Trip To Islamic Arts Museum Malaysia

“The best introduction to art is to stroll through a museum.
The more art you see, the more you’ll learn to define your own taste.”
~ Jeanne Frank

It was my sister’s idea to bring all of our children to visit a museum during the long school holiday. So, last year, the year of 2022, the month of December, we decided to bring our children to visit The Islamic Arts Museum Malaysia.

I have never been to this museum. So, I don’t really know what to expect. Mama nasihatkan you all, kalau hendak melawat any museum, keluarlah awal pagi. So that you all boleh parking dekat dengan museum tersebut. Parking untuk museum ini senang sangat.

Waktu museum ini beroperasi, bermula jam 9.30 pagi. So, waktu kami sampai, just nice museum baru buka. Orang tak ramai, nak tengok satu-satu artifak pun mudah. Tak berebut dengan orang lain. You all boleh check harga tiket untuk masuk ke museum di website rasmi: https://iamm.org.my/. Don’t worry, harga tiket masuk tak mahal mana pun. Berbaloi sangat.

My first impression, building dia sangatlah cantik. Seni bina bahagian dalam bangunan pun cantik. Our first location yang we all pergi adalah bilik keris. Memang ada satu bilik / ruang yang besar just untuk pameran keris sahaja. Segala information tentang keris, you all boleh dapat di sini.

Anatomy of a keris.

Some of the weird carving of a keris.

Museum nie ada beberapa tingkat, and setiap tingkat, ada pameran yang berlainan dengan tingkat yang lain. Ada pelbagai jenis artifak yang mempunyai kesenian Islam. Ada pameran mini scales of masjid all over the world, ada pameran fabrik, head pieces, pameran senjata, pinggan mangkuk, wang dan pelbagai lagi. Kalau Mama nak list di sini, memang tak terdaya nak list semua. Memang lebih baik you all pergi visit sendiri.

This museum has a dedicated room that called, ‘The Ottoman Room’ Senibina dalam bilik ini, Masya Allah, cantik sangat. Tapi, tak boleh masuk dalam. Just tengok dari luar sahaja.

In case you all hendak tahu, this is what they called ‘Pengibas Lalat’. Bukan main zaman dahulu kala, pengibas lalat pun fancy sangat.

You know, my husband had to do this. Sama tak?

Obviously, Mama hanya ambil gambar yang Mama rasa agak pelik dan menarik. Kalau you all hendak tahu, ada banyak lagi artifak yang menarik di museum ini. Jemput datang visit museum nie kalau boleh yer. Memang menarik sangat…👍🏻

Kat tingkat paling bawah, ada souvenir shop untuk you all nak shopping. Ada penanda buku, fridge magnets and books regarding artifacts yang ada di museum. Actually, ada juga benda lain yang dijual, cuma Mama pun tak berapa ingat…😂 Tapi, souvenir shop nie besar juga lah.

Toilet yang disediakan pun besar dan sangat selesa.

By the time we all hendak balik, memang museum nie pun dah mula penuh. Ramai sangat orang. Sebab tue Mama pesan siap-siap, datanglah awal kalau you all jenis tak suka crowd.

Did my children enjoy the time they visit this museum? Absolutely. Banyak sangat soalan yang mereka tanya bila mereka tengok all these beautiful artifacts.

Insya Allah, Mama plan, nak bawa my children untuk visit other museums pula bila ada cuti sekolah yang panjang nanti…😀

Until then, semoga kita semua berjumpa di entry yang akan datang. Jaga diri yer, semua…😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...