Resepi Pizza

Hari ini Mama ingin berkongsi resepi pizza yang you all boleh buat sendiri di rumah. Memandangkan di area yang Mama tinggal ini (Mama tinggal di pinggir bandar), pizza dough yang sedia ada susah sangat untuk hendak dapat, jadi, Mama memang try Google bagaimana untuk uli pizza dough sendiri.

Jadi, Mama ingin berkongsi resepi dough pizza yang agak mudah untuk you all follow. Adunan yang Mama kongsikan ini adalah untuk 1 pizza bersaiz sederhana. Kalau you all hendak buat 2-3 pizza, boleh double / triple kan kandungan di bawah. Ataupun, buatlah 2-3 kali ikut berapa pizza yang you all hendak buat.

Apa yang you all perlukan:

  • 2.5 cawan tepung gandum
  • 1 camca (sudu kecil) instant yeast
  • 1/2 camca (sudu kecil) gula
  • 1/2 camca (sudu kecil) garam
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu minyak zaitun

In case sesiapa yang tidak kenal instant yeast ini macam mana bentuk packaging nya, ini salah satu bentuk packaging. You all boleh cari instant yeast ini di area yang ada jual tepung dan bahan-bahan buat kek. Packaging nya kecil sahaja.

Langkah-langkah:

  1. Masukkan 1 camca instant yeast dan 1/2 camca gula ke dalam 1 cawan air suam. Kacau dan biarkan terlebih dahulu. Tujuan gula ini untuk menjadi makanan kepada yeast tersebut. Jika ada buih di bahagian atas cawan tersebut, yeast tersebut boleh digunakan. Kalau sebaliknya, yeast tersebut telah rosak, and kena buat baru.
  2. Masukkan tepung gandum dan garam di dalam satu mangkuk dan adun bersama. Adun guna sudu pun boleh.
  3. Masukkan air suam yang telah dicampur dengan yeast tadi, ke dalam adunan tepung gandum dan garam. Gaul dengan sudu pun boleh.
  4. Masukkan minyak zaitun ke dalam adunan tersebut. Gaul lagi.
  5. Letakkan adunan yang telah digaul ke atas tempat yang you all hendak uli. Pastikan you all sudah tabur sedikit tepung ke atas tempat yang you all hendak uli.
  6. Ketika ini, memang adunan tersebut akan melekat pada jari. Mulakan aktiviti menguli. Uli lebih kurang 10 – 15 minit.
  7. Makin lama you all uli, adunan tersebut akan menjadi lebih elastic dan makin kurang melekat pada tangan you all. Sambil you all uli, you all boleh tambah tepung sedikit demi sedikit untuk mengurangkan adunan tersebut melekat.
  8. Bila adunan tersebut menjadi tidak melekat, bentukkan ia menjadi satu dough bulat.
  9. Sapu sedikit minyak di dalam satu mangkuk. Tujuannya untuk mengelakkan daripada dough yang kita akan letak dalam mangkuk tersebut tidak melekat.
  10. Letak dough di dalam mangkuk tersebut. Sapu sedikit minyak di atas dough tersebut supaya ia tidak melekat kepada plastik wrap yang kita akan tutup mangkuk tersebut.
  11. Tutup dengan plastic wrap. Biarkan dalam 5 jam di tempat yang kering dan agak panas, untuk membiarkan yeast tersebut bekerja.
  12. Selepas 5 jam, you all akan nampak, dough you all akan membesar 2 kali saiz daripada original.
  13. Dough sedia untuk diguna.

Uli, jangan tak uli. Lebih lama you all uli, lebih lembut pizza dough you all.

You all boleh sediakan dough pizza ini beberapa hari sebelum you all hendak buat pizza. Selepas dough you all sudah membesar, you all boleh simpan dough you all di dalam peti sejuk beku (freezer). Nanti bila hendak guna, just keluarkan untuk thaw. Dan selepas itu, boleh uli sekejap dengan sedikit tepung sebelum digunakan.

Untuk topping pizza, sebenarnya ikut suka you all hendak letak apa. Di sini, Mama kongsikan topping apa yang Mama selalu buat. You all boleh follow, or boleh ubah ikut apa yang you all suka.

Selalunya, Mama akan sediakan bahagian sayur terlebih dahulu. Mama akan tumis:

  • 1 biji bawang Holland
  • 5-6 ulas bawang putih. Mama memang suka letak bawang putih banyak-banyak atas pizza.
  • 1 capsicum (terpulang you all hendak ambil warna apa). Mama selalunya ambil warna kuning.
  • Bayam. Terpulang you all hendak letak banyak mana.

Mama akan tumbuk bawang putih bagi hancur terlebih dahulu. Bawang holland dan capsicum akan dipotong secara dadu. Bayam dibersihkan dan dibuang batang. ambil daun sahaja.

So, bahan-bahan di atas, Mama akan tumis dahulu. Bagi lembut. You all boleh letak sedikit garam. Ketepikan. Selalunya bahan-bahan ini you all boleh guna untuk 2-3 pizza.

Capsicum. You all hendak semua warna pun boleh. Terpulang. Letak atas pizza memang nampak menarik sangat.

Pizza Pepperoni.

Untuk pizza pepperoni seperti di atas, Mama menggunakan beef pepperoni. You all boleh beef pepperoni ini di supermarket. Selalunya di bahagian peti sejuk terbuka. Yang ada jual ayam fillet, fish balls, fish cakes dan sebagainya.

Mama selalu menggunakan brand ini sahaja. Sebab brand ini pun yang selalu available di supermarket. Haha…:)

Selalunya Mama akan goreng terlebih dahulu dengan menggunakan minyak yang sedikit. Bagi masak sedikit. Goreng pun sekejap sahaja. Satu bungkus macam ini, boleh dapat 2 saiz pizza bersaiz sederhana.

So, topping pizza pepperoni Mama adalah seperti berikut:

  1. Mama akan sapu sos spageti tradisional di atas dough pizza Mama. Jangan lupa untuk you all rollingkan dough yang tadi menjadi bulatan pizza ya.
  2. Mama akan letak sedikit mixed herbs.
  3. Mama akan letak sayur yang Mama tumis sebentar tadi.
  4. Mama akan susun beef pepperoni yang Mama goreng sekejap tadi.
  5. Mama akan taburkan sedikit white pepper.
  6. Akhir sekali, Mama akan taburkan mozarella cheese. Any cheese yang you all suka, sila tabur berapa banyak sekalipun.

Mama menggunakan Sos Spageti Tradisional brand Kimball. Sedap. Satu botol macam ini boleh dapat dalam 5-6 pizza bersaiz sederhana. Sos ini, apabila dibuka, kena simpan dalam peti ais. Itupun, tidak boleh simpan lama. Sebab akan berkulat. Dalam 1-2 minggu masih boleh bertahan. So, dalam 1-2 minggu itu. you all boleh plan untuk makan pizza bila dan berapa banyak.

Mixed Herbs yang Mama selalu guna.

Cheese yang Mama selalu guna untuk topping pizza. Satu bungkus macam ini boleh dapat dalam 4-5 pizza bersaiz sederhana. Kalau you all guna banyak, mungkin dalam 3-4 pizza boleh dapat. Boleh juga guna mozarella cheese brand lain. Pun menjadi juga.

Pizza tuna.

Untuk pizza tuna seperti di atas, cuma Mama gantikan beef pepperoni dengan tuna sahaja. Yang lain masih sama.

Selalunya Mama menggunakan ketulan tuna. Kedua-dua jenis di atas Mama pernah guna. So, you all boleh guna any tuna yang you all suka. Mama jarang guna tuna in mayonnaise atau any flavour yang lain, sebab selalunya akan ganggu rasa pizza Mama.

Mama akan hancurkan sedikit ketulan tuna ini dengan menggunakan garpu. Dan, Mama akan tumis tuna ini dengan sedikit minyak. Untuk bagi masak sedikit. Dan baru akan diletakkan di atas pizza.

Mama akan panaskan terlebih dahulu oven dengan suhu dalam 190 darjah Celcius dalam 10 minit. Bagi oven panas terlebih dahulu. Selepas itu, baru Mama masukkan pizza Mama di dalam oven. Bakar dengan suhu 190 darjah Celcius selama 20 minit.

Selepas 20 minit, pizza siap dibakar. Sedia untuk dibakar. Insya Allah, pizza sangat lembut dan memang sangat-sangat sedap.

Selamat mencuba ya…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *