Hari Apresiasi Bakat Dan Graduasi Tadika Tinta Khalifah 2017

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Mama berpeluang untuk menulis satu lagi entry berkenaan dengan perkembangan anak kedua Mama, iaitu, Inas Lutfiyah. Agak lama Mama tidak menulis tentang anak-anak Mama. Almaklumlah, mereka sudah pun besar. And it seems that I don’t have much time to write about them anymore…:(

So, untuk entry ini, Mama ingin menceritakan tentang ‘Hari Apresiasi Bakat Dan Graduasi Tadika Tinta Khalifah 2017’. Iaitu hari di mana Inas Lutfiyah berjaya menghabiskan alam pra-persekolahan (tadika) bagi yang berumur 5 tahun.

Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu bertarikh 18 November 2017.

Inas Lutfiyah malu-malu untuk bergambar. In this picture, she’s getting ready for her first group performance.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh ketua penduduk taman. Beliau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak Din.’ Alhamdulillah, sedikit sebanyak, Mama dapat juga mengetahui beberapa info terkini tentang taman di mana terletaknya tadika Inas Lutfiyah.

Selepas majlis dirasmikan, majlis turut dihidangkan dengan beberapa persembahan nasyid oleh pelajar tahfiz Sirojulhaq. Allahu, memang sedap sangat suara mereka. Semoga Allah sentiasa memberkati mereka, dan mempermudahkan urusan mereka untuk menjaga agama Islam.

First group performance Inas Lutfiyah, iaitu pementasan cerita pendek ‘Garjit Dan Kambing Biri-Birinya.’ Tidak salah Mama, story ini adalah adaptation from one of the episodes in ‘Upin Ipin The Series.’

So, apa watak Inas Lutfiyah? As you can see in the picture above, she’s one of the flowers, among three other boys..>_<

Semangat sangat Inas Lutfiyah mempersebahkan pertunjukan drama ini. Mungkin sebab kami semua hadir. Inas Lutfiyah hafal setiap part persembahan ini dengan baik. Good job, Inas Lutfiyah!

Second group performance from Inas Lutfiyah. Persembahan nasyid ‘Makna Surah Al-Fatihah’. Kali ini, Inas Lutfiyah berdiri di belakang. So, memang kurang nampak..T___T

Tapi, tidak mengapa. Sebab Inas Lutfiyah memang bersemangat mempersembahkan persembahan ini.

Third group performance Inas Lutfiyah. Persembahan lagu ‘Shark Doo Doo.’ Memang berhantu lagu ini. And Inas was having so much fun performing this song…:)

Can you see how excited she was? And I think I was smiling from ear to ear. So proud of her.

Mama rasa seperti hendak menangis tengok persembahan-persembahan Inas Lutfiyah. She memorized all of the lines, the songs and the steps. Good job, sayang. Mama bangga sangat tengok Inas Lutfiyah beraksi di atas pentas.

Inas Lutfiyah menerima hadiah untuk pelajar cemerlang bagi tadika tersebut. Alhamdulillah, syukur…:)

I’ve never been so happier to see my daughter in a graduation robe. Tidak mengapa lah walaupun masih kecil. Hendak tunggu graduation ceremony university lambat lagi. So, Mama enjoy dahulu dengan this graduation ceremony.

A decent family picture.

Sempat juga untuk bergambar dengan semua guru yang bertanggungjawab mengajar Inas di tadika ini. Guru di dalam gambar di atas adalah merupakan salah seorang guru kegemaran Inas Lutfiyah. Guru ini bernama, Cikgu Insyirah. Inas Lutfiyah selalu sangat bercerita tentang guru ini. Terima kasih Cikgu Insyirah, sebab sudi melayan dan mengajar Inas Lutfiyah.

Bersama dengan Cikgu Syafikah. Inas Lutfiyah panggil Cikgu Pika…:)

Bersama dengan Cikgu Syuhada.

Of course, wajiblah bergambar dengan abang tersayang, Abang Syahir.

One day, when one of you’ve graduated from university, we’re going to capture this moment again…:)

She will always be Ayah’s princess. And Ayah will be her prince.

A daughter is just a little girl who grows up to be your best friend…:)

Congratulations, Inas Lutfiyah. Insya Allah, selagi Allah izinkan Mama, Mama dan Ayah will always be together for you and Abang Syahir. Mama dan Ayah sentiasa doakan anak-anak Mama, dilindungi Allah, dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga Abang Syahir dan Inas Lutfiyah membesar, menjadi manusia yang memberi manfaat kepada agama Islam. Membesar menjadi seorang yang sentiasa menjaga agama Islam. Membesar dan berada di kalangan Muslim dan Muslimah yang sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T.’

Aaamiiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *