5 Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Sebenarnya, Mama pernah menulis tentang bagaimana Mama sendiri menjayakan penyusuan susu ibu untuk anak pertama Mama sehingga 2 tahun. Cuma, penulisan tersebut di dalam blog Mama. So, untuk blog ini, Mama akan compile beberapa tips yang Mama sendiri amalkan untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk kedua-dua anak Mama (Syahir dan Inas).

Tips-tips ini adalah berdasarkan pengalaman Mama sendiri. Mama sendiri pun memang memang sebenarnya, satu cabaran untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. So, kepada ibu-ibu di luar sana, yang sentiasa struggle untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan, no worries. Mama faham. Hang in there. You can do it.

So, di sini, Mama kongsikan tips-tips Mama ya.

TIPS 1: ILMU.

Sentiasa ambil ilmu. Dan tambahkan ilmu penyusuan susu ibu dari masa ke semasa. Mama sangat stress tentang ilmu. Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, you need to read a lot about breasfeeding. Kalau boleh, hadir lah ke kelas penyusuan susu ibu untuk lebih faham.

TIPS 2: PAM SUSU

Pastikan you all dapatkan pam susu yang sesuai. Pam susu memang ada banyak jenama di luar sana. So, as usual, do a lot of research. Boleh juga join any breastfeeding group di dalam Facebook group, and bertanyakan pada ibu-ibu di dalam sana, which brand yang mereka suka. Lain ibu, lain brand.

Sangat penting untuk dapatkan pam susu yang tidak menyakitkan breast you all, and dalam masa yang sama, boleh pam dengan efektif. Mama dahulu memang tidak ambil tahu sangat tentang pam susu, so, memang pakai beli sahaja. Ketika itu, sedang pregnant kan Syahir, anak pertama Mama. And bila sampai masa guna pam susu tersebut, memanglah sakit. And susu pun tidak keluar. Mama sempat guna 2-3 kali sahaja pam susu tersebut.

Finally, Mama try buat sedikit research tentang pam susu. Ada banyak jenama seperti Medela, Spektra and many more. Finally, Mama decide untuk beli Medela Freestyle. Sebab senang untuk pam susu jika stuck dalam traffic jam, or hendak pam susu di mana-mana pun boleh.

Mama juga beli pam susu Medela Harmony (pam manual) untuk back up jika my Medela Freestyle buat hal. Alhamdulillah, syukur…:) Dari anak pertama, sehingga anak kedua, pam susu Medela Freestyle tidak memberikan any masalah kepada Mama.

So, pastikan you all buat sedikit research tentang pam susu. Yang bersesuaian dengan budget you all.

TIPS 3: STOK SUSU

Stok susu sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu. You will never know when you need the milk stocks. Stok susu perlu disediakan seawal ketika you all berpantang. Sebab waktu tersebut, memang susu melimpah keluar. Waktu you all tengah breasfeed baby you all, you all boleh pam susu untuk sebelah breast.

Buat stok sebanyak yang boleh waktu tengah berpantang, supaya waktu masuk kerja, you all tidaklah kalut untuk sediakan stok susu.

Sentiasa biasakan baby you all minum stok susu juga, untuk memudahkan you all tinggalkan baby you all pada pengasuh / nursery jika you all masuk kerja nanti. Boleh belajar untuk practise supaya baby minum stok susu through bottle.

TIPS 4: JADUAL PAM SUSU

Sediakan satu jadual pam susu. Penting untuk sentiasa follow jadual pam susu ini. Especially apabila you all sudah masuk kerja nanti. Normally, jadual pam susu ini akan berubah, mengikut masa you all. Cuma, pesanan Mama, always follow jadual pam susu. Jadual pam susu ini sangat penting, untuk memastikan kekerapan you all pam susu.

Konsep penyusuan susu ibu, selagi mana kita sentiasa breastfeed baby kita, selagi mana kita sentiasa pam susu, selagi itulah susu badan dihasilkan. So, sebab itu, you all kena ada satu jadual pam susu. Jika kita kerap kosongkan breast kita, Insya Allah, the more milk your body will produce.

Mama kongsikan jadual pam susu Mama, ketika Mama menyusukan Syahir. Waktu Mama menyusukan Inas, jadual Mama a bit berubah here and there, sebab Mama sudah pun berniaga Premium Beautiful secara full time. So, mostly, Mama akan pam ikut masa Mama free.

Jadual yang Mama kongsikan ini adalah jadual pam susu ketika Mama bekerja dahulu. So, Insya Allah, mana tahu berguna untuk you all.

  • 4.00 – 5.00 pagi: Power pumping session.
  • 5.00 – 6.00 pagi: Breastfeed Syahir, untuk kosongkan breast sebelum pergi kerja.
  • 10.00 – 11.00 pagi: Pam susu untuk sesi pertama. Boleh cari tempat sesuai untuk you all pam susu di office you all.
  • 3.00 – 4.00 petang: Pam susu untuk sesi kedua.

Selalunya, Mama akan pam susu 2 kali di tempat kerja. Jika you jenis balik kerja lambat, pastikan you all sediakan satu lagi slot masa untuk pam susu. Which is, mungkin between jam 7.00 – 8.00 malam. Normally, waktu tersebut, Mama sudah pun berada di rumah. So, waktu tersebut, memang Mama akan mengambil peluang untuk menyusukan Syahir.

Untuk weekend, Mama tetap pam susu selagi boleh. Selalunya, Mama akan pam susu selepas breastfeed kan Syahir. Untuk banyakkan stok susu.

TIPS 5: MILK BOOSTER

Selalunya, waktu kita sedang berpantang, memang susu badan akan melimpah ruah. Ini berdasarkan pengalaman Mama. Tetapi, apabila kita masuk kerja, susu badan mungkin akan mula merundum. Disebabkan kita stress dengan tempat kerja, ataupun terkejar-kejar masa untuk pam susu.

Bagi Mama, jika you all sentiasa jaga makan, jaga jadual pam susu, sentiasa kosongkan breast, Insya Allah, you tidak perlu any milk booster pun. Cuma di sini, Mama akan kongsikan satu milk booster yang Mama amalkan sepanjang penyusuan susu ibu.

Iaitu, power pumping. Mama ada ceritakan tentang power pumping dengan detail di sini: Premium Beautiful Tingkatkan Kuantiti Susu Badan. So, you all boleh baca apa itu power pumping, dan bagaimana untuk melaksanakan power pumping. Power pumping sebenarnya adalah salah satu teknik untuk memperbanyakkan susu badan you all.

And you all boleh juga amalkan any milk booster yang ada dalam pasaran. As for me, ada juga customer Mama yang mengamalkan Min Kaffe sebagai milk booster mereka. Mama sendiri pakai Premium Beautiful, untuk memastikan aliran susu badan lancar. Apa-apa pun, ada banyak milk booster di luar sana. Boleh buat sedikit research, pilih mana yang you all rasa hendak cuba.

Cuma, seperti apa yang Mama katakan di atas. Selagi breast you all kerap dikosongkan, selagi you all jaga jadual pam susu, jaga pemakanan, Insya Allah, you all tidak perlukan any milk booster pun.

So, itu sahaja tips dari Mama, bagaimana untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Tips-tips ini adalah asas sahaja. Ada banyak lagi tips yang you all akan belajar, sepanjang journey you all menjayakan penyusuan susu ibu.

Nasihat Mama, kurangkan rasa stress apabila pam susu, tetapi susu kurang. Kerapkan pam susu. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. And, enjoy the journey…:)

Mama ucapkan, selamat berjaya, and have fun, kepada ibu-ibu yang dalam perjalanan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. You guys can do it. Insya Allah. Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...