Projek Jahit Khimar

0 Flares Filament.io 0 Flares ×

This project is one of the many projects that I want to complete once I have a sewing machine. So, by the time I have a sewing machine, I’ve decided to sew khimar for myself.

I have lots of khimar. Different designs in different colours. But, there is one thing in common. The khimar are only in plain colours. I don’t have khimar in printed design.

I have at least 8 long and wide printed shawls. These printed shawls, Mama beli kain and hantar kedai untuk jahit tepi. So, when I am no longer wearing shawls, I’ve decided to turn this wide shawls into khimar.

Panjang shawl adalah 2m dan lebar shawl adalah 1m. Lipat shawl ini kepada 2. Jadi panjang shawl adalah 1m dan lebar shawl adalah 1m.

Shawl ini Mama pernah hantar kedai untuk jahit tepi. Jadi, memang bahagian tepi shawl ada jahitan seperti ini.

Ini adalah pattern yang Mama akan gunakan untuk menjahit khimar Mama. Pattern ini Mama trace dari khimar Mama yang sedia ada.

Letak pattern di atas shawl yang telap dilipat dua. Bahagian pattern yang Mama tanda sebagai bahagian lipatan kain, akan diletakkan di atas bahagian lipatan shawl.

Begini rupa shawl yang telah dipotong mengikut pattern yang Mama sediakan.

Begini rupa penuh shawl yang telah dipotong, dan lipatan kain dibuka. Khimar ini akan dilipat kepada 2 bahagian (berdasarkan bahagian lipatan kain). Dan bahagian depan khimar akan dijahit dari sebelah dalam, dari bawah dan berhenti ke bawah dagu. You all boleh ukur bahagian muka you all untuk besar mana yang you all suka.

Bahagian depan khimar ini, akan menjadi bahagian tengah khimar apabila khimar ini dasarungkan pada muka.

Since bahagian depan khimar telah pun dijahit tepi, jadi, memang Mama kekalkan sahaja jahitan tepi tersebut.

Untuk bahagian tepi khimar, since Mama potong shawl ini mengikut pattern yang Mama sediakan, jadi, memang ada jahitan tepi yang sedia ada sebelum ini dipotong (dikorbankan). Jadi, Mama kena jahit tepi secara kelim.

Memandangkan Mama tidak mempunyai tapak kelim untuk jahit tepi khimar, Mama hanya menggunakan tapak biasa. Of course, kalau ada tapak kelim, memang memudahkan kerja you all.

Tips untuk menjahit tepi shawl secara kelim, mula-mula, you all lipat dalam tepi khimar dalam 1cm. Dan jahit betul-betul di bahagian tepi lipatan khimar tersebut. You all boleh rujuk gambar di atas.

Potong lipatan tepi kain khimar tersebut sehingga rapat dengan jahitan tepi yang kita jahit pada awal-awal tadi. Then, you all boleh lipat kali kedua, dan jahit lagi sekali di atas jahitan pertama untuk tutup semua bahagian tepi khimar.

Jahit semula di atas jahitan pertama. Tips Mama untuk yang baru bermula menjahit seperti Mama, it’s okay kalau jahitan kurang kemas, kurang cantik. Yang penting, jahit secara perlahan-lahan, and take your own time. Jahit satu bahagian kecil ke satu bahagian kecil. Jangan gopoh gapah.

Inilah hasilnya. Alhamdulillah, khimar pertama yang Mama jahit sendiri, menjadi juga. Of course, ada jahitan tepi yang agak kurang kemas. Tapi, it’s part of learning. Insya Allah, next khimar akan Mama cuba perbaiki lagi teknik jahitan Mama.

Fabrik shawl ini tidak jarang. Jadi, Mama hanya buat 1 layer sahaja. Kalau fabrik yang you all pilih jenis jarang, you all boleh buat 2 layer. Just jahit on top of each other. Apa-apa pun, you can always experimenting here and there. Tambah ruffles, or any decorating lace. Oh, I have so many ideas that I want to experiment on my next khimar.

Apa-apa pun, selamat mencuba. Semoga apa yang Mama kongsikan ini, bermanfaat untuk you all semua…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *