To adventure. To explore. To see sights unknown. To talk to strangers. To travel. To make new friends and to make new memories. This is life.
Alhamdulillah, syukur…:) Bersambung lagi untuk trip percuma Mama ke Osaka, Kyoto and Kobe, untuk hari keempat.
Untuk hari keempat ini, adalah hari terakhir kami berada di Osaka. Selepas breakfast di hotel, we all check out from the hotel, menaiki bas menuju ke our first destination.
Alhamdulillah, sampai juga di Osaka Castle. Osaka Castle adalah merupakan attraction utama di Osaka. Kalau sudah sampai di Osaka, memang wajib melawat Osaka Castle.
Osaka Castle is a Japanese castle in Osaka, Japan. The castle is one of Japan’s most famous landmarks and it played a major role in the unification of Japan during the sixteenth century of the Azuchi-Momoyama period.
Bersama dengan mentor kesayangan di hadapan Osaka Castle. Mentor ini banyak sangat membantu Mama dalam hal-hal berkaitan blogging dan social media. Mama dahulu memang tidak pandai sangat tentang blogging, and Alhamdulillah, CDM Alfaath ini banyak sangat mencurahkan ilmu pengetahuan beliau dalam social media kepada usahawan Top Leaders Circle (TLC). Dalam business ini, tidak perlu tunggu kita pandai or tahu serba serbi, kerana ilmu dan training akan sentiasa diberikan secara percuma. Tinggal kita hendak belajar atau tidak.
Bersama dengan rakan seperjuangan di dalam TLC, Shima. Ada ala-ala macam princess Jepun tak? Hehehe…:)
Di hadapan Osaka Castle ini, ada perkhidmatan photographer untuk ambil gambar you all. You all boleh pakai outfit ala-ala princess Jepun ataupun samurai Jepun. Mama pun sudah lupa berapa yang mereka charge untuk perkhidmatan ini.
Area dalam kawasan Osaka Castle ini memang sangat cantik. Malangnya, kami tidak berpeluang untuk melihat sendiri bunga sakura, kerana bunga sakura belum lagi berkembang ketika ini. Allahu, mesti cantik sangat pemandangan di Osaka Castle ini ketika penuh dengan bunga sakura. Kalau you all berpeluang melawati Osaka Castle, boleh datang ketika bunga sakura tengah berkembang. Allah, mesti cantik sangat.
Ready untuk melompat. Pose wajib TLC di setiap tempat yang dilawati.
Alhamdulillah. Selepas melawati Osaka Castle, kami menaiki bas menuju ke destinasi berikutnya, iaitu Shinsaibashi. Ada apa di Shinsaibashi?
Shinsaibashi is a district in the Chuo-ku ward of Osaka, Japan and the city’s main shopping area. At its center is Shinsaibashi-suji, a covered shopping street, that is north of Dotonbori and parallel and east of Mido-suji street.
Waktu berjalan menuju Shinsaibasi, kami melawati Dotonbori. Dotonbori ini adalah satu kawasan yang sangat terkenal dengan restaurants dan makanan Jepun. Kalau you all hendak makan takoyaki tersedap di dunia, wajib datang sini and rasa sendiri. Takoyaki ia memang besar dan memang kena sekali ngap sahaja. Sebab confirm ia akan melting dalam mulut you all. Allah, tiba-tiba teringin takoyaki pula. Haha!
Di Dotonbori ini, you all boleh tengok betapa creative nya orang Jepun dalam menghiasi billboard restaurants masing-masing. Memang pelbagai bentuk and rupa. Ada yang bergerak-gerak, ada lampu lip lap, ada yang tergantung, dan macam-macam lagi.
Sudah sampai Shinsaibashi. Di sini memang ada banyak sangat kedai souvenirs, kedai pakaian, small supermarkets, and macam-macam kedai lagi. Uniqlo Japan pun ada di sini.
The famous running man billboard yang ada pada Shinsaibashi ini. Selalu nampak dalam drama Jepun.
Pose running man yang tidak menjadi. Haha!
Of course, wajiblah shopping di sini. Uniqlo di sini lagi banyak design terbaru kalau dibandingkan dengan di Malaysia. Allah, kedai skincare mereka, mahu pengsan kot. Macam-macam jenis skincares, lotion tangan, lotion badan and Allah, packing mereka cantik-cantik sangat.
Alhamdulillah, selepas habis ber shopping di Shinsaibashi, finally we all akan bertolak meninggalkan Osaka, dan menuju ke Kobe. Di Kobe, we all stay di Hotel Kobe Portopia.
Bilik we all untuk malam ini. Alhamdulillah, memang besar dan sangat selesa.
Pada malam tersebut, we all ada ‘Gala Dinner’ di mana temanya adalah anything yang related to Japan. Of course, masa inilah you all dapat melihar ramai berpakaian kimono, yukata dan ada juga yang cosplay characters from anime.
My outfit of that night. Comel tak Mama? Hehehe…:) Mama sewa yukata from Malaysia. Sangat selesa, namun, rumit juga cara hendak pakai yukata ini.
Allahu, sedap sangat makanan ketika di Gala Dinner pada malam tersebut. We all sangat enjoy menonton segala persembahan pada malam tersebut.
Alhamdulillah, that’s all for our fourth day in Japan. Esok, we all akan menuju ke Sanda Premium Outlet, dan juga melihat masjid tertua di Jepun, iaitu Masjid Kobe. Insya Allah, kita akan bersambung lagi untuk next entry.
