Projek Jahit Tangan – 1

One of the things that I’ve picked up late last year, is sewing. Yes, sewing. By hand, actually. I actually couldn’t believe myself, that I really, really enjoy hand-sewing.

I’ve named this entry Part 1, because I am planning to put all of my hand-sewing / sewing projects in this blog, in later entries.

I’ve completed a few hand sewing projects late last year until January 2019. But, let me tell the story of my earliest hand sewing project.

This is my first hand sewing project. Actually, kalau Mama hendak bercerita tentang projek ini, memang projek ini boleh dikatakan antara yang agak gagal. Banyak yang Mama tidak suka tentang blouse ini, tetapi dalam masa yang sama, banyak juga yang Mama belajar tentang jahit tangan, melalui projek pertama ini.

Since Mama menjahit tangan sepenuhnya, Mama sepatutnya jahit tepi kain terlebih dahulu, untuk setiap bahagian kain. Sebelum Mama sambungkan bahagian-bahagian tersebut untuk menjadi satu baju.

So, apa yang terjadi? Bahagian tepi memang agak buruk sangat. Memang tidak nampak di dalam gambar ini. Tetapi, kalau tengok bahagian dalam, memang sangat menakutkan. Potongan kain pun tidak cantik, dan tidak lurus. Nampak sangat budak baru belajar…T___T

Bahagian tepi, memang susah untuk dijahit tepi, sebab Mama cantum semua bahagian terlebih dahulu. Jadi, memang ada bahagian, yang memang susah Mama hendak jahit tepi. Siap ada bahagian yang memang tidak cukup untuk Mama jahit tepi, sebab Mama tersalah potong kain. Haha…^^;;

So, overall, memang blouse ini boleh dikatakan yang agak gagal. Walapun bahagian luar nampak cantik, tetapi, Mama sangat tidak berpuas hati dengan bahagian dalam.

So, disebabkan masih ada fabrik lebih lagi untuk Mama buat blouse untuk Inas, Mama decided untuk buat satu lagi blouse untuk Inas, dengan fabrik yang sama. But, this time, Mama decided untuk tambah butang di bahagian hadapan, supaya bahagian leher boleh jadi agak fit.

So, apa yang terjadi?

Mama ada belajar bagaimana untuk hendak buat placket butang di bahagian hadapan melalui YouTube. Basically, belajar sendiri sahaja. So, again, bila Mama cuba buat, end up, kepala Inas pun tidak muat untuk sarungkan melalui placket butang tersebut. Haha, padahnya bila belajar sendiri….^^;; Nasib baik baru buat bahagian atas badan. Hmm…T___T

So, again, Mama cuba buat lagi sekali. Alhamdulillah, kali kedua buat, agak menjadi…:)

Yeay, menjadi juga blouse untuk Inas. This time around, I did really take my own time, untuk jahit tepi bagi kemas terlebih dahulu. Mama pun tidak rush untuk hendak cepat siapkan projek ini. Mama spend dalam 1-2 jam sehari, and Mama ambil masa hampir 2 minggu untuk siapkan satu blouse ini. Dengan menjahit tangan.

Since Mama menjahit tangan sepenuhnya, Mama memang jahit tepi terlebih dahulu untuk setiap bahagian kain. So, memang Mama perlukan seam allowance yang agak banyak. Apatah lagi Mama sangatlah amatur kan? So, memang kali ini, Mama lebih berhati-hati dalam memotong kain. Supaya lebih lurus dan lebih cantik. Dan ada bahagian lebih untuk Mama jahit terlebih dahulu.

Daripada pandangan belakang.

Alhamdulillah, Inas memang suka sangat dengan blouse ini. Mama really enjoy untuk siapkan projek ini. Insya Allah, Mama akan ceritakan lebih banyak projek jahit tangan pada masa akan datang.

Apa yang Mama belajar, kalau kita hendak belajar sesuatu skill, tidak perlu memulakan dengan benda-benda yang mahal. Cukup bermula dengan apa yang kita ada. Insya Allah, mungkin pada masa akan datang, Mama akan ada mesin jahit sendiri (and pada masa itu, memang kena belajar menjahit guna mesin jahit pula). But, for the time being, let me enjoy myself with these hand-sewing projects.

After all, hendak menjahit tangan, you all hanya perlukan kain, jarum tangan, benang and gunting sahaja untuk bermula. Anything is possible, kalau kita sendiri mulakan…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *