Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. & Para Sahabat R.A.

Alhamdulillah, syukur…:)

Dapat juga Mama update blog Mama. And Alhamdulillah, untuk entry kali ini, Mama ingin berkongsi tentang satu pameran yang agak menarik. Kerana ia nya berkaitan dengan Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, syukur. Mama berpeluang untuk melihat pameran artifak yang dahulunya, adalah kepunyaan Baginda Rasulullah S.A.W. dan juga kepunyaan para sahabat R.A. Pameran artifak ini diadakan di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah.

We all bertolak awal pagi Sabtu, 8hb April 2017. We all expect crowd mesti ramai, since it’s weekend.

Sudah sampai, wajib ambil gambar dahulu. Haha!! Can you see Syahir’s cheeky face? abar jer lah kan.

Penutup Makam Rasulullah S.A.W.

Panah / busur yang pernah digunakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Mama bukannya pandai sangat sejarah Islam. Jadi apabila melihat pameran artifak ini, banyak sangat benda yang dapat Mama belajar. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Ustaz di mana majlis ilmu yang Mama hadir setiap hari Jumaat pernah berkata, kita, sebagai umat Islam, digalakkan untuk menggunakan tongkat. Bukan kerana untuk menunjukkan kita sakit, kita penat atau tidak larat. Tetapi, untuk supaya kita tidak berasa bongkak dan angkuh dengan keadaan kesihatan kita.

Capal dan serban kepunyaan Baginda Rasulullah S.A.W. Bayangkan, artifak ini sudahpun berusia lebih 1000 tahun. Boleh bayangkan tak? Allahu.

Kagum sekejap dengan kitab tulisan tangan. Subhanallah.

Artifak kepunyaan cucu-cucu kesayangan Baginda Rasulullah S.A.W., Saidina Hassan dan Hussin R.A. Kalau baca kisah-kisah cucu-cucu kesayangan Baginda Rasulullah S.A.W., boleh mengalir air mata. Allahu.

One thing apabila melihat pameran artifak Rasulullah S.A.W. ini, Mama rasa dekat sangat dengan Baginda Rasulullah S.A.W. kita sendiri. Of course, jika berpeluang, jika berduit, jika mampu, you all boleh pergi menunaikan umrah dan melawat makam Rasulullah S.A.W. di Madinah sana. Cuma, pameran ini, adalah yang terhampir dengan kita. Membuatkan Mama rasa sebak sangat-sangat.

Bayangkan, esok-esok bila kita mati, bila kita dibangunkan ketika di akhirat esok, kita memerlukan syafaat Nabi Muhammad S.A.W. untuk membantu kita supaya pengakhiran kita lebih baik. Insya Allah.

Insya Allah, jika berpeluang, Mama memang teringin sangat untuk menjejakkan kaki Mama sekali lagi ke bumi Makkah dan Madinah. Untuk sekali lagi melawat makam Baginda Rasulullah S.A.W. Ya Allah, izinkanlah hamba-Mu ini untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan Madinah. Ya Allah, izinkanlah, Ya Allah. Ya Rabb Al-Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *