Mia Mikhail Private Launching – 2016 Collection

Alhamdulillah, syukur…:)

Allahu, another backdated entry. Tapi, Mama still remember this day. Sebab apa? Sebab I was having skin allergy during this time. We’ll talk about this as we go along in this entry, shall we?

Mia Mikhail Fashion Show - 17Alhamdulillah, syukur…:) Mama berpeluang menghadiri fashion show yang diadakan oleh Mia Mikhail. Mia Mikhail ini adalah salah satu jenama yang mengeluarkan telekung sembahyang yang ekslusif, sesuai untuk dijadikan untuk hantaran perkahwinan, atau pun untuk dijadikan sebagai hadiah yang sangat special.

Mia Mikhail Fashion Show - 19 Mia Mikhail Fashion Show - 18Beberapa koleksi telekung sembahyang yang sangat cantik dan sangat ekslusif oleh Mia Mikhail.

I’ve remembered someone pernah berkata, kita ini kan, kalau hendak berjumpa dengan someone yang high ranking, someone yang special, atau menghadiri majlis-majlis yang sangat glamour, bukan main kita pakai cantik-cantik, bersiap bagai nak rak. Tetapi, apabila menghadap Allah (iaitu hendak mendirikan solat), kita dalam keadaan yang biasa, telekung solat pun yang biasa-biasa, sejadah pun yang biasa-biasa.

Allahu. I am not talking about anyone else. Kadang-kadang diri Mama pun sama. Mungkin ada yang mengatakan, telekung sembahyang yang cantik-cantik ini, bukan boleh bawa ke masjid, takut mengundang rasa kurang selesa untuk jemaah solat yang lain.

Tetapi, tanya balik diri kita, apa salahnya, beli telekung sembahyang yang cantik ini untuk diri sendiri, apabila kita hendak menghadap Allah? Allah kan Mama Berkuasa untuk setiap hamba-Nya. Apa yang kita hendak, apa yang kita impikan, hanya Allah sahaja yang mampu beri kepada kita. Sekurang-kurangnya, biarlah kita berusaha untuk sentiasa nampak cantik, dan bersih apabila menghadap ‘BOSS’ kita yang paling utama.

This is only my opinion.

Mia Mikhail Fashion Show - 20 Mia Mikhail Fashion Show - 16Selain twelekung sembahyang yang sangat cantik, Mia Mikhail juga ada menyediakan telekung sembahyang yang sederhana coraknya, untuk sesiapa yang suka kepada kesederhanaan. Yang pasti, kualiti telekung sembahyang Mia Mikhail memang tip-top.

Mia Mikhail Fashion Show - 15Alhamdulillah, Mama berpeluang untuk bertemu dengan owner Mia Mikhail, Puan Hana Mokhtar. Such a very humble lady. Waktu Mama kenalkan diri Mama, she said to me, “Oh, I kenal you,” Hahahaha! I don’t think I am that famous yet. Such a pleasure to know someone yang very successful in business.

Haha, kalau you all wondering kenapa muka Mama nampak berbeza sangat-sangat, this is because, at this time, Mama was having a bad skin allergy. Don’t worry, I’ve been to the clinic, sudahpun mendengar penjelasan doktor, and somehow, it was due to my immunization in my body. Allahu…T_________T So, sepanjang even ini, memang muka Mama bengkak, and nampak bloated. Hendak senyum pun tidak boleh. Sebab sakit. Tapi, apa-apa pun, enjoy lah ya.

Mia Mikhail Fashion Show - 14Cantik sangat setup untuk fashion show ini.

Mia Mikhail Fashion Show - 2 Mia Mikhail Fashion Show - 3Yeay! Free foods. Hahaha! One thing what I like about going to special function like this. Selalu suka tengok makanan-makanan yang cantik sangat. Hahaha! Hendak makan pun jadi sayang.

Mia Mikhail Fashion Show - 13Mia Mikhail Fashion Show - 10Dua orang rakan kongsi Mama, Ismalina dan Olin Safura, menemani Mama untuk ke fashion show ini. Sesekali sekala, dapat hang out dengan rakan kongsi, and having fun selain daripada business matters.

Mia Mikhail Fashion Show - 12Puan (atau Cik) MC yang sangat cantik jelita. Sorry, Mama tidak tahu nama sebenar Puan MC ini.

Mia Mikhail Fashion Show - 11Kata-kata aluan from the owner itself, Puan Hana Mokhtar.

Mia Mikhail Fashion Show - 9 Mia Mikhail Fashion Show - 4Alhamdulillah, majlis fashion show ini dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Shamsida Binti Taharin. Mama memang suka gaya beliau. Sangat elegant. And her speech as well.

This fashion show juga diadakan bertujuan, bukan setakat untuk memperkenalkan koleksi terbaru from Mia Mikhail, malah untuk menghebahkan tentang pembukaan butik pertama Mia Mikhail di Shah Alam, Selangor. Tahniah Mia Mikhail di atas pencapaian ini.

Mia Mikhail Fashion Show - 8 Mia Mikhail Fashion Show - 7Beberapa koleksi telekung sembahyang Mia Mikhail yang diperagakan oleh model-model on that day. Allahu, model pun sangatlah cantik. Jatuh cinta sekejap.

Mia Mikhail Fashion Show - 6Team #PBAngels bersama-sama dengan Puan Hana Mokhtar. Thank you sangat to Mia Mikhail yang sudi menjemput kami semua.

Mia Mikhail Fashion Show - 5Siap dapat paper bag yang ada special gift from Mia Mikhail lagi. Nampak tak muka bengkak Mama, yang tidak boleh hendak senyum sangat tue? T_____T

Mia Mikhail Fashion Show - 1Jangan lupa datang butik Mia Mikhail yang pertama, terletak di Vista Alam, Shah Alam, Selangor ini. You all boleh dapatkan koleksi telekung sembahyang ekslusif from Mia Mikhail di butik Mia Mikhail. Banyak lagi telekung-telekung sembahyang yang dikeluarkan oleh Mia Mikhail.

Alhamdulillah, syukur…:) For those yang bertanya, ataupun mungkin akan ada yang bertanya, jubah yang Mama pakai itu adalah from Calaqisya, and shawl is from Shawl By VSnow. And yang pasti, Mama akan make sure untuk sarungkan Premium Beautiful di dalam, supaya badan Mama sentiasa kemas, dan mengurangkan kadar sakit pinggang ketika duduk yang terlampau lama. Haha!

Insya Allah, kita berjumpa lagi untuk entry yang akan datang ya. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Sambil itu, you all boleh enjoy video yang Mama rakan ketika event ini berlangsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *