Premium Beautiful Short Bra

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Premium Beautiful Short BraPremium Beautiful Short Bra ini, sebenarnya dalam siri Premium Beautiful juga. Cuma, ia bukanlah dikategorikan sebagai satu Premium Beautiful.

Design Premium Beautiful Short Bra, sama dengan design Long Bra. Cuma ia lebih pendek jika dibandingkan dengan Long Bra.

  • Mempunyai 3 keping jahitan cup bra berstereoskopik (jahitan tahan regangan).
  • Cup bra akan menolak ke atas, menyokong menetapkan kedudukan payudara.
  • Mempunyai rawan keluli (yang lembut) yang berfungsi untuk menetapkan dan mengukuhkan kedudukan payudara.
  • Sama seperti Long Bra, kalau pakai Premium Beautiful Short Bra, asset yang agak besar pun memang terletak elok. Tidak akan bergoyang-goyang walaupun kita berjalan dengan agak cepat. So, pemakaian Premium Beautiful Short Bra sesuai untuk wanita yang mempunyai asset yang agak besar.
  • Lace cup mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik cup bra ke bawah untuk mengeluarkan breast.
  • Pemakaian Premium Beautiful Short Bra juga mengurangkan masalah pengaliran susu badan tidak lancar, dan tidak menyebabkan bengkak susu. Susu badan, Insya Allah akan mengalir dengan lancar, selagi mana kita masih menyusukan bayi kita.
  • Sama seperti Long Bra, design cup Premium Beautiful Short Bra berbentuk piramid. Ia akan memberi ruang pengudaraan kepada asset dan tidak akan menekan nipple.
  • Bentuk ā€œUā€ yang direka khas pada bahagian belakang Long Bra membantu mengurangkan masalah lemak berbonjol-bonjol di bahagian belakang badan. Bahagian belakang akan menjadi lebih flat. Cuma, untuk bahagian bawah badan, lemak-lemak badan masih lagi akan kelihatan, kerana Premium Beautiful Short Bra tidak cover sampai ke bawah badan.
  • Mempunyai kuasa penyerapan yang baik. Maksudnya, kalau you all jenis kuat berpeluh, Premium Beautiful Short Bra akan membantu serap peluh you (yang di sekitar Premium Beautiful Short Bra sahaja), dan tidak akan meninggalkan sebarang bau yang masam.
  • Fleksibel dan boleh bergerak 360 darjah.

Cara pemakaian Premium Beautiful Short Bra.

  1. Tetapkan puting pada bahagian tengah cup bra.
  2. Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk.
  3. Tumpukan lemak breast ke dalam cup bra. You all boleh urut lemak-lemak sekitar bahagian belakang dan bawah ketiak, urut masuk ke dalam cup bra. Semasa urut, pastikan badan sentiasa membongkok 45 darjah (sekurang-kurangnya).
  4. Selaraskan tali bra (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali bra).
  5. Pastikan you all rasa selesa dan tidak berasa sesak.

Premium Beautiful Short Bra sesuai dipakai untuk daily basis, untuk yang memang tidak suka hendak pakai corset. Ibaratnya seperti gantikan bra-bra yang you all ada sebelum ini. Dan gantikan dengan Premium Beautiful Short Bra. Sekurang-kurangnya, pemakaian Premium Beautiful Short Bra ini dapat menjaga asset daripada jatuh, dan tidak menekan asset you all.

Mama selalu juga sarankan Premium Beautiful Short Bra kepada pregnant mothers dan breastfeeding mothers / ibu yang menyusukan bayi. Supaya tidak berlaku kejatuhan asset.

Premium Beautiful Short Bra ini juga sesuai untuk dipakai ketika bersenam. Asset terletak elok, and tidak bergoyang-goyang, walaupun you all tengah berzumba, ber aerobik, atau melakukan hardcore / extreme exercise sekalipun. Yang penting, asset you all lebih selamat dan dapat bernafas dengan baik.

Harga Premium Beautiful Short Bra:

  • NORMAL SIZE: RM 517 (Semenanjung Malaysia) | RM 519 (Sabah & Sarawak)
  • EXTRA SIZE: RM 568 (Semenanjung Malaysia) | RM 570 (Sabah & Sarawak)
  • Postage adalah percuma ke seluruh negara.

Bagaimana untuk tahu saiz Premium Beautiful Short Bra You all?

Ada 2 ukuran yang Mama perlukan untuk menentukan saiz Premium Beautiful Short Bra.

Pertama sekali, ambil ukur lilit puncak breast you all.

Kedua, ambil ukur lilit bawah breast you all.

Ukuran wajib di ambil di dalam CM ya. Bukan inci. Ukuran CM selalunya lebih kecil range nya. Jika berdasarkan gambar di atas, ukuran CM adalah di bahagian atas. Ukuran inci adalah di bahagian bawah.

Premium Beautiful Short Bra juga mempunyai teknologi Far-Infrared Rays (F.I.R.), sama seperti Premium Beautiful. Premium Beautiful Short Bra juga mempunyai jaminan seumur hidup. So, kalau ada sebarang kerosakan pada Premium Beautiful Short Bra, you all boleh hantar repair secara percuma. Sampai bila-bila. Sama macam Premium Beautiful.

KESAN KEPADA KESIHATAN JIKA SALAH MEMILIH SAIZ BRA.

A majority of women pick up bras that looks fancy and smart. Lace, net and underwire bras can be tempting to the eyes, but it is very important to pick up the right bra size for yourself. Many women are not aware of the side effects on health of wearing a wrong bra.

Wearing the wrong bra size can lead to many health problems. So, if your bra becomes loose or tight, it is an indication, that you need a new pair of bra for yourself. Wrong bra size not only damages the breast size and shape, but it can also lead to health problems like back pain and chest pain.

In worst cases, wearing wrong bra size can also lead to breast cancer. For example, if you wear tight-fitting bras, it blocks blood flow and this can lead to breast cancer.

Breast pain is a common sign to know that you are wearing a wrong bra size. Before buying a bra for yourself, check the type and size of it. Moreover, most of the women have the habit of wearing loose-fitting bras. Bras lose their elasticity after a few washes.

This can be bad for the breast as loose-fitting bras can damage the breast size and shape. So, if you do not want sagging or popping out breasts, you need to wear the right bra size. Check out the dangerous health effects of wearing a wrong bra size.

  • Breast pain. It is one of the most common health effects of wearing a wrong bra size. Tight-fitting bras that are not comfortable especially leads to breast pain.
  • Back pain. If you are wearing a wrong bra size, then be prepared to suffer from back pain.
  • Sagging breasts. Wearing a wrong size bra can spoil the breast shape and size. Instead of lifting it up and keeping in shape, the bra can sag your breasts and make them heavier.
  • Shoulder and neck pain. Shoulder and neck pain can be due to wearing the wrong bra size. It is one of the health effects of wearing the wrong bra size, so pick up the right size every time to avoid health complications.
  • Lymph nodes. Wearing a bra with a small cup size can lead to the failure of the lymph nodes. So, wear the right size of bra.
  • Breast size. If you do not wear fitting and comfortable bra size, your breast size will either increase or decrease.
  • Poor posture. Wearing a wrong bra size can spoil your posture. This also leads to back, shoulder and neck pain.
  • Breast cancer. This is one of the side effects of wearing a wrong bra size. Women must be very careful while picking up the bra size as one mistake can block blood flow and lead to breast cancer.
  • Skin abrasions. If you are wearing a pair of improper bra size, then you can develop skin abrasions in and around the breasts.

Taken from: http://www.boldsky.com/health/wellness/2013/health-effects-wrong-bra-size-033569.html

And Mama hendak share satu lagi artikel berkaitan dengan payudara kendur. Semoga bermanfaat untuk semua.

“Usah Bimbang Jadi Kendur”. Artikel ditulis oleh: Siti Zarinah Sahib

Ramai wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.

Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu.

Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang. Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.

Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

Dr. Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran. Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal,” katanya.

Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen. Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang. Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen. Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen. Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara,” katanya.

Menurut Dr. Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur. Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu. Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut. Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan. Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat,” katanya. Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan. Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

“Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu. Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya. Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman. Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza,” jelas Zaharah.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi. Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara.

Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

“Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

“Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing,” katanya.

Panduan menjaga payudara:

  • Jangan merokok
  • Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.
  • Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.
  • Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas.

Source: http://www.hmetro.com.my/articles/Usahbimbangjadikendur/Article

TESTIMONIALS

Untuk entry ini, Mama hendak berkongsi kepuasan pelanggan kami, yang telah pun membeli Premium Beautiful Short Bra sebagai pakaian dalaman harian.

Testimonial Premium Beautiful Short Bra - Sangat SelesaOh wah, customer beritahu yang Premium Beautiful Short Bra ini sangat selesa, sehingga rasa hendak beli 10 pasang terus. Haha!

Alhamdulillah, we are so happy to know that our customers are happy with our services and the product. Untuk sesiapa yang baru sahaja ingin mengenali Premium Beautiful, and masih belum mampu untuk membeli one complete set of Premium Beautiful, boleh cuba pakai Premium Beautiful Short Bra.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Premium Beautiful Short Bra, you all boleh contact Mama at:Ā  +60 19 – 4419 180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com. Jangan malu atau segan-segan ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *