“The open road is a beckoning, a strangeness, a place where a man can lose himself.” ~ William Least Heat Moon.
Allah, Alhamdulillah, syukur. Finally, dapat juga Mama update dan menyambung travelog Mama ke Vietnam. Semoga Allah sentiasa memberi kelapangan kepada Mama untuk terus update blog Mama. Mama suka sangat berkongsi pengalaman Mama yang tidak seberapa kepada orang di luar sana. Mungkin pengalaman ini bermanfaat untuk orang yang baru hendak memulakan pengembaraan ke luar negara.
Hari kedua di Vietnam. My outfit of that day. Tema we all untuk hari tersebut adalah stripes. So, memang we all akan pakai anything yang ada stripes.
My husband hendak sangat bergambar dengan plat Hotel Equatorial di Vietnam ini. Padahal, bukan boleh nampak dalam gambar pun.
#PBAngels untuk hari kedua di Vietnam. We all memang tidak sabar untuk serbu Ben Thanh Market today. itulah our main agenda for today. Shopping.
Allah, kalau datang melawat Ho Chi Minh city, Vietnam, memang tidak sah untuk tidak menjejakkan kaki di Ben Thanh Market. Salah satu tempat perhentian untuk pelancong untuk membeli kain / material yang berkualiti pada harga yang sangat murah. Di Ben Thanh Market ini, segala jenis kain ada. Lace, sequins, kain cotton, and macam-macam lagi. And kebiasaannya, peniaga di dalam Ben Thanh Market akan offer untuk jahit baju kurung atau apa jenis baju atau skirt yang you all hendak, dalam masa paling cepat, sehari.
Untuk lelaki, you all boleh pilih kain and tempah suit ikut apa yang you all suka, pada harga yang sangat murah. My mentor siap buat satu suit hitam, ikut badan, dengan harga RM200.00 Kalau di Malaysia mana boleh dapat harga macam ini kan? Murah sangat. And kain suit tersebut sangat berkualiti.
My business partners yang sudah gila hendak pilih kain lace. Cantik sangat kain-kain laces di sana. Allah, kalau tidak kuat iman, memang borong habis. Fuhhh~~~ Masa ini memang memerlukan seorang suami di sebelah untuk sentiasa azankan di telinga. Biar ingat diri semula.
Kalau you all hendak beli baju kurung siap pun boleh. Baju kurung siap, sekali dengan manik yang penuh di dada dan lengan, harga dalam RM50.00~RM60.00 sepasang. Kalau you all pandai bargain, boleh dapt murah lagi. Gila kan? Kalau di Malaysia, mahu dekat RM300.00 untuk sepasang baju kurung yang penuh dengan manik.
Di Ben Thanh Market, mereka masih terima duit Ringgit Malaysia dan of course, mata wang mereka, Vietnam Dong (VND). So, make sure bawa duit banyak sikit kalau hendak shopping kain di Ben Thanh Market, sebab memang you all boleh jadi tersangat gila. Memang actually, satu hari pun belum tentu cukup untuk shopping di sana.
Hasil tangkapan untuk hari ini. Apabila menjelang tengahari, perut sudah lapar, we all berjalan menuju ke restoran halal yang tidak terletak jauh dari Ben Thanh Market. Untuk hari tersebut, pihak syarikat memang bagi free time kepada we all untuk shopping, and siap bagi duit untuk makan, sebab makan minum untuk trip ini ditanggung sepenuhnya.
Di area Ben Thanh Market, memang ada satu lorong / jalan yang penuh dengan restoran halal. Yang paling Mama ingat,a da restoran Serai. Oh my, sampai ke Vietnam pun ada restoran Serai. We all semua end up makan tengahari di Restoran Hajah Basiroh.
We all semua order makanan tradisional Vietnam iaitu Vietnamese Noodle Soup atau lebih dikenali dengan nama Pho. And untuk minuman, we all order Vietnamese coffee.
Kalau hendak minum iced Vietnamese coffee, you all mesti biarkan ice dalam coffee tersebut cair sedikit, sebab kalau terus minumk macam itu sahaja, memang manis Ya Allah! Make sure biarkan ice tersebut cair, and memang lepas itu, sedap sangat you all minum. Kurang rasa manis.
Sempat terserempak dengan my beloved mentor, CDM Kak Salha Zain. Masa jumpa, memang rasa hendak peluk Kak Salha sangat-sangat. Haha! Ntah pape kan? Tapi ituah hubungan between seorang mentor dengan protege. Thank you akk Salha, sebab sampai sekarang tidak putus-putus memberi bayangan dan melakar impian kami, untuk sentiasa melangkah lebih jauh ke hadapan.
Lepas makan, we all decided untuk pulang ke hotel terlebih dahulu dengan menaiki teksi. Sebab we all hendak pulang lebih awal, untuk bersiap for our Gala Dinner that night. Bas we all akan sampai lebih lambat lagi. So, memang pengalaman sangat menaiki teksi di Vietnam. Fuh!
Sampai sahaja hotel, we all terus solat dan bersiap-siap untuk our Gala Dinner.
Tema untuk Gala Dinner we all adalah lace. Hahaha! Ambil peluang bergambar dengan mentor kesayangan kami, CDM Kak Salha Zain.
Bersama dengan cinta hati, yang sentiasa tidak putus-putus memberi semangat, mendoakan kejayaan Mama. Thank you, Abang. Untuk lelaki, mereka dikehendaki pakai suit.
Geng-geng lelaki di dalam top Leaders Circle. #TLCMaskulin. Bukan main. Abang-abang pun hendak bergaya juga untuk Gala Dinner.
Top Leaders Circle in Ho Chi Minh, Vietnam. Bergambar kenangan bersama dengan multi-millionaire mentor, CDM Azlan Deraman.
Gaya abang-abang macho, #TLCMaskulin bergambar kenangan bersama dengan multi-millionaire mentor, CDM Azlan Deraman. Smart boh!
#PBAngels bergambar kenangan bersama dengan multi-millionaire mentor, CDM Azlan Deraman. Insya Allah, more to come. Sentiasa take challenge untuk ke depan.
A last picture from #PBAngels before ending the night. Alhamdulillah, syukur, semua berjalan dengan lancar. Makan kenyang, happy-happy ketika di Gala Dinner. Thank you Allah untuk semua nikmat daripada-Mu.
Insya Allah, kita akan bersambung lagi untuk Day 3 in Vietnam ya!

Sis..kain lace 2 berapa semiter??….
Selalunya between RM40-RM50 semeter. Lace dia banyak jenis di sana.