Pesanan Mentor Saya

Alhamdulillah, syukur…:)

Agak lama juga Mama tidak menulis entry yang berunsurkan motivasi. Bear in mind, entries yang berunsurkan motivasi, bukanlah bermaksud Mama sangat hebat, atau sangat pandai. No. Sometimes, or most of the times pun, those entries are for me, untuk dibaca balik, ketika Mama mungkin sangat down, or whenever I need my motivation back. But, I do hope, some of the entries, especially motivational entries, boleh memberikan sedikit inspirasi buat pembaca blog Mama.

Allah. Banyak sangat Mama hendak tulis di sini, ever since bermula tahun 2016. Tidak tahu kenapa, Mama hendak sangat berhijrah untuk tahun 2016. Mama still dalam proses untuk revamping my blog, akan ada a few entries yang sudah tidak relevant, Mama akan delete from this blog. It’ll take times, but, good luck for me. #Hijrah2016. Apakah hijrah Mama untuk tahun 2016? Insya Allah, satu hari nanti, mungkin Mama akan share bits by bits, cuma Mama doakan penghijrahan Mama ini lebih consistent. Insya Allah.

Allah, semalam, waktu on the way balik ke rumah, after habis majlis ilmu, somehow, tiba-tiba air mata Mama mengalir. Mama sendiri tidak tahu kenapa. Terlampau banyak sangat Mama ahendak luahkan di sini, cuma tidak terkeluar as kata-kata. Hanya perasaan sahaja. Mungkin, sebab Mama teringatkan pesanan dan kata-kata my mentor yang sangat-sangat Mama sayangi.

CDM Kak AnaKenalkan, mentor Mama yang sudah lama tidak muncul di hadapan kami semua di majlis ilmu. Ini CDM Kak Ana. Maafkan kalau gambar CDM Kak Ana tidak bersedia. Mungkin Mama excited sangat sebab semalam, dapat duduk bersebelahan dengan CDM Kak Ana. masih terasa getaran dalam hati Mama waktu CDM Kak Ana tepuk-tepu peha Mama. Mungkin ia satu doa buat Mama. Kalau di kalangan kami, CDM Kak Ana, lebih dikenali sebagai seorang pakar motivasi, dan tersangatlah kuat dan kental semangatnya. Allah, beruntung sangat.

Waktu Mama bermula dalam business ini, almost 6 years back, every week di majlis ilmu, pasti akan ada wajah CDM Kak Ana. Slot untuks ession CDM Kak Ana ini selalu session kedua and paling last. CDM Kak Ana sentiasa akan bagi motivasi, dan recharge energy kami semua dalam business ini.

Majlis ilmu 27 Januari 2016 - 2Biasa lah kan, kita ini manusia biasa, sedangkan iman pun boleh bertambah atau berkurang mengikut keadaan, apatah lagi semangat kita dalam business. Memang Mama tidak nafikan, semangat Mama sometimes akan turun dan naik dalam perjuangan business Mama. And everytime pergi ke majlis ilmu, di sanalah Mama akan dapat suntikan motivasi dari CDM Kak Ana. Allah, memang satu anugerah buat kami semua, ketika CDM Kak Ana masih lagi aktif ketika itu.

Nowadays, CDM Kak Ana sedikit sebanyak sudah mengundurkan diri dan banyak menghabiskan masa dengan anak-anak beliau. Allah, suka sangat tengok kehidupan CDM Kak Ana. Berkorban gila-gila di waktu muda, waktu anak sedang kecil, now, walaupun masih berumur 40-an, punyai banyak masa untuk spend dengan anak-anak. And paling best, saving memang mantap. Allah, memang dream lifestyle Mama.

And somehow, Allah macam mendengar doa kami semua yang sangat rindu hendak dengar celoteh CDM Kak Ana. And semalam, CDM Kak Ana meluangkan masa beliau untuk menghadiri ke majlis ilmu. Just untuk bersama-sama dengan we all, and untuk menceritakan lagi pengalaman beliau.

Majlis ilmu 27 Januari 2016 - 1Allah, rindunya dengan CDM Kak Ana. Ibarat satu anugerah yang sangat besar dapat hadir ke majlis ilmu semalam.

Banyak sangat pesanan dan kata-kata from CDM Kak Ana yang Mama dapat jot down dalam buku nota Mama.

Salah satunya, yang paling Mama ingat, setiap kejayaan, ada pintunya. And kejayaan besar, takkan datang tanpa kejayaan kecil.

Nowadays, Mama lihat, ramai hendak ber business. Sebab mungkin sudah terbuka hati. Tetapi, tidak ramai yang boleh bertahan dalam satu-satu business. Always hendak cuba yang baru, and switch to another business. Allah, pesanan mentor saya, kejayaan bukanlah datang sekelip mata. Kejayaan mesti melalui proses. Ujian dan dugaan, memang akan sentiasa ada. Kalau tidak buat business pun, macam-macam ujian yang datang, apatah lagi bila kita berjuang dalam business, untuk menjadi kaya dan berjaya. Lagi besar ujian dan dugaannya. Kita hanya perlu yakin dengan jalan yang Allah dan tetapkan untuk kita, and kena sentiasa ada desakan diri untuk terus move forward.

Setiap peluang business yang datang pada kita, adalah salah satu peluang rezeki dari Allah buat kita. Mungkin doa kita dimakbulkan untuk sentiasa dimurahkan rezeki, cuma, perancangan Allah buat kita, itu yang kita tidak tahu. Percaya, dan didiklah hati kita untuk sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah buat kita.

And salah satu pesanan CDM Kak Ana, dalam kehidupan kita, memang kita kena banyak belajar. Cita-cita itu yang akan sentiasa bantu kita untuk capai kejayaan kita. Rendahkan ego untuk sentiasa belajar perkara baru. Mungkin sebelum ini kita memegang jawatan tinggi di tempat kerja, tetapi, bila kita berkecimpung di dalam business, hendaklah buang segala pangkat jauh-jauh, and belajar daripada mentor kita.

Banyak lagi yang Mama hendak tulis, tetapi, I believe this entry pun sudah terlalu panjang. Insya Allah, from time to time, Mama akan sentiasa menulis apa yang Mama belajar sepanjang perjalanan business Mama. Banyak sangat yang Mama perlu belajar lagi. Mama masih ada banyak benda yang Mama hendak capai.

Majlis ilmu 27 Januari 2016 - 3Insya Allah, Mama doakan kejayaan setiap pembaca blog Mama. Sama-sama kita berubah untuk tahun 2016. Mungkin, sudah sampai masanya kita perlu berbuat sesuatu untuk bantu ekonomi keluarga kita. Tahun 2016, adalah tahun yang sangat mecabar untuk ekonomi negara kita. Jangan mengeluh, kerana setiap masalah, pasti ada jalan penyelsaiannya. Terpulang kepada diri kita bagaimana kita hendak menyelsaikan masalah tersebut.

All th best semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *