Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna

Ketika Mama menulis entry ini, Insya Allah, lagi 2 hari bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadi, memang Mama ingin berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga / memelihara aurat kita dengan baik.

Mungkin tidak perlu Mama katakan, kenapa kita perlu menutup aurat. Kenapa kena jaga aurat? Simple. Sebab ia adalah perintah daripada Allah. Jadi, apabila ia adalah perintah Allah, maka, tanpa perlu banyak bertanya, kita hanya perlu ikut sahaja. Lagipun, hidup kita ini, adalah tidak lain dan tidak bukan, hanya sebagai hamba Allah. Yang perlu ikut apa perintah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Sebagai seorang wanita dan juga seorang Muslimah, aurat kita, kita kena pelihara baik-baik. Kena ambil kira, ambil kisah, ambil tahu. Jadi, di bawah ini, Mama ingin kongsikan beberapa gambar, yang Mama jumpa ketika Mama browse dalam Instagram. For me, gambar ini, merupakan satu kesimpulan yang baik dan mudah untuk kita faham, bagaimana untuk seorang Muslimah menjaga auratnya.

Tips untuk bagaimana menjaga / menutup / memelihara aurat seorang Muslimah.

  • Pastikan lengan baju panjang dan menutup sehingga ke pergelangan tangan. Dan bukan ketat. Kalau kita pakai blouse berlengan pendek, and pakai inner berlengan panjang, pastikan inner tersebut longgar dan warna tidak mengikut skin colour kita. Sebaik-baiknya, pilih warna yang agak gelap dari tona kulit supaya orang tidak confuse, yang inner tersebut bukan kulit kita.
  • Kain yang dipakai mestilah longgar, tidak jarang dan panjang sehingga ke buku lali. Kalau kita jenis suka pakai seluar, pastikan seluar yang kita pakai adalah longgar dan tidak mengikut bentuk kaki. Dan pastikan juga, seluar kita panjang sehingga ke buku lali. So, no more slim fit, skinny jeans and all yer. Sekarang ini, memang ada banyak online shops yang ada jual seluar untuk Muslimah. Memang menepati syarat. Longgar dan tidak jarang. Yang penting, kena rajin mencari sahaja. Kata hendak belajar menutup aurat, jadi, janganlah malas ya.
  • Belajar menutup kaki dengan memakai stokin. Mama dahulu, ketika awal-awal ingin menjaga aurat, Mama mulakan dengan consistent pakai stokin kaki setiap kali keluar dari rumah untuk berjumpa dengan client / rakan kongsi Mama. Biasakan diri. Pilih stokin yang tidak terlampau tebal (supaya tidak berasa rimas) dan tidak terlampau nipis. And pastikan stokin kita cukup panjang sehingga ke betis. Sekurang-kurangnya, kalau seluar / kain kita terselak tanpa sengaja, masih ada stokin yang bantu tutup aurat kaki kita. Jadi, stokin pendek-pendek jangan beli ya.
  • Tudung. Bagi Mama, tudung sebenarnya sangat simple. Sangat mudah. Tidak kira apa jenis tudung / fashion tudung you all hendak gayakan, pastikan ia cukup labuh dan tutup bahagian belakang badan dan bahagian depan / dada kita. Dan tudung mestilah tidak jarang, sehingga boleh menampakkan bentuk leher. Tudung, bukan setakat untuk menutup rambut, tetapi juga menutup leher, telinga, bahagian belakang badan dan bahagian dada kita. Tidak perlu tambah apa-apa accesories seperti subang sebab ia akan contradict dengan apa yang kita cuba buat.
  • Baju yang kita pakai, mestilah longgar, labuh sehingga melebihi paras pinggul dan tidak jarang. Kalau rasa fabrik yang kita pakai jenis agak jarang, pakai inner yang longgar.
  • Pakai kasut yang di mana, apabila kita berjalan, tidak berbunyi. Sebab, kita tidak mahu untuk menarik perhatian orang lain apabila kita berjalan. Kalau kita suka heels sekalipun, boleh cari heels yang tapaknya tidak berbunyi.

So, itu antara beberapa tips yang Mama boleh kongsikan dengan you all semua. Antara kita, termasuk Mama sendiri, tiada yang sempurna. Dari iman kita, dari hati kita sehinggalah fizikal kita, belum cukup sempurna, untuk dikatakan baik. Cuma, kalau kita semua dalam proses untuk berubah, mungkin ini boleh dijadikan sebagai panduan.

Di dalam Al-Qur’an pun ada menyebut tentang aurat Muslimah. Jadi, jangan kita ambil ringan tentang aurat kita ini.

Ustaz pernah berkata, wanita yang tidak pelihara auratnya, sebenarnya, dia sedang bersikap zalim dengan Allah. Kenapa? Banyak nikmat Allah kita sudah terima sepanjang kita hidup di muka bumi Allah ini. Banyak nikmat Allah sudah bagi pada kita. Tetapi, Allah hanya minta kita jadi wanita yang solehah. Salah satunya, pelihara aurat kita dengan sebaik-baiknya.

Tetapi, kita tidak mampu untuk hendak laksanakan. Sebab kita mudah tergoda dengan nafsu kita. Kita tengok orang lain tidak tutup aurat, duit makin banyak. Rezeki makin melimpah ruah. Kita pun ikut sama. Buat benda yang sama. Hati-hati. Itu sebenanrnya adalah ujian untuk kita. Sebab itu, sangat penting untuk kita, diri sendiri untuk belajar menuntut ilmu agama. Untuk kita lebih faham tentang agama kita. Supaya, kita tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Kita tahu, yang mana Allah suka, dan yang mana Allah benci.

Mama tidak bercakap tentang sesiapa pun. Sebab Mama sendiri pun pernah berada dalam keadaan yang jahil. Dengan manusia kita boleh buat baik, kita berlemah lembut. Tetapi kenapa dengan Maha Pencipta kita bersikap zalim? Sedangkan Allah yang memberi Rahmat pada kita. Yang memberi segala nikmat di dunia dan di akhirat. Jadi, kenapa kita masih degil untuk ikut perintah Allah?

Mama pernah baca satu quote, “Yang menutup aurat, tidak semestinya masuk syurga. Cuma, di dalam syurga, hanya ada yang menutup aurat sahaja.”

Faham? Mendalam maksudnya. Hendak masuk syurga, pastikan kita pelihara aurat kita ya.

Sama-sama kita musahabah diri. Semoga apa yang Mama kongsikan ini, memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *