Projek Menjahit – Langsir Bilik

“There’s no perfect life. There’s always something going on behind the curtain that people don’t know about.” ~ Madelaine Petsch

Again, here we are. Another projek menjahit. But, this time around, bukan menjahit baju. Tapi, menjahit langsir. Specifically, langsir untuk bilik tidur Mama.

Mama memang sudah lama ingin tukar semua langsir di rumah yang Mama tinggal sekarang ini. Bukan apa, waktu kami beli rumah yang kami diami sekarang ini, the previous owner memang tinggalkan langsir rumah di rumah tersebut. At first, memang Mama bersyukur, sebab Mama tidak perlu hendak fikir tentang langsir rumah, bilik and everywhere in the house.

But, after 3 years of living in this house, I think, I need to change all of the curtains. After all, all of these curtains are in the same fabric, and in the colour of BRIGHT RED…^^;; Yes, bright red. Owner sebelum ini memang suka warna merah agaknya. So, after a while, memang rasa agak perit di mata melihat warna merah di dalam rumah Mama.

You all nampak tak, betapa terangnya merah pada kain langsir ini? Bayangkan kalau tengah cuaca panas, memang bertambah panas bilik tidur Mama. Warna merah memang penuh satu rumah Mama nie ha…^^;;

So, the first room yang Mama hendak tukar langsir, of course, adalah my own bedroom. Seriously, I need to change that bright red. So, the fabric hunting begun.

Semestinya, Mama memang ada specific pattern / corak yang Mama hendak untuk langsir bilik Mama. Mama suka corak petak-petak / checkered. At first, Mama cuba cari fabrik corak jenis petak-petak di platform online macam Shopee, Instagram and all.

Apparently, I’ve realised that I hate fabric shopping via online. Bukan apa, sebab tidak puas. Selalunya, kalau Mama cari kain, Mama memang suka sentuh and rasa kain tue macam mana. Bila tengok secara online, memang Mama tidak puas, sebab tidak dapat sentuh. So, Mama decided untuk pergi ke kedai kain.

Since Mama di Kedah, Mama decided untuk pergi ke Jakel di Sungai Petani. Let me just say that I couldn’t find what I was looking for. The salesgirl that entertained me was trying to show me other options, but, I wasn’t that impressed with their options. She even told me that the corak that I wanted was popular 2 years ago. So, they don’t have that corak anymore. Sigh~~

I didn’t go to any other fabric stores after that, sebab Mama ada banyak tempat lain lagi hendak singgah. And my husband kata, why not we pergi kedai kain di Shah Alam nanti. Sebab at that time, Mama memang ada plan untuk balik ke Shah Alam (since my parents are living there).

And finally, Mama dapat pergi kedai kain di AEON Shah Alam. Specifically, KAMDAR. And let me just say that, I had a wonderful experience there. Banyak sangat kain langsir yang definitely memenuhi citarasa Mama. I was like, “Ohh, I want that!” Then, later on, “I also want this.” Nasib baik ada Ayah ikut sekali. Boleh lupa diri sekejap.

And I bought the fabric of my choice, dengan corak yang Mama hendak. And it was on sale. Mama beli 4m, bidang 60 inci untuk tingkap bilik tidur Mama. Harga semeter pada masa itu dalam RM25. Jadi, jumlahnya dalam RM100. Ada sen-sen, tapi, Mama pun tidak ingat berapa sen…^^;;

Bila sudah ada kain, apa lagi? Marilah kita menjahit. Seriously, this was a project yang Mama tersangat excited.

One thing yang Mama belajar tentang menjahit kain extra tebal, macam kain langsir ini, jarum pun kena guna yang sesuai. Mama guna jarum saiz 16. And, presser foot pun kena tukar. Mama guna presser foot jenis walking foot.

Selalunya, kalau guna presser foot yang biasa tue, untuk kain biasa memang okey jer. Tapi, kalau kain tebal, bila guna presser foot yang biasa tue, bila dia feed masa menjahit, memang dia akan tekan kain tebal tue. Jadi, segala jenis lipatan nanti akan beralih. So, you all akan end up lipatan yang tak sama macam yang you all aim. Jadi, dinasihatkan tukarlah kepada walking foot bila hendak menjahit kain jenis tebal. Macam kain langsir atau kain jeans.

Presser foot takkan tekan kain bila kita menjahit. Jadi, untuk kain tebal, senang you all hendak manage waktu hendak menjahit. You all boleh guna walking foot untuk fabrik lain juga. Bukan setakat fabrik tebal sahaja. Nanti masa menjahit, you all akan nampak, walking foot nie akan adjust ikut ketebalan kain. So, takder lah dia press kain you all sampai lipatan you all beralih.

Satu lagi tips untuk yang you all rajin mejahit, kalau bleh invest dalam ironing. Kalau ada extra duit, boleh beli steam iron yang berkualiti. Sebab, bila menjahit, memang kita akan banyak iron the fabric. Especially, pada bahagian lipatan kain. Sebelum menjahit, kita akan iron bahagian lipatan, supaya senang untuk kita hendak jahit nanti. Dan selepas menjahit lipatan tersebut, kita akan iron lagi sekali. Memang hasil lipatan dan jahitan akan lebih kemas dan cantik.

So, bila guna steam iron, you all tidak perlu adjust temperature. Terus boleh iron atas apa jenis fabrik pun. Tebal boleh, nipis pun boleh. And Insya Allah, takder burn pun. Kalau guna iron yang kena setting temperature, kalau kain tebal macam kain langsir takper lagi. Kena kain yang lembut dan nipis, boleh rosak kain kalau salah setting temperature. So, kalau hendak selamat, invest beli steam iron yang elok. Ini tips sahaja. Kalau you all mahir setting temperature iron, boleh sahaja guna iron yang biasa…:)

Mama jahit langsir yang jenis cangkuk. Sebab senang. Rail pun sudah ada. And seriously, menjahit langsir memang memerlukan banyak tenaga. Tenaga untuk manoeuvre kain langsir ketika hendak feed masa menjahit. Dengan banyaknya. Dengan panjangnya. So, memanglah upah menjahit kain langsir ini mahal.

Yeay, langsir bilik sudah siap. Seriously, Mama suka sangat dengan langsir bilik Mama ini. And, the best thing is, waktu malam, apabila buka lampu, memang orang luar tidak boleh nampak dalam bilik Mama. Fuhh~~ So, ketebalan checked…:)

Langsir yang sebelah lagi adalah pemberian dari my mother. My mother tukar langsir hall, so, dia bagi langsir ini pada Mama. Ngam-ngam sahaja kepanjangan langsir tersebut untuk tingkap bilik Mama ini. Cuma, langsir tersebut lebih labuh. Untuk langsir yang Mama jahit sendiri, memang Mama tidak jahit labuh sangat, sebab senang untuk Mama hendak manage. Lagipun, Mama ikut ukuran langsir lama.

Apa-apa pun, Mama berpuas hati sangat, sebab bila tukar langsir bilik, dari warna merah kepada warna yang agak muted, terus bilik nampak sejuk sahaja. Terus rasa seronok hendak tidur dalam bilik selalu. Haha!! Nampak cozy jer kan?

Insya Allah, Mama ada lagi plan untuk menjahit langsir selepas ini. Cuma kena kumpul budget dan kena cari kain lagi. Apa-apa pun, Mama happy sangat, sebab projek menjahit pertama untuk tahun 2021 ini berjaya. Alhamdulillah…:)

So, apa-apa pun, terima kasih kerana membaca entry blog Mama ya. Kita bertemu lagi untuk entry yang akan datang ya. Insya Allah…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *