Majlis Hari Raya Sahajidah Hai-O Marketing 2017

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Alhamdulillah, syukur…:)

Finally, Mama dapat update one entry yang tidak terlalu backdated. I am so proud of myself…:)

Pada 12 Julai 2017 yang lepas, Mama berpeluang untuk menghadiri salah satu event syarikat yang khas diadakan untuk yang berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) sahaja.

Event tersebut adalah Majlis Hari Raya 2017 yang dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM). Terima kasih SHOM, kerana sentiasa menganjurkan majlis-majlis untuk kami berkumpul bersama-sama. Event Majlis Hari Raya pada tahun ini diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor.

As usual, mestilah wajib kena ada gambar outfit of the day (OOTD) kan? So, here is my #ootd. This jubah was the same jubah that I wore on our first day of Syawal 2017. I bought this jubah through Instagram: @byanisfendy. Mama suka sangat jubah ini sebab ada poket and sangat labuh. Sesuai dengan ketinggian Mama. And the khimar is from Naelofar Hijab. Oh my, I really, really love this khimar. The khimar is flowy, and sangat labuh untuk ketinggian Mama…:) If you are interested to read about my favourite khimar (and my collection of khimar) so far, you can click read here.

Of course, I am happy sebab Mama dapat berjumpa dengan my RM2 million leader, CDM Ismalina. Tahniah CDM Ismalina, sebab pertama kali menghadiri Majlis Hari Raya Sahajidah Hai-O Marketing. Insya Allah, tahun depan, kita cuba ramaikan pemimpin-pemimpin di dalam team #PBAngels ya.

Antara TLC Master Trainer yang paling cantik pernah Mama jumpa, iaitu CDM Salleha Roslan. Walaupun kami bermula dengan hanya strangers, melalui business / berniaga Premium Beautiful ini, kami menjadi sahabat dan rakan seperjuangan. Alhamdulillah.

Antara beberapa highlights in the event adalah updates terkini daripada syarikat, perancangan-perancangan masa akan datang oleh syarikat, dan majlis pemberian sampul duit Raya kepada anak-anak yatim yang dijemput khas oleh SHOM.

Alhamdulillah, semestinya kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan mentor-mentor kesayangan kami. Mentor yang sentiasa ada dengan kami, dari kami tidak tahu apa-apa sehinggalah kami berada di tahap ini. Itu pun, masih banyak benda yang masih lagi kami tidak tahu. Terima kasih CDM Azlan Deraman (yang kami panggil CDM Abang Lan) kerana sentiasa bimbing kami. Semoga Allah merahmati segala jasa baik CDM Abang Lan kepada team kami.

Berniaga Premium Beautiful banyak sangat mengajar Mama tentang hormat. Selalu mentor Mama pesan, kalau kita mahu orang lain hormat kita, kita hormatlah orang lain terlebih dahulu. Tidak kisah kita di mana, jangan sesekali bawa pangkat kita. Jangan bawa ego kita.

Terima kasih mentor, kerana sentiasa ingatkan kami.

Sudah bergambar dengan CDM Abang Lan, pastilah tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan CDM Siti Rohana (yang kami panggil CDM Kak Ana, pasangan kepada CDM Kak Ana). Antara mentor yang sangat kuat semangat. Antara mentor yang takkan berputus asa.

Kalau you all hendak tahu, CDM Kak Ana ini pernah berada di dalam fasa yang sangat besar. Maksudnya, badannya pernah besar. Beratnya pernah cecah sehingga 102kg. And after 7 bulan mengamalkan 3 products SHOM secara consistent, iaitu:

Sekarang ini, berat CDM Kak Ana sudah pun cecah 66kg. Memang kurus dan slim kalau dibandingkan sebelum ini. CDM Kak Ana berkata, kena tahu cara kalau hendak kurus dan slim walaupun umur sudah melewati 40-an. Terbaik CDM Kak Ana. Such an inspiration to all of us. Untuk sentiasa jaga badan dan Insya Allah, menjaga kesihatan juga, walaupun umur masih muda. Yang penting, walaupun badan sudah slim, jangan lupa pelihara aurat kita semua ya.

Kalau CDM Kak Ana pun boleh, Insya Allah, kita semua pun boleh.

Antara highlight yang ditunggu-tunggu. Penyerahan bonus 2% oleh SHOM. Bonus 2% SHOM ini adalah bonus extra untuk para CDM yang berjaya memenuhi syarat-syarat untuk melayakkan diri mencapai bonus 2% ini. Alhamdulillah, Mama finally berpeluang untuk merasa satu lagi bonus extra daripada SHOM. Terima kasih SHOM, kerana sentiasa menyediakan platform terbaik untuk kami berniaga.

Nampak sikit sahaja kan 2% itu? Jangan main-main. 2% ini pun ada yang merasa sehingga 6-angka tau @_@

Mama selalu merasakan yang Mama bukannya pandai berniaga pun. Bukan jenis kategori pandai bercakap pun. Kalau diminta untuk kira bonus pun pun boleh juling biji mata. Tetapi, Allah bagi keizinan pada Mama untuk berniaga. Allah pinjamkan tenaga, dan sedikit kepandaian kepada Mama untuk berniaga.

Bagi Mama, tidak perlu pandai untuk bermula. Tidak perlu cerdik untuk melakukan langkah pertama. Tidak perlu sempurna. Tidak perlu semua itu.

Yang penting, terus bermula. Yakin dan percaya yang rezeki itu adalah milik Allah. Apa yang Allah lalukan depan kita, adalah peluang untuk kita. Kita hendak buat terbaik atau tidak, kita hendak grab peluang atau tidak, semuanya atas kita.

Allah sendiri tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum tersebut tidak akan mengubah nasib mereka sendiri. Kita ubah nasib kita, selagi Allah izinkan. Letak usaha secara consisntent. Hendak berjaya, bukan dalam sehari dua. Mesti melalui proses. Yang penting, kena kuat semangat…:)

Insya Allah, Mama percaya, yang you all pun boleh berjaya. Percaya dan terus percaya. Jangan cepat percaya kata-kata orang lain yang mengatakan kita tidak mampu.

Ustaz pernah berpesan, kalau kita selalu fikir apa orang lain kata, hati kita tidak akan selamanya bahagia. Kerana kita meletakkan bahagia itu pada kata-kata manusia. Bahagia itu milik Allah. Letak kepercayaan pada Allah sebagai pengatur hidup kita. Insya Allah, walaupun sedang ditimpa ujian sekalipun, hati kita akan merasa bahagia. Insya Allah.

Jika ada di antara you all yang ingin berniaga Premium Beautiful bersama-sama dengan team #PBAngels, you all boleh contact Mama at: 019-4419180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Majlis Hari Raya Sahajidah Hai-O Marketing 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *