Premium Beautiful – Ukuran, Pemakaian & Penjagaan

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

Untuk entry ini, Mama hendak terangkan, bagaimana untuk mengambil ukuran badan bagi satu set Premium Beautiful, cara pakai Premium Beautiful dan cara penjagaan Premium Beautiful.

Cara Mengambil Ukuran Badan Bagi 1 Set Premium Beautiful.

Mungkin ada yang masih belum tahu, sebenarnya, size Premium Beautiful ini bukannya ditentukan dengan size S, M, L atau XL. Maksudnya, ukuran badan perlu diambil terlebih dahulu untuk menentukan size Premium Beautiful you all. Sebab untuk setiap badan wanita adalah berlainan.

Ada yang berbentuk pear, apple, hourglass atau straight. So, ada banyak saiz Premium Beautiful untuk cater setiap saiz badan wanita. Setiap bahagian Premium Beautiful akan ikut bentuk badan you all. Sebab itu, Premium Beautiful amat menitik beratkan ukuran badan, untuk memastikan keselesaan pada pemakai, sepanjang masa. Supaya tidak tersalah saiz.

Sama ada you all hendak beli Premium Beautiful Classic (berwarna hitam) atau Premium Beautiful Elegance (berwarna silver grey), cara mengambil ukuran badan adalah sama.

Ada 4 ukuran yang you all perlu ambil. Setiap ukuran WAJIB dalam CM.

CM adalah bahagian atas, inci adalah bahagian bawah. Jangan you all confuse ya. CM ini lebih tepat kalau dibandingkan dengan inci. Jadi, pastikan setiap ukuran you all dalam CM.

Jika boleh, ketika ukuran diambil, minta ahli keluarga atau kawan terdekat untuk ambil measurement badan you all, sebab penting sangat untuk you all berdiri secara tegak ketika ambil measurement badan. Ala-ala macam ambil measurement baju lah juga.

Cara Ambil Measurement Premium Beautiful4 ukuran yang perlu diambil untuk menentukan saiz Premium Beautiful:

  1. Ukur lilit puncak payudara.
  2. Ukur lilit bawah payudara.
  3. Ukur lilit pinggang. Untuk bahagian pinggang, kalau boleh, ambil measurement pinggang pada area yang paling buncit. Selalunya pada area pusat.
  4. Ukur lilit punggung. Untuk bahagian punggung, kalau boleh, ambil measurement di area yang paling lebar dan paling puncak.

You all boleh bagi 4 ukuran ini kepada Mama, sama ada melalui: 019-4419180 (Izyan), atau email Mama at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com. Mama akan tentukan saiz Premium Beautiful you all, berdasarkan 4 ukuran yang diberi.

Untuk yang berada di kawasan berdekatan dengan Mama, Insya Allah, Mama boleh datang and ambil ukuran badan you all. Mama akan tentukan saiz Premium Beautiful and boleh tentukan harga sekali, berdasarkan saiz Premium Beautiful. Selepas itu, you all boleh decide untuk beli atau tidak. Ataupun you all boleh berbincang cara pembayaran dengan Mama. Jangan risau ya. Harga sentiasa boleh dirunding.

Untuk yang jauh, boleh follow step di atas untuk bagi 4 ukuran tersebut pada Mama ya. Mama akan tentukan saiz dan harga untuk Premium Beautiful you all.

CARA PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL.

Mama memang sangat tekankan untuk dapatkan Premium Beautiful daripada agent yang sah, yang terlatih dan masih lagi aktif. Sebab agent Premium Beautiful yang masih aktif, terlatih dan sah, akan mengajar you all bagaimana cara pakai Premium Beautiful dengan betul.

Penting sangat untuk tahu cara pakai Premium Beautiful yang betul, sebab dengan saiz yang betul dan cara pakai Premium Beautiful yang tepat akan membuatkan you all sangat-sangat jatuh cinta pada Premium Beautiful. You all akan rasa selesa untuk pakai lebih daripada 8 jam sehari, dan memang akan rasa hendak pakai tiap-tiap hari. Insya Allah, you all takkan simpan Premium Beautiful you all dalam almari…^^;;

And penting untuk tahu cara pakai Premium Beautiful yang betul, sebab untuk make sure you all alih lemak ke tempat yang betul, dan untuk terus kunci lemak supaya ia tidak lagi beralih dan membuai-buai. And untuk memastikan bentuk badan you all kekal cantik untuk jangka masa yang lama.

Secara ringkas, Mama akan terangkan sedikit demi sedikit bagaimana untuk sarungkan Premium Beautiful you all. Pemakaian Premium Beautiful dimulakan dengan memakai Long Girdle terlebih dahulu, kemudian, diikuti dengan Long Bra dan akhir sekali adalah Waist Nipper.

CaraPakaiLongGirdleCara pemakaian Long Girdle.

  1. Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar.
  2. Pakaikan seluar. Selalunya, sehingga ke bahagian pinggul, akan rasa ketat sedikit. So, you all boleh buka kekuda, kangkang kan sedikit kaki you all, untuk memudahkan you all tarik seluar sehingga ke atas.
  3. Masukkan tangan di bahagian belakang (punggung) dalam seluar. You all tarik lebihan lemak, terutamanya bahagian peha (selagi boleh masukkan tangan), dan tarik ke atas. Biar lemak tertumpu di bahagian belakang seluar (di bahagian punggung).
  4. Pastikan lubang udara rapat dengan Miss V kita. Jika ada ruang, you all boleh slowly tarik bahagian tepi (bahagian kelangkang) seluar ke atas, untuk merapatkan lubang udara dengan Miss V. Ini untuk mengelakkan supaya bahagian tersebut tidak melecet.
  5. Perbetulkan kedudukan seluar agar you all selesa.

CaraPakaiLongBraCara pemakaian Long Bra.

  1. Ada 2 cara untuk pakai Long Bra. Untuk yang tidak pandai cangkuk terus di bahagian belakang badan, boleh cangkuk dulu di bahagian depan badan. Dah alihkan Long Bra ke bahagian belakang badan. Untuk yang boleh cangkuk di bahagian belakang badan terus, boleh terus ke step seterusnya.
  2. Tetapkan nipple pada bahagian tengah cup bra.
  3. Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk. Selalunya, untuk awal-awal pemakaian, kita akan menggunakan cangkuk paling luar.
  4. Alihkan lemak di sekitar breast, dan masukkan ke dalam cup bra. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang badan dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cup bra).
  5. Selaraskan tali Long Bra (pastikan satu jari boleh melepasi bawah tali Long Bra).
  6. Pastikan you all rasa selesa dan tidak rasa sesak.

CaraPakaiWaistNipperCara pemakaian Waist Nipper.

  1. Letakkan Waist Nipper ke bahagian kiri depan badan. p
  2. Pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas.
  3. Pastikan bahagian belakang Waist Nipper berada di tengah-tengah bahagian belakang badan (di atas tulang belakang).
  4. Tali belakang diikat bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut. Jangan tarik terlampau ketat.
  5. Tarik tali ke depan dan cangkukkan mana-mana lubang yang sesuai. Atau you all boleh ikat seperti ikan riben.
  6. Pastikan you all berasa selesa dan tidak berasa sesak.

Untuk customer Premium Beautiful Mama, yang berdekatan dengan Mama, Mama akan datang ajar untuk fitting, dan Mama akan ajar cara pakai yang betul. Dan Mama akan pastikan you all dapat saiz yang tepat untuk badan you all.

Untuk customer Premium Beautiful Mama, yang tinggal berjauhan dari lokasi Mama, Mama akan ajar cara pakai Premium Beautiful melalui call / video call. Yang penting, you all selesa dengan saiz Premium Beautiful.

Kalau you all ada any question mengenai pemakaian Premium Beautiful, boleh contact Mama at: +60 19 – 4419 180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com.

CARA PENJAGAAN PREMIUM BEAUTIFUL.

Actually, penjagaan Premium Beautiful ini bukanlah susah mana sangat pun. Cuma kalau tidak dijaga dengan betul-betul, Premium Beautiful boleh rosak and tidak akan bertahan lama.

Panduan Memilih Pencuci / Losyen:

  1. Gunakan syampu atau losyen yang disyorkan sahaja. Normally, Mama akan syorkan Premium Beautiful Natural Wash sahaja.
  2. Gunakan losyen yang beralkali lemah atau neutral.
  3. Jangan menggunakan pemutih klorin.
  4. Meletakkan pakaian dalam ke dalam air setelah syampu atau losyen melarut dengan air sepenuhnya.
  5. Rendam dan cuci secara berasingan dengan pakaian lain terutamanya pakaian yang berwarna. Kalau boleh, cuci Premium Beautiful dalam satu baldi yang berasingan dengan pakaian lain.

Penjagaan Premium BeautifulPanduan Mencuci:

  1. Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh.
  2. Suhu air di antara 30°C – 40°C. Jangan sesekali menggunakan air panas.
  3. Tuangkan 1-2 penutup botol Premium Beautiful Natural Wash ke dalam air dan rendamkan pakaian ke dalam air selama 10-15 minit.

Cuci:

  • Bersihkan secara lembut pada bahagian yang kotor. Hanya perlu gosok-gosok manja sahaja.
  • Jangan sesekali memberus Premium Beautiful.

Bilas:

  • Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.
  • Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.
  • Tidak boleh diperah dengan tangan.

Perahan:

  • Jangan perah Premium Beautiful. Sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang ada pada Premium Beautiful you all.
  • Kemudian, kemaskan bentuk Premium Beautiful kepada bentuk asal.
  • Keringkan pakaian dalam anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkan dari pancaran matahari.
  • Jangan seterika Premium Beautiful.

Panduan Menjemur:

  1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.
  2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
  3. Jemur di tempat udara mengalir.
  4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

Beberapa LARANGAN PENTING!

  1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.
  2. Dilarang menjemur Premium Beautiful di bawah sinaran cahaya matahari, kerana dikhuatiri akan merosakkan Far-Infrared Rays yang ada pada Premium Beautiful.
  3. Dilarang menggunakan seterika. Rosak nanti fabrik Premium Beautiful you all…T____T
  4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh. Fabrik akan rosak dan menjejaskan fungsi Far-Infrared Rays yang terdapat pada Premium Beautiful.
  5. Dilarang memerah Premium Beautiful. untuk tujuan mengeringkan air.
  6. Dilarang memberus Premium Beautiful.

Premium Beautiful Natural WashPremium Beautiful Natural Wash khas untuk cucian Premium Beautiful Foundation Lingerie dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian yang eksklusif. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan dan tidak meninggalkan kesan sisa. Premium Beautiful Natural Wash juga mesra alam.

Keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash ialah merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Dan sebenarnya, Premium Beautiful Natural Wash mampu menarik segala kekotoran dan toksin yang telah melekat pada Premium Beautiful you all. Tetapi, at the same time, sangat lembut pada fabrik Premium Beautiful.

Jangan risau, jika you all rendam Premium Beautiful you all and tiba-tiba air rendaman bertukar menjadi kehitaman. Itu maksudnya, bukan turun warna. Itu adalah toksin dan kekotoran yang telah tanggal dari fabrik Premium Beautiful.

Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk Premium Beautiful Foundation Lingerie dan pakaian-pakaian yang eksklusif. Ada juga yang suka ambil kesempatan, sewaktu merendam Premium Beautiful, akan turut mencuci shawl dan hijab sekali. Kerana Premium Beautiful Natural Wash sangat lembut untuk mencuci fabrik yang lembut.

Bau Premium Beautiful Natural Wash adalah merupakan bau haruman bunga-bungaan.

Normally, untuk mana-mana customer yang pertama kali beli Premium Beautiful dengan Mama, Mama akan beri satu botol Premium Beautiful Natural Wash secara percuma.

So, hopefully, you all boleh faham cara untuk ambil ukuran badan, cara untuk pakai Premium Beautiful, dan cara untuk menjaga Premium Beautiful you all supaya boleh bertahan lama.

In case you all hendak beli Premium Beautiful Natural Wash, or ada any question mengenai Premium Beautiful, boleh contact Mama at: +60 19 – 4419 180 (Izyan), or you can always email me at: lea4016@yahoo.com / lea4016@gmail.com. Jangan segan-segan ya. Kita sama-sama cantik luaran, dan sihat dalaman dengan Premium Beautiful.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *