Perubahan 3 Aspek Dalam Diri

I’ve made a live video in my Facebook account regarding this topic. But, as usual, I would love to write more about this. Sebab, Mama rasa, apabila kita mampu ubah 3 aspek ini dalam diri kita, Insya Allah, hati kita lebih tenang. Kehidupan kita lebih bahagia.

Apakah 3 aspek dalam diri kita yang perlu kita ubah setiap hari, setiap masa?

  • Fizikal
  • Minda
  • Hati

Banyak lagi yang kita perlu ubah setiap hari, tetapi, apa-apa pun, let’s start with these 3 aspects, shall we?

Fizikal

Dari segi fizikal, apa yang kita kena ubah? Terpulang pada diri sendiri, Ada yang kata, tidak perlu ubah apa-apa, sayangilah diri sendiri. As for me, selagi mana ia memudaratkan kepada kesihatan kita, then change. Maksudnya, if pemakanan kita tidak mendatangkan kebaikan pada badan kita, pada fizikal kita, then ubah pemakanan kita ke arah yang lebih baik.

Fizikal ini berkait rapat dengan kesihatan kita. Tidak sepertinya kurus itu sihat, dan tidak semestinya cantik itu sihat. Yang penting, fizikal kita, sama ada luaran dan dalaman kita, dalam keadaan baik, dan tidak memudaratkan kita.

Ubah selagi boleh. Selagi mampu.

Jika berbadan besar memudaratkan kita, menyukarkan kita untuk mendirikan solat dengan khusyuk, selalu sakit lutut, then ubah. Hendak ubah macam mana? Terpulang. Cuma jangan sampai memudaratkan badan kita. Jangan sampai fizikal kita sakit.

Insya Allah, bila kita sentiasa ubah fizikal kita ke arah yang lebih baik, kita pun akan lebih gembira sebenarnya. Kita bebas bergerak. Kita bebas untuk buat aktivoto seharian kita. Ubah fizikal ini bukan ikut pada orang lain. Tapi, ikut apa yang Allah suka dengan kita. Ini termasuk dengan aurat kita. Pelihara aurat kita selagi boleh.

As usual, kalau hendak mula jaga badan, boleh mula pakai Premium Beautiful. Premium Beautiful ini sebenarnya salah satu alternatif untuk kita hendak jaga luaran dan dalaman badan kita. Hehe! Sorry kalau Mama iklan pula dalam entry ini. Mama cuma ingin berkongsi apa yang Mama suka pakai untuk jaga badan. Tapi, jangan pula bila badan sudah cantik, aurat kita tidak cantik. Sama-sama kita pelihara aurat kita ya.

Minda

Apa yang perlu kita ubah minda kita? Biasa dengar kan, kalau hendak dapat baik-baik, fikirlah yang baik-baik. Bersangka lah yang baik-baik.

Benar.

Hendak nampak yang baik, hendak dapat yang baik-baik, kena selalu latih minda kita, otak kita, untuk sentiasa fikir yang baik-baik. Kena sentiasa bersangka baik, walaupun yang datang pada kita adalah yang kurang baik.

Bagaimana hendak latih minda kita sentiasa fikir yang baik-baik?

Sentiasa ingat Allah. Bila bangun pagi, ucapkan lah ‘Alhamdulillah’. Tanda syukur kita masih hidup atas izin Allah. Kita latih minda kita untuk nampak benda baik apabila kita buka mata.

Hendak latih minda untuk sentiasa bersangka baik bukanlah satu perkara mudah. Kerana kita manusia. Tapi, sebenarnya, kita boleh. Latih sedikit demi sedikit. Kalau sesekali kita terlepas daripada bersangka baik, latih diri kita untuk terima kekurangan diri kita. Minta ampun dengan Allah.

Insya Allah, makin lama, dunia ini kita akan nampak tenang sahaja, walaupun sebenarnya kehidupan kita memang sibuk. Minda kita akan lebih tenang dan tidak serabut. Kita kurang fikirkan tentang orang lain, melainkan memikirkan apa lagi yang kita boleh improve tentang diri kita.

Insya Allah. Insya Allah.

Hati.

Allahu. Aspek terpenting dalam diri kita. Hati kita.

Bagaimana untuk sentiasa latih hati kita supaya dalam keadaan bersih? Ingat Allah. Minda kita fikir Allah, hati kita ingat Allah. Ingat Allah selalu.

Bangun pagi, fizikal kita buka mata, fizikal kita capai handphone. Minda kita terus fikir, baju apa hendak pakai hari ini, apa hendak buat hari ini. Hati kita, kosong. Langsung tidak teringatkan Allah yang masih beri keizinan pada kita untuk masih hidup pada hari ini.

Allahu.

Latih. Semuanya bermula dengan latih.

Apabila kita latih hati kita ingat Allah selalu, minda automatic akan fikir apa Allah akan fikirkan tentang kita. Apa perbuatan kita, yang boleh meraih kasih sayang Allah. Fizikal kita, kita jaga sebaik mungkin, supaya lebih senang dan mudah untuk beribadat kepada Allah.

Sentiasa latih dan ubah supaya ketiga-tiga aspek ini memberi kebaikan dalam diri kita. Semoga fizikal kita kuat kerana Allah. Semoga minda kita sentiasa fikir apa Allah fikir tentang kita. Semoga hati kita ingatkan Allah selalu.

Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *