak pakai duit sendiri and travel.

Alhamdulillah, syukur, Allah S.W.T. buka peluang business ini, bukakan hati and minda Mama untuk buat business, and Alhamdulillah, boleh Mama katakan, satu persatu impian Mama mula termakbul. Alhamdulillah, syukur. Memang Mama bersyukur sangat-sangat.

So, bersambung lagi untuk next entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *