Resepi Ayam Disaluti Telur Masin

Sejak Mama post gambar ini di Facebook Mama, ramai juga yang minta resepi ini. Resepi ini sangat simple. Mudah untuk yang tidak pandai memasak seperti Mama. Mama masih lagi dalam proses pembelajaran sebenarnya. So, I keep on searching simple recipes to try on. And this is one of them.

AYAM DISALUTI TELUR MASIN (SALTED EGG CHICKEN)

Bahan-bahan:

  1. Ayam (Mama guna jenis yang fillet, sebab senang hendak dipotong kecil-kecil. Untuk resepi ini, tidak berapa disarankan untuk guna yang ada tulang bagai. Basically boneless chicken.) Banyak mana, terpulang kepada you all hendak makan banyak mana. Haha! Pastikan ayam fillet tadi dipotong kecil-kecil ya.
  2. Telur masin. Untuk seperti dalam gambar, Mama guna 2 biji telur masin.
  3. 3 biji cili padi merah.
  4. Daun kari.
  5. 2-3 ulas bawang putih. Depends on besar mana bawang putih you all.
  6. Butter dalam 1-2 sudu besar.
  7. Tepung untuk goreng ayam fillet tadi. Boleh guna any tepung yang you all suka. Tepung gandum pun boleh. Tepung jagung pun boleh. Yang penting, untuk goreng ayam-ayam fillet you all. Mama guna tepung tempura. Haha!
  8. Minyak masak untuk menggoreng.

Ha, kan simple sangat bahan-bahannya kan? So, let’s go to cara-cara hendak masak resepi ayam disaluti telur masin ini. Definitely you all akan menjilat jari punya.

  1. Basuh telur masin and rebus. After sudah rebus, ambil isi telur, and hancur-hancurkan di dalam sebuah mangkuk. Ketepikan dahulu.
  2. Salutkan ayam fillet dengan tepung goreng pilihan you all.
  3. Goreng ayam-ayam fillet you all. Angkat dan ketepikan.
  4. Hiris kecil-kecil bawang putih.
  5. Potong cili padi merah.
  6. Ambil kuali yang lain, masukkan sedikit minyak, and tumiskan bawang putih, cili padi merah and daun kari.
  7. Masukkan butter.
  8. Bila butter sedang mencair, masukkan telur masin yang telah dihancur-hancurkan.
  9. Masukkan ayam-ayam fillet yang sudah digoreng.
  10. Kacau sehingga you all puas hati. Haha!
  11. Siap. Angkat and sila makan bersama nasi panas. Memang confirm menjilat jari.

Simple kan resepi ini? Mudah sangat. Try lah and you all rasa sendiri. Memang sedap sangat. Memang masakan ini adalah masakan wajib setiap minggu untuk family Mama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *