Resepi Roti Puri

I am thinking of starting a new category in my blog. Which is ‘Cooking For Beginner’. Like me…:) Anyway, Mama juga ingin berkongsi beberapa resepi mudah untuk ibu-ibu yang selalu busy, tapi masih lagi ingin memasak untuk keluarga. Or for those yang ingin mula belajar memasak, and just mahu cuba resepi mudah-mudah sahaja.

Sebab, in my case, Mama pun sebenarnya tahap beginner sahaja (maybe lower than a beginner) dalam dunia masakan ini. Bukan pandai mana pun. Waktu kahwin dulu, memang satu habuk dalam masakan Mama tidak tahu. Mujur Ayah jenis penyabar. Haha…>_<

So, selalunya, resepi Mama ini jenis yang simple, senang untuk dicuba dan tidak renyah mana pun. Asalkan ada rasa ingin mencuba.

So, untuk resepi kali ini, Mama kongsikan bagaimana untuk buat roti puri yang paling simple. You all boleh cuba resepi ini ya.

Bahan-bahan:

  1. Tepung naik sendiri
  2. Air suam
  3. Garam
  4. Minyak untuk masak

Langkah Penyediaan Doh:

  1. Campurkan garam ke dalam air suam and rasa dulu cukup atau tidak masinnya. Jangan terlampau masin ya. Tahap kemasinan ini atas pilihan masing-masing. Air suam banyak mana? Bancuh sahaja satu gelas besar. Senang.
  2. Ambil satu cawan tepung naik sendiri, letak dalam mangkuk besar yang senang you all hendak uli nanti.
  3. Campurkan sedikit demi sedikit bancuhan air garam tadi bersama tepung naik sendiri.
  4. Ketika campurkan sedikit demi sedikit, uli tepung tersebut dengan tangan sampai tepung sudah tidak melekat pada tangan. Selagi melekat, campur lagi dengan bancuhan air garam. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  5. Biarkan doh dalam 10-15 minit.

Langkah Penyediaan Bebola Doh Kecil:

  1. Cubit sedikit daripada doh tersebut. Dengan menggunakan tangan, bentukkan cubitan kecil doh menjadi bebola doh kecil sebesar sebiji pola ping pong.
  2. Sediakan bebola doh kecil sehingga habis doh yang kita sediakan pada awal-awal step di atas.
  3. Selalunya, untuk doh yang menggunakan satu cawan tepung, kita boleh dapat dalam 6-8 bebola doh kecil. Maksudnya, kita akan dapat 6-8 keping roti puri.

Langkah Menggiling Bebola Doh Kecil Menjadi Kepingan Roti:

  1. Dengan menggunakan penggiling, giling setiap bebola doh kecil sehingga menjadi bulat dan nipis. Terpulang pada masing-masing hendak nipis mana.
  2. Tips mudah untuk memastikan bebola doh kecil tidak melekat pada penggiling ketika proses menggiling. Sebelum giling, boleh taburkan tepung gandum ke atas penggiling dan tempat menggiling. Tepuk-tepuk juga tepung gandum pada bebola doh kecil. Insya Allah, kurang melekat nanti…:)
  3. Gilingkan kesemua bebola doh kecil sehingga menjadi bulat dan nipis seperti sekeping roti canai / roti boom. Saiz bulatan bergantung berapa besar bebola doh kecil you all.

Langkah Menggoreng Kepingan Roti:

  1. Panaskan minyak minyak di dalam kuali. Banyak mana minyak masa yang diperlukan? Banyak seperti kita hendak menggoreng ikan / keropok.
  2. Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan kepingan roti yang telah digiling.
  3. Setelah minyak cukup panas, goreng satu persatu kepingan roti tadi. Jangan goreng kesemua sekaligus.
  4. Setiap satu keping tidak akan mengambil masa yang lama untuk digoreng.
  5. Ketika kepingan roti dimasukkan ke dalam minyak yang panas, kepingan roti tersebut akan mula menggelembung. Apabila kita nampak roti tersebut ada bubble, boleh terbalikkan ia. Goreng the other side pula.
  6. Jangan goreng terlampau lama, kerana takut roti akan menjadi liat. Cukuplah kita nampak ada sedikit garingan pada kedua-dua belah roti.
  7. Selalunya akan ambil masa 1-2 minit untuk masak satu roti. Sekejap sahaja kan?

Langkah Terakhir:

  1. Pastikan tos dulu minyak pada roti yang telah siap digoreng.
  2. Selepas itu, boleh hidangkan bersama dengan kuah kari lebihan dinner / lunch you all. Fuh, memang sedap.
  3. Siap. Selamat menjamu selera.

Agak-agak you all boleh faham atau tidak, penerangan Mama ini? Harap-harap you all fahamlah ya. Mama cuba terangkan dengan sehabis detail and seringkas yang boleh. Walaupun langkahnya agak banyak, tetapi sebenarnya, tidak renyah mana and tidaklah susah mana pun. In case kalau you ada cuba resepi ini, jangan segan-segan berkongsi dengan Mama. Boleh tinggalkan comment pada entry ini ya.

Selamat mencuba…:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *