Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ Review

“Sun protection doesn’t need to be complicated or expensive. It needs to be consistent” ~ Hillary Fogelson

I’m a late bloomer when it comes to sun protection. I only started to wear sunscreen when I was 30++ years-old. Which is really bad. You should start wearing sunscreen when you are a teenager. Seriously. Sunscreen bukan sahaja berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultra-violet (UV) yang boleh merosakkan dan membahayakan kulit, tetapi, sunscreen juga merupakan salah satu produk anti-aging yang terbaik untuk skincare kita.

So, sebelum Mama membebel tentang review Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ ini, marilah kita sama-sama belajar serba sedikit tentang sunscreen. Did you guys know that there are two types of sunscreen? Yes, I didn’t know that..^^;;

There are 2 types of sunscreen.

  • Physical / Mineral.

Common ingredients: Titanium Dioxide and Zinc Oxide.

How it gives the sun protection: Physical sunscreens create a physical barrier between your skin and the sun. Produk ini memang tidak meresap ke dalam kulit. Hanya stay atas kulit muka sahaja. Physical sunscreens selalunya broad-spectrum, melindungi kulit dari kedua-dua sinaran UVA and UVB.

Selalunya, orang tidak berapa suka dengan physical sunscreen, sebab ia akan create white cast. Kulit akan jadi macam pakai tepung gomak. Putih semacam. Tetapi, zaman sekarang ini, memang banyak produk physical suncreen yang menggunakan formula lebih baik. Yang pastinya, ia tidak akan menjadikan kulit muka you all putih ibarat pakai tepung gomak…^^;;

Untuk kulit yang jenis sensitif dan senang sangat irritated, dinasihatkan guna physical sunscreen. Sebab lebih selamat untuk kulit. Selalunya, bayi dan kanak-kanak memang menggunakan physical sunscreen, sebab lebih selamat untuk kulit mereka.

Cumanya, bila you all menggunakan physical sunscreen, always use double cleansing method. Cuci muka 2 kali, dengan menggunakan oil cleanser dan facial wash yang low pH. Especially kalau kulit you all jenis berminyak dan senang naik jerawat.

  • Chemical.

Common ingredients: Oxybenzone, Avobenzone, Octisalate, Octocrylene, Homosalate or Octinoxate. Selalunya, chemical sunscreen akan menggabungkan beberapa ingredients ini untuk menghasilkan formula yang efektif.

How it gives the sun protection: Chemical sunscreens akan meresap masuk ke dalam kulit (lapisan epidermis dan dermis). Ibarat seperti span, ia akan meresap sinaran UVA dan UVB dan menukarkan kepada heat dan kemudiannya, akan diuraikan. Dengan cara ini, kulit akan dipelihara dan tidak akan dirosakkan oleh sinaran UV yang merbahaya ini.

Chemical sunscreens such as avobenzone and homosalate essentially soak up UVA and UVB rays like a sponge. But a single chemical is generally not enough to protect against both types of harmful rays. Compound formulas are more likely to provide effective broad-spectrum protection.

Selalunya, chemical sunscreens menggunakan beberapa jenis ingredients bersama untuk menghasilkan perlindungan broad-spectrum yang efektif. Kalau hanya menggunakan satu jenis ingredient sahaja, ia tidak akan berjaya untuk memberikan sebarang perlindungan daripada sinaran UV.

Tambahan pula, vitamin C dan vitamin E juga selalu ditambah masuk ke dalam ingredient chemical sunscreens untuk melindungi kulit daripada radikal bebas yang merbahaya kepada kulit. Ini kerana, dengan menggunakan chemical sunscreens akan menyebabkan kulit terdedah kepada radikal bebas yang merbahaya kepada kulit.

Chemical sunscreens selalunya lebih ringan pada kulit, dan tidak akan menjadikan kulit seperti pakai tepung gomak. Memang kulit akan nampak natural sahaja. So, lebih ramai prefer chemical suncreens atas sebab ini.

Cuma, orang yang mempunyai kulit sensitif dan mudah irritated, selalunya akan elak daripada menggunakan chemical sunscreen. Sebab, chemical sunscreen menggabungkan beberapa ingredients, gabungan ini boleh menjadikan keradangan pada kulit.

So, you all sudah belajar jenis suncreens kan? Selepas ini, you all boleh pilih sunscreens mana yang sesuai untuk jenis kulit you all, dengan lihat sendiri ingredients sunscreens tersebut. Kena rajin juga buat research, baca reviews and cuba sendiri…:)

Jadi, marilah kita bersambung kepada review Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++. Ketika Mama menulis review ini, Mama sudah menggunakan 3 botol Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++. So, it’s safe to write my own reviews.

This is my first true sunscreen. Sebelum ini, Mama hanya menggunakan moisturiser yang ada SPF15. Haha!! So, disebabkan Mama mula menggunakan The Ordinary Mandelic Acid, Mama mula mencari sunscreen yang betul-betul boleh bagi sun protection. Disebabkan kulit Mama jenis sensitif, and mudah sangat irritated kalau salah guna produk, jadi, Mama pilih physical sunscreens.

Mama beli Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ berdasarkan video ini.

All I can say is, Mama suka sangat dengan Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++. Selalunya, Mama apply sunscreen ini selepas pakai Cosmoderm Vitamin E Cream. Disebabkan ia adalah water-based, jadi ia memang menjadikan kulit Mama lembut dan rasa fresh.

Teksturnya adalah macam light lotion dan berwarna putih. Bila pakai, kulit tidak rasa melekit atau rasa berat. Just nice and comfortable on the skin…:) Of course, tidak akan menjadikan kulit you alls seperti pakai tepung gomak dan ia juga tidak menyebabkan clogged pores. And, kalau you all jenis pakai make-up, sunscreen tidak akan mengganggu make-up you all.

Untuk satu botol (bekas / tube or whatever that you want to call it), untuk Mama bertahan dalam 1 bulan lebih (Mama pakai sunscreen ini setiap hari). Sebotol mengandungi 60ml.

Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ selamat juga untuk digunakan pada bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung.

Ingredients: Water, Cetyl Ethylhexanoate, Butylene Glycol, Glycerin, Dipropylene Glycol, Zinc Oxide, Silica, Niacinamide, 1,2-Hexanediol, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Titanium Dioxide (Ci 77891), Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Madecassoside, Asiaticoside, Madecassic Acid, Asiatic Acid, Stearic Acid, Lauroyl Lysine, Disodium EDTA, Acrylates /​ C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Adenosine, Hydroxyethyl Acrylate /​ Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer.

Sunscreen ini juga bebas daripada alkohol dan fragrance. So, memang sesuai untuk kulit yang tidak tahan dengan sebarang fragrance. Macam kulit Mama. One of many reasons why I always avoid Korean skincares, sebab kebanyakan Korean skincares ada fragrances. And my skin couldn’t stand them. Walaupun Purito ini adalah Korean brand, sunscreen ini tidak mengandungo sebarang fragrances.

You all boleh dapatkan Purito Comfy Water Sun Block SPF50+ PA++++ ini melalui official store mereka di Shopee: Purito Malaysia. Harganya pun tidaklah mahal (One of my top priorities kalau hendak beli any skincare products). And selalunya, you all boleh dapat beberapa sample skincare mereka walaupun you all beli 1 produk sahaja daripada official store ini.

So, Mama harap, review ini dapat membantu you all untuk memilih sunscreen yang sesuai untuk jenis kulit you all ya. Yang penting, kena banyak baca reviews, banyakkan membaca ingredients dan you all kena cuba sendiri…:)

Jangan lupa apply sunscreens setiap hari, supaya kulit sentiasa nampak muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *