Melalui Perintah Kawalan Pergerakan

Nothing is better than going home to family and eating good food and relaxing.” – Irina Shayk

Ketika Mama menulis entry ini, rakyat Malaysia sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat. Dan bagi yang beragama Islam, kita juga sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Apa khabar kepada semua pembaca blog Mama? Mama doakan semoga you all semua berada dalam keadaan yang sejahtera dan gembira selalu.

Ketika sedang menulis entry ini, Mama sedang memikirkan, bila kali terakhir Mama menjejakkan kaki ke luar rumah. It has been a while. For some people, yang mungkin jenis outgoing, PKP ini mungkin agak menyeksakan jiwa. Tetapi, untuk Mama yang hanya berstatus suri rumah tangga sepenuh masa, PKP ini hanya lah hari-hari biasa buat Mama.

Namun, ada juga perbezaannya.

Apa yang membuatkan Mama gembira ketika melalui PKP ini, adalah Ayah dan anak-anak Mama yang sentiasa berada di rumah. Alhamdulillah, Ayah, Syahir dan Inas banyak membantu Mama ketika berada di rumah. Terutamanya, Ayah. Ayah banyak menolong Mama di dapur, ketika Mama memasak.

Ayah akan tolong gaulkan nasi goreng dalam kuali. Ayah akan tolong basuh segala utensils, pinggan mangkuk yang kotor.

Alhamdulillah. Allah S.W.T. pinjamkan Mama suami yang rajin dan penyayang. Allah S.W.T. pinjamkan juga kepada Mama, anak-anak yang mendengar kata.

Mama juga tidak berasa sunyi sepanjang PKP ini. Ada juga kawan untuk berbual ketika di rumah…:)

Kami juga berpeluang untuk menunaikan solat 5 waktu secara berjemaah. Dan ketika di bulan Ramadhan ini, menunaikan solat Terawikh secara berjemaah. Alhamdulillah…:)

Namun, ada juga yang Mama rindukan ketika PKP ini.

Mama sangat-sangat rindukan untuk pergi kedai makan…T___T Ya, Mama rindukan tomyam di kedai makan di depan rumah Mama ini. Mama teringat-ingat tomyam kedai makan tersebut.

Mama rindu untuk pergi Mydin dan pilih sendiri barang-barang dapur. Sepanjang PKP ini, hanya Ayah sahaja yang dapat pergi ke Mydin. Jadi, Mama akan sediakan senarai barang-barang dapur dan baran-barang lain yang perlu dibeli. Memandangkan selama ini hanya Mama yang selalu pilih barang-barang tersebut, dan Ayah hanya bayar sahaja, Mama kena juga sediakan gambar-gambar untuk barang-barang yang Mama selalu beli.

Mama rindu untuk pergi pasar malam. Mama rindu untuk makan burger dan ubi kentang goreng yang Mama selalu beli di gerai pasar malam tersebut. Mama rindu untuk beli sayur, bawang dan sebagainya, yang selalu Mama beli di pasar malam tersebut. Oh, rindu sangat untuk jalan-jalan di pasar malam…T__T

Mama rindu untuk pergi ke masjid dan dengar Ustaz Mat berkongsi ilmu. Mama rindu untuk ziarah kubur arwah ayah mertua. Oh, how I’ve missed that…T___T

Dan, Mama sangat rindu untuk jejakkan kaki ke kedai menjual peralatan menjahit dan kedai kain. Especially, bila PKP ini, Mama memang banyak menjahit. tetapi, bila tiada benang untuk dipadankan dengan kain yang Mama hendak menjahit, memang agak mencabar juga. Fuhhh~~~

Shopee dan Lazada suddenly menjadi kawan baik Mama. Ayah beli macam-macam juga di Lazada dan Shopee, which is sebelum ini, tidak terfikir pun untuk beli. Apa yang pasti, koleksi periuk dan peralatan memasak yang lain semakin bertambah…^^;;

Mama sambut birthday Mama during PKP ini. Memang mencabar juga untuk mencari birthday cake. Sebabnya, kedai kek yang selalu kami pergi sebelum ini, jaraknya lebih dari 10km. Disebabkan PKP, kami tidak boleh merentasi daerah dan membuat perjalanan lebih dari 10km. Dan Mama juga tinggal di pinggir bandar. Jadi, tidak ramai orang yang dekat dengan kawasan kami yang buat birthday cake.

But, dalam kesukaran untuk mencari birthday cake, Ayah cuba bertanya kepada salah seorang jiran kami. Jiran kami ini rajin memasak dan menjual nasi lemak sepanjang PKP ini. Alhamdulillah, turned out, she can bake a proper birthday cake. jadi, on my birthday, selepas waktu Asar, husband kepada jiran tersebut berjalan kaki ke rumah kami untuk hantar my birthday cake…:)

A simple birthday cake (definitely yummy!) untuk my birthday…:)

And Ayah juga hadiahkan handbag ini untuk Mama. Walaupun beg ini sampai beberapa hari selepas birthday Mama, I was still surprised when my husband gave this to me. I remembered I screamed at him. A scream of happiness definitely…:)

Can you see my name on the bag? 🙂

So, bagaimana dengan you all? Have you missed a lot of things during PKP ini? Ataupun, you all memang looking forward untuk stay and work from home?

Apa-apa pun, sama-sama kita terus berdoa semoga wabak penyakit berbahaya ini hilang di muka bumi ini. Dan sama-sama juga kita berdoa supaya kita semua, boleh kembali menjalani kehidupan kita seperti sebelum ini.

Aaamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *