Hari Terakhir Di Tadika Tinta Khalifah

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Walaupun cuti sekolah sudah hampir tamat, walaupun Inas bakal memulakan persekolahan Darjah 1 pada tahun hadapan, Mama ingin juga menulis beberapa event yang berlaku di Tadika Tinta Khalifah (tadika di mana Inas bersekolah sepanjang tahun 2017 & 2018) untuk tahun ini.

Hari Graduasi Tadika Tinta Khalifah telah diadakan pada hari Sabtu, bertarikh 17hb November 2018. Last year, graduation day diadakan pada siang hari. But this year, graduation day diadakan pada sebelah malam. So, memang kebanyakan gambar yang Mama ambil memang agak gelap, dan kurang jelas…:(

Apa-apa pun, Mama sangat happy yang Inas berjaya menghabiskan pembelajaran dan segala aktiviti di Tadika Tinta Khalifah.

Pada hari graduasi tersebut, Inas terlibat dalam 2 persembahan. Salah satunya, adalah mempersembahkan bacaan surah-surah pendek dan lazim. Alhamdulillah. Sebutan dan bacaan adalah lancar dan jelas. Good job, Inas. Walaupun Inas agak malu-malu untuk baca dengan kuat…^^;;

Persembahan kedua Inas. Persembahan tarian sambil pakai costume Pokemon…:)

Bukan main gembira Inas bila mempersembahkan tarian ini…:)

Ampun, gambar ini memang sangat kurang jelas. Memang apabila ambil gambar pada waktu malam bukanlah kepandaian Mama sangat…T___T Apa-apa pun, tahniah Inas. Alhamdulillah, guru-guru di Tadika Tinta Khalifah beritahu Mama, Inas adalah seorang pelajar yang baik. Seorang pelajar yang sentiasa habiskan segala kerja yang diberi oleh guru. Seorang pelajar yang sentiasa mendengar kata.

Sampaikan, ketika perjumpaan di antara ibu bapa dan guru, guru-guru di Tadika Tinta Khalifah memang tidak memberi banyak komen tentang Inas. Because she was that good. Tapi, di rumah, Ya Allah, lainnya character…@_@

Hopefully, character sebagai pelajar yang baik ini dapat diteruskan sehingga ke alam persekolahan nanti…:)

Ini adalah aktiviti Hari Ibu. Mama baru berkesempatan untuk update aktiviti ini di sini. Untuk aktiviti Hari Ibu, para ibu diminta untuk hadir ke tadika bagi menyertai aktiviti bersama dengan anak-anak masing-masing. On that day, we all diberi kotak dan kertas, dan diminta untuk mencipta apa impian anak-anak. Seperti contoh, ada anak yang ingin membina masjid, membina rumah, ingin memiliki kereta and so on.

So, the mothers had to create these houses / cars using cardboxes and papers. So, untuk Inas, Inas ingin memiliki kereta. So, Mama pun menggunakan cardboxes untuk membina kereta buat Inas. Inas had some fun while colouring the car…:)

Kereta yang telah siap dibina bersama-sama dengan Mama.

Look at our car. Cantik tak?

Oh well. That was some of the activities yang telah diadakan sepanjang tahun 2018 di Tadika Tinta Khalifah. Apa-apa pun, Mama bersyukur sangat, sebab Inas memang happy sepanjang menghadiri ke tadika ini. Inas seronok berkawan dengan pelajar-pelajar di Tadika Tinta Khalifah.

Setiap hari, pasti ada cerita baru. Cerita tentang aktiviti hari tersebut. Cerita tentang kawan-kawan Inas. Cerita tentang guru-guru Inas. There days when she went home, smiling and being so happy. And there are days, when she went home, crying and looked so masam. Haha! Nama pun perempuan. Mood macam-macam…:)

Bersama dengan Cikgu Amelia. Antara guru yang Inas suka. Lemah lembut sangat Cikgu Amelia ini. Tetapi, bila hendak bergambar, Inas jadi malu-malu. Selalu, setiap pagi, apabila Inas sampai ke pagar tadika, Cikgu Amelia yang akan buka pintu pagar dan sambut Inas. And sometimes, I could see that Inas akan bersembang dengan Cikgu Amelia sebelum masuk ke tadika.

Antara guru Inas yang mengajar Inas selama 2 tahun Inas menghadiri Tadika Tinta Khalifah. Cikgu Pika.

Apa-apa pun, Mama bersyukur, sebab sejak Inas menghadiri Tadika Tinta Khalifah, Inas sudah mula pandai membaca. Sudah pandai mengira. And she learned a lot di tadika.

Mama doakan, semoga Inas terus membesar, menjadi anak yang solehah. Menjadi seorang yang berilmu dan dapat memberi manfaat kepada kedua ibu bapanya dan masyarakat sekeliling. Insya Allah.

Tahun depan, Inas mula memasuki Darjah 1. Cepat sangat masa berlalu. Well, kita tunggu dan lihat apa cerita Inas ketika Darjah 1 nanti…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *