Resepi Kek Pisang

Alhamdulillah, hari ini Mama teringin sangat untuk berkongsi satu resepi yang sangat simple. Iaitu, resepi kek pisang. Mana tahu, kalau ada orang hendak datang rumah, ada juga satu resepi yang mudah untuk dibuat dan boleh hidangkan kepada tetamu yang datang nanti. Kan? 🙂

Bahan-bahan:

  1. Pisang. Bergantung pada jenis dan saiz pisang. Mama guna pisang emas yang bersaiz kecil. Dalam 10-15 biji. Kalau you all guna pisang yang besar, boleh guna dalam 8-10 biji. Bagi Mama, the more, the better.
  2. 3 biji telur.
  3. 1 cawan minyak masak.
  4. 1/2 cawan gula. Bergantung pada kemanisan pisang tersebut. Kalau rasa pisang tidak cukup manis, boleh guna 1 cawan gula.
  5. 2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour).

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Masukkan telur, gula dan minyak masak dalam blender, dan blend.
  3. Masukkan pisang ke dalam blender, dan blend bersama-sama dengan campuran telur + gula + minyak masak. Blend sehingga hancur sepenuhnya dan tekstur menjadi halus.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah di blend sebentar tadi ke dalam satu mangkuk yang besar.
  5. Masukkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk yang berisi dengan bahan-bahan yang telah di blend.
  6. Adunkan tepung naik sendiri dan bahan-bahan tersebut sehingga menjadi satu adunan.
  7. Masukkan adunan tersebut ke dalam bekas kek. Pastikan sapu minyak terlebih dahulu di sekitar bekas kek tersebut untuk mengelakkan kek pisang melekat pada bekas kek tersebut ketika dibakar.
  8. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan. Bakar kek pisang pada suhu 170 degrees Celcius selama 40 minit.
  9. Siap.

Mudah kan? Makan ketika panas-panas, bersama dengan secawan Min Kaffe atau Teh O. Memang terangkat! Sedap sangat.

In case you all nak simpan kek pisang dalam peti ais pun boleh. Just panaskan dalam microwave apabila hendak makan.

Kek pisang crack…^^;;

Selamat mencuba…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *