Tips Hasilkan Gambar Produk Sendiri

Antara yang Mama suka apabila berniaga, apabila kita dapat mencetuskan kreativiti masing-masing dalam berniaga. Especially bab-bab dalam menghasilkan gambar product yang cantik-cantik dan kreatif.

Perlu kah ambil gambar product sendiri walaupun syarikat / HQ telah pun menyediakan gambar-gambar product untuk kita?

Perlu kah kita menghasilkan sendiri gambar product yang cantik-cantik apabila hendak berniaga?

Bagi Mama, terpulang pada masing-masing. Kalau hendak mudah, tidak perlu. Boleh guna apa-apa materials yang telah disediakan oleh pihak syarikat / HQ / kumpulan berniaga masing-masing.

Cuma, menghasilkan gambar produk sendiri dengan kreativiti masing-masing (walaupun pada awalnya, mungkin tidak cantik and biasa-biasa sahaja), adalah merupakan satu usaha. Walaupun usaha ini nampak biasa-biasa, namun, sebenarnya, itulah yang menjadikan you all unik dan nampak lain. Walaupun you all cuma berniaga product orang lain.

Sama seperti Mama, seperti yang you all tahu, Mama berniaga product Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) sepenuhnya. Kebanyakan gambar product yang Mama jual, memang HQ ada sediakan. Cuma, Mama lebih suka untuk ambil gambar product yang Mama jual, dan hasilkan gambar yang cantik melalui kreativiti Mama yang tidak seberapa.

So, melalui kreativiti Mama yang tidak seberapa ini, Mama ingin berkongsi beberapa tips untuk menghasilkan gambar product you all sendiri. Tanpa menggunakan alatan mahal, simple dan mudah.

Peralatan yang you all perlukan:

  1. Camera. Camera ini terpulang. Mama selalunya guna camera pada handphone Mama. Ketika entry ini ditulis, Mama masih menggunakan iPhone 6 Plus. Sekarang ini, banyak brand smartphone yang menyediakan camera yang berkualiti. Pilih ikut budget masing-masing.
  2. Product yang you all jual. Of course lah kan? Hendak ambil gambar sendiri, kena lah ada product dalam tangan. Tidak perlu banyak pun. Cukup 1-2 product di dalam tangan, sebagai permulaan untuk bermula. Mudah untuk kita ambil gambar, dan sebagai kegunaan sendiri. Penting juga untuk kita share pengalaman kita menggunakan product yang kita jual, kan?
  3. Background. Background ada banyak yang you all boleh guna untuk ambil gambar product you all. Meja berwarna putih, kain berwarna putih, carpet berbulu-bulu (did I say this correctly? ^^;;) or any background yang you all suka. Sometimes, boleh juga ambil gambar product dengan menggunakan background rumput di kawasan perumahan you all. Pastikan bersih sahaja lah, ya?
  4. Lighting yang cukup. Lighting paling cantik adalah pada waktu siang. Kalau boleh, elakkan ambil gambar product di bawah cahaya lampu untuk mengelakkan terjadinya shadow pada product you all. Dan untuk mengelakkan terjadinya sinaran cahaya daripada product, especially product yang menggunakan bekas yang agak glossy.
  5. Editing apps. Untuk smartphone, Mama suggest boleh guna apps Snapseed untuk edit gambar you all. Untuk tambah text yang cantik-cantik dan kemas, boleh guna apps Studio. Tapi, you all boleh juga try mana-mana free editing apps yang available pada smartphone you all. Yang penting, kena selalu try and error.

So, sudah ada peralatan yang diperlukan? Let’s take some good pictures of our products.

Antara smartphone yang menyediakan camera yang mampu menghasilkan gambar yang berkualiti dan terang. Gambar from Google.

Langkah 1:

Pilih background yang cerah atau berwarna yang pastel. Sebab, point utama kita adalah kepada products yang kita hendak jual. Bukannya pada background. Tapi, backgrounds yang cantik pun sangat perlu, cuma jangan terlampau terang sehingga overshadow products kita.

Gambar from Google.

That’s why, selalunya kalau kita tengok mana-mana flatlays yang orang buat, background mereka selalunya berwarna putih, light grey, cream or pastel colours. Sebab mereka mahu, orang yang melihat gambar flatlays tersebut, terus pandang pada items yang mereka pamerkan. Bukan pada backgrounds. Background perlu simple tetapi cantik.

Antara background yang you all boleh pilih. Tetapi, apa-apa yang ada di rumah you all pun sebenarnya you all boleh guna sebagai background. Lantai berwarna putih, kain putih, even kertas mahjong yang besar pun boleh. Kena creative sahaja. Gambar from Google.

Untuk entry ini, Mama pilih one of my favourite backgrounds. Selalu sangat Mama guna background ini bila Mama ambil gambar product. In case kalau you all perasan lah. Haha!

Background ini, senang sangat hendak buat. Mama beli marble sticker ini di Carousell. Boleh search ‘marble sticker’. Nanti macam-macam yang akan keluar. Banyak juga pilihan lain. And lepas itu, boleh lekat marble sticker ini pada papan yang you all ada. Atau mana-mana meja yang you all hendak buat sebagai background.

So, sudah pilih background? Let’s go to the next step.

Langkah 2:

Letak background berdekatan dengan cahaya semulajadi. Cahaya semulajadi, adalah cahaya matahari. Of course, jangan letak direct bawah cahaya matahari. Just letak tepi tingkap pun okay. Untuk dapatkan lighting yang natural.

Mama memang tidak sarankan untuk letak bawah cahaya lampu, sebab dikhuatiri gambar you all akan jadi macam ini.

Faham kan? Kalau sudah faham, jom kita tengok langkah seterusnya.

Langkah 3:

Letak product you all di atas background. Ketika ini, boleh susun dan atur product you all bersama dengan prop / hiasan yang you all ada. Seperti bunga, buku dan macam-macam lagi. Ketika ini, kena banyak try and error. Kena banyak tengok gambar-gambar product orang lain, untuk dapatkan inspirasi.

Yang penting, kena extra rajin sedikit untuk study bagaimana orang lain ambil gambar product mereka. So, kita apply dengan bahan yang kita ada.

Langkah 4:

Mula ambil gambar product you all. Pastikan angle you all ambil, tegak dari atas, iaitu 90 darjah. Jangan senget. Sebab kita hendak ambil gambar product nampak flat atas background tersebut.

Ataupun, jika you all ambil gambar dari hadapan, maksudnya, product tersebut berdiri atas background, berlatar belakang kan background lain, pastikan juga you all ambil betul-betul dari pandangan hadapan. Jangan senget ambil dari atas.

Gambar from Nurul Alia.

You all boleh lebihkan bahagian kosong di mana-mana yang you all akan tambah text kemudian. Nasihat Mama, ambil banyak-banyak gambar pun tidak mengapa. Later, you all boleh pilih yang mana you all berkenan and cantik pada mata you all.

Gambar from Google.

Tips untuk ambil gambar supaya gambar nampak terang dan jelas, selain daripada lighting yang cukup, adalah menggunakan timer pada camera handphone you all.

Untuk photographer yang level nya adalah bawah amatur macam Mama, memang Mama akan gunakan timer, supaya by the time Mama press button capture pada camera handphone Mama, ada beberapa seconds untuk Mama tidak menggerakkan tangan Mama dan untuk bagi masa pada camera handphone untuk focus pada products.

So, this tips sangat membantu untuk mengelakkan gambar blur, gambar bergerak-gerak. Gunakan timer pada camera handphone you all.

Langkah 5:

Sudah ambil gambar? Good. Now, kita perlu edit gambar kita untuk nampak lebih cantik dan cerah. So, seperti yang Mama sarankan, untuk edit gambar bagi nampak cerah dan cantik, boleh guna apps Snapseed.

Boleh download apps ini melalui handphone masing-masing. Gambar from Google.

Some of the tools yang you all boleh guna dalam Snapseed.

Brush

Nampak kan perbezaannya? You all pun boleh cuba.

Curve

Senang kan? Yang penting, banyakkan practise, untuk biasakan diri dengan apps Snapseed tersebut. No worries, apps Snapseed ini adalah percuma. Haha, kan jimat tue?

Jangan lupa save selepas edit ya.

In case you all ada Adobe Photoshop pada laptop / computer you all, you all boleh juga edit guna Adobe Photoshop untuk edit gambar you all.

Langkah 6:

Untuk tambah text pada gambar you all, ambil gambar yang sudah di edit kecerahannya dan kecantikkannya, and you all boleh guna favourite apps Mama ini iaitu Studio. Memang favourite sungguh. Mama selalunya tambah text dan info guna apps ini.

My favourite fonts ada 2, iaitu:

  • Bebas Nue: Untuk buat nama product / title.
  • Abel: Untuk tambah info-info tambahan.

Nampak kemas kan? You all boleh juga pilih fonts lain. Ikut mana yang you all berkenan.

Pastikan, jangan lupa save selepas sudah tambah text. And, satu nasihat Mama, untuk elakkan gambar you all selalu diambil orang, pastikan tambah nama dan nombor telefon you pada gambar tersebut. Ataupun, boleh tambah website you all ker, kan? So that, people can always go back to your website, ataupun contact you all, jika terjumpa gambar product you all di mana-mana.

Langkah 7:

Yeay, sudah siap. So, you all sudah berjaya hasilkan gambar product you all sendiri. So, sudah boleh publish gambar you all sendiri.

Good job!

Beberapa contoh gambar product yang diambil oleh Mama, and Mama edit sendiri. Insya Allah, you all pun boleh ambil gambar product you all sendiri. And edit ikut yang you all suka.

Nampak renyah kan? Tapi, sebenarnya, itu pun merupakan satu extra effort untuk menjadikan diri you all unik dan nampak lain. Since ramai peniaga yang berniaga product yang sama, jadi, memang kita perlu letak extra effort untuk menjadikan kita nampak lain di mata customers.

My father pernah berkata, bukan effort banyak mana pun. Just put a bit of extra effort, buat selalu, Insya Allah, boleh berjaya. Jadi, mulakan dengan extra effort ini, lama-lama you all akan nampak business you all jadi lain. Walaupun, you all bermula secara kecil-kecilan.

Sudah ada modal besar esok, boleh hire professional photographer untuk ambil gambar products you all. Terpulang.

So, Mama harap, tips-tips ini dapat membantu mana-mana peniaga yang baru bermula, yang modalnya kecil dan tidak besar mana, untuk berniaga. Mama doakan semoga perniagaan you all semakin maju.

Aamiin.

Kalau rajin, boleh comment say ‘thank you’ / ‘terima kasih’ di ruangan komen. And kalau lagi rajin, boleh share entry ini ya.

Terima kasih banyak-banyak daripada Mama…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...